FERHAD - BAB 18💣

11K 537 52
                                    



"SYEERA! Apa ni?!"

Feyra, Felina, Puan Fatima dan Syeera terus berpaling ke pintu rumah Puan Fatima apabila suara garau itu menerpa gegendang telinga mereka. Syeera meneguk liur kesat apabila melihat wajah tegang Ferhad ketika ini..

"Kenapa kurang ajar sangat dengan mama?!" Marah Ferhad lalu menghampiri mereka. Puan Fatima terus menayangkan riak sedih lalu memeluk badan Ferhad.

Ferhad membalas pelukan mamanya seraya mengusap kepala mamanya. "Mama tak tahu.. Syeera yang marah mama dengan tiba-tiba."

Berkerut dahi Ferhad. Dia terus berpaling ke arah Syeera yang menggeleng kepala dengan riak mendung. Felina menggeleng ke arah abangnya namun Ferhad hanya mencerlung pada Syeera sahaja ketika ini.

"Keluar. Kita bincang." Arah Ferhad mendatar lalu melepaskan pelukan mamanya. "Along keluar kejap." Ujar Ferhad lalu mencium sekilas dahi mamanya. Dia menjeling Syeera lalu melangkah keluar dari rumahnya.

Syeera menyimpan keluh apabila melihat riak tegang Ferhad. Felina menggosok lengan Syeera. "Pergi la bincang dulu.. nanti aku cerita pada abang aku kalau dia tak percayakan kau.." bisik Felina perlahan.

Syeera mengeluh lalu mengangguk. Dia terus melangkah keluar dari situ dengan riak risau. Felina menjeling Feyra dan Puan Fatima yang sedang senyum. Dia mengeluh lalu menggeleng sahaja melihat sikap ibu serta adiknya.

"Awak cakap datang ke sini nak ambil hati mama saya kan? Celah mana ambil hati tu? Macam menyakitkan hati je?" Tanya Ferhad namun mata langsung tidak memandang Syeera.

Syeera menjilat bibir kejap. Diperhatikan sahaja Ferhad yang sedang membelakanginya. "Saya minta maaf.. saya tak boleh kawal emosi saya tadi sebab tu saya terkurang ajar pada mama awak.."

Ferhad mendengus lalu memusingkan tubuhnya menghadap Syeera. Dia mencekak pinggang sambil merenung tajam wajah Syeera ketika ini.

"Emosi? Terang-terangan saya dengar awak sebut pasal arwah atok dan nenek saya tadi. Perlu ke libatkan ibubapa mama saya dalam hal ni? Awak nak kurang ajar sangat ni dah kenapa Syeera Dahlia?"

Syeera menggigit bibirnya. Belum pernah lagi Ferhad memarahinya sampai ke tahap ini. Dia panggung kepala ke arah Ferhad. Ya. Ferhad masih dengan riak tegangnya.

"Saya takkan kurang ajar kalau mama awak tak provoke saya. Dia sebut pasal mak ayah saya tadi. Sebab tu saya sebut pasal mak ayah mama awak."

"Ohh. Kiranya nak balas balik la perkataan tu? Awak lebih memilih melawan dia berbanding bersabar dengan dia? Macam tu?"

Berkerut dahi Syeera. "Apa maksud awak ni Ferhad? Selama ni saya selalu sabar dengan mama awak.. takkan la disebabkan pergaduhan tadi awak terus cop yang saya ni bukan penyabar?"

Ferhad gelak sinis. "Belum jadi menantu lagi tapi dah kurang ajar. Kalau macam ni pun awak tak boleh sabar, bayangkan lepas kahwin nanti. Agak-agaknya macam mana la keadaan kita nanti?"

Syeera mula mengalirkan air mata apabila Ferhad mengatakan itu. "Ooh faham. Jadi pointnya dekat sini awak memang taknak berkahwin dengan saya la? Sebab tu la awak tak pernah berbincang dengan mama awak tentang perkahwinan kita? Macam tu ke Ferhad?"

Ferhad mengeluh perlahan lalu meraup wajahnya. Dia kembali merenung Syeera yang masih mengalirkan air mata lesu.

"Look. Bukan itu maksud saya. Kenapa nak libatkan isu perkahwinan pula ni? Saya berbincang tentang awak dan mama saya. Bukannya tentang perkahwinan kita berdua.. tolong faham situasi kita.."

Syeera mengangguk faham. "Ok la kalau macam tu. Saya minta maaf sebab kurang ajar dengan mama awak tadi. Saya tak sengaja. Saya nak balik dulu." Ujar Syeera lalu melintasi Ferhad.

FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]Where stories live. Discover now