FERHAD - BAB 55💣

15K 600 45
                                    



FEYRA menatap sahaja skrin telefonnya sambil menolak isian pipinya dengan lidah. Diperhatikan sahaja gelak tawa Syeera bersama Ferhad sewaktu di Pulau Redang. Dia memejam mata kejap lalu berdecit.

Sungguh membara hatinya sekarang. Sudahlah sakit hati pada Puan Fatima belum surut. Sekarang dia makin sakit hati pula melihat Syeera bergembira dengan abangnya.

"Cemburu?" Berkerut dahi Feyra apabila mendengar suara yang dia kenali. Dia mengeluh perlahan lalu panggung kepala. Dia berdecit. Betul tekaannya bahawa lelaki itu adalah orang yang dia kenal.

"You buat apa kat sini?" Tanya Feyra lalu sambung bermain dengan telefonnya. Lelaki itu senyum senget lalu duduk ditepi Feyra. Dielus perlahan paha Feyra yang terdedah.

Feyra berdecit lalu menjeling lelaki itu. "Please. Jangan sentuh i sesuka hati you." Larang Feyra lalu menolak tangan lelaki itu.

Lelaki itu gelak perlahan. "Aik? Selama ni okay je? Apasal sekarang berubah? Takkan la lepas abang you kahwin, you terus berubah alim ni?" Tanya lelaki itu sinis.

Feyra mencerlung lelaki itu. "You ni kenapa? I tak ganggu you pun kan? I sakit kepala tau? Semak la macam ni!" Jerit Feyra lalu bangun dari duduknya.

Dia terus ingin melangkah namun terbantut perjalanannya apabila lelaki tadi mula bersuara.

"I boleh tolong you untuk balas dendam."

Berkerut dahi Feyra. Dia terus memusingkan semula badannya ke belakang. "How?"

Lelaki itu senyum senget. "You ada aib dia kan? So go on. Tunjukkan pada umum video mereka bergaduh."

Feyra gelak sinis lalu berpeluk tubuh. "Kalau i viralkan, ia bermakna mama dan abang i pun terlibat sekali. You bodoh ke apa?"

Lelaki itu gelak sinis lalu melangkah menghampiri Feyra. Dia mengelus perlahan kepala Feyra. "Apa salahnya? Abang you bukannya sayang you pun. Mama you? Ada dia kisah pada you? Dia cuma kisahkan anak sulong dia je. You? Tch. Dah macam anak terbuang."

Feyra mengetap bibir mendengarkan itu. Dia mencerlung tajam lelaki dihadapannya ini. Lelaki itu senyum senget melihat wajah Feyra yang seakan-akan berfikir.

Betul apa yang lelaki tu kata. Ferhad sudah tak endahkannya. Puan Fatima pula macam layan acuh tak acuh sahaja padanya sekarang ini. Jadi.. apa salahnya kalau dia viralkan video tu kan? Mereka bukan sayang Feyra pun..

"Darling, you nak buat.. atau tak? Kalau taknak, i boleh tolong you.." ujar lelaki itu sambil mengusap pipi Feyra. Feyra mendengus lalu menepis jemari gatal itu.

"Fine. I will do it tomorrow. Thanks a lot Bad. You sangat membantu." Ujar Feyra lalu menjulingkan matanya. Dia memusingkan badan dan terus melangkah keluar dari kelab itu.

Badrul senyum senget. Sudah lama dia memendam rasa apabila melihat Syeera dan Ferhad bahagia. Pada awalnya, dia hanya menerima sahaja. Namun lama-kelamaan, hatinya retak apabila Syeera sudah jarang bertemunya sekarang.

Badrul gelak perlahan. "Good.. aku nak sangat balas dendam pada Ferhad.. dan tak sangka pula adik dia sendiri yang akan hancurkan dia.." ujar Badrul dengan senyuman sinis.

Dia memejam mata kejap lalu memukul kepalanya. Dia menggeleng kejap untuk menghilangkan rasa pening. Kebelakangan ini dia agak stress kerana ada satu suara ganjil dalam kepalanya yang menyuruhnya untuk membalas dendam kepada Syeera dan Ferhad.

Keadaan Badrul makin tidak terkawal. Kerana.. dia ada sedikit masalah mental. Dia sudah melawan penyakit itu namun penyakit itu makin merosot. Namun dia hanya diamkan diri sahaja kerana tidak mahu keluarganya tahu penyakitnya.

FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]Where stories live. Discover now