KELIHATAN dua buah kereta berhenti dihadapan sebuah rumah yang agak mewah. Rumah tersebut mempunyai dua tingkat dan kelihatan gah. Berwarna hitam serta mempunyai taman mini dihalaman rumah itu.Kolam sederhana juga ada di sebelah rumah tersebut dan pokok-pokok bunga juga elok sahaja mekar di taman mini.
Syeera keluar dari keretanya diikuti Ferhad. Mereka berdua membawa kereta masing-masing ke sini. Mudahlah ingin pergi bekerja secara asing nanti.
Ternganga mulut Syeera melihat keindahan rumah tersebut. Diperhatikan pula sekeliling. Cantik. Dijaga rapi.. pokok kembang mekar dan rumput juga tidak panjang..
"Suka?" Tanya Ferhad seraya membawa beg pakaian Syeera yang dikeluarkan dari keretanya tadi. Syeera berpaling ke kanan lalu mengangguk laju.
"Suka.. tapi bie kata bie jarang datang sini.. jadi siapa yang jaga rumah bie?" Ferhad senyum lalu menyisip jemari mereka berdua. Syeera senyum lalu membalas genggaman suaminya.
"Ada housekeeper yang jaga masa bie tak ada.." Ferhad membawa isterinya melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Syeera mengangguk faham. Mata masih melilau sekeliling.
Suka.. walaupun simple tapi baginya ia agak rapi dan kemas.. kalau diluar pun dah rapi, Syeera pasti didalam pun sama..
"Jom masuk.." ujar Ferhad yang baru sahaja membuka kunci rumahnya. Terbeliak mata Syeera apabila melihat isian rumah.
Macam rumah baru! Padahal rumah ini sudah lama didiami oleh Ferhad. Tapi rumah itu tetap kelihatan baru dan cantik.. Syeera amat sukakan kekemasan.. dia lebih suka simple berbanding fancy.
Sedang Syeera perhatikan rumah, dia agak tersentak apabila ada satu tangan kekar yang memeluk pinggangnya dari belakang. Dia agak terkesima apabila Ferhad mula menunjukkan sisi yang ini..
"Lepas ni kita duk sini je.. kalau Syeera nak mandi kolam, boleh mandi dekat luar tu.. kalau nak siram pokok pun boleh.. nak buat kerja kat luar ni pun boleh.. lagi tenang.."
Bisik Ferhad sambil mencium leher isterinya. Syeera menggigit bibirnya. Tak pernah lagi Ferhad menyentuhnya intim sebegini. Selama ini hanya memegang tangan sahaja. Peluk? Syeera dulu yang memeluknya..
Namun sekarang Ferhad agak lain.. Ferhad seperti.. dah suka menyentuhnya sekarang.
"Err bie.. dah ada bahan masakan ke dalam rumah bie ni?" Tanya Syeera seraya mengusap tangan suaminya yang berada di perut untuk menghilangkan gugupnya.
Rasa berdebar pula bila Ferhad memulakan langkah.. padahal selama ini Ferhad yang selalu berdebar. Sekarang tertukar pula..
"Hmm belum.. nanti kita keluar beli.. bie pun nak beli barang juga ni.." bisik Ferhad diceruk leher Syeera. Agak serak suaranya ketika ini kerana dia sedikit mengantuk petang ini..
Syeera mengangguk. Dia mengemam bibir apabila dapat merasakan lekuk bibir Ferhad yang menyentuh leher jinjangnya ketika ini.
"Syeera nak mandi dulu boleh? Badan Syeera berlengas.." sungguh Syeera berdebar! Badan hadapan Ferhad melekap penuh di badan belakangnya ketika ini! Gulp. Ferhad sungguh menggoda ya ketika ini..
Ferhad senyum lalu mengangguk. Dia melepaskan pelukan lalu menarik tangan isterinya naik ke tingkat atas. Syeera hanya mengikuti langkah suaminya dengan debaran yang tidak terhingga.
Rasa malu pula berpimpin tangan seperti ini menaiki bilik. Dah macam berbulan madu pula.. Syeera masih bingung. Kenapa dengan Ferhad? Kenapa tiba-tiba sikap Ferhad berubah?
"Masuklah.." ajak Ferhad seraya menarik tangan isterinya masuk ke dalam bilik. Syeera senyum lebar melihat keadaan bilik. Walaupun semuanya berwarna hitam namun tetap nampak gah dimata Syeera ketika ini.
YOU ARE READING
FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]
Romantik🤍2ND LOYAL SERIES🤍 Percintaan antara dua hati telah ditentang hebat oleh kedua-dua orang tuanya. Namun kesetiaan dan kekuatan cinta mereka telah menguatkan lagi hubungan sehingga mereka langsung tidak goyah walau harus menghadapi pelbagai rintanga...