"APA? Tusukan? Ranting pokok?" Encik Dylan dan Ferhad terus berpaling ke belakang. Terbeliak mata Ferhad apabila melihat wajah berkerut isterinya."What those that mean?" Tanya Syeera dengan riak berkerut. Ferhad meneguk liur kesat lalu menurunkan bajunya untuk menutup bekas lukanya.
Mata Syeera terus tertancap ke badan suaminya. Dia berpaling semula ke wajah Ferhad dengan riak dingin.
"Bie luka ke?" Ferhad bangun dari duduknya lalu melangkah ke arah Syeera. "Jawab Syeera tanya ni. Bie luka ke? Bie cedera?" Tanya Syeera dengan suara bergetar.
Puan Syima yang dengar akan itu terus melangkah ke ruang tamu. Berkerut dahinya melihat wajah dingin Syeera ketika ini.
Ferhad menggigit bibir kejap melihat mata berkaca isterinya. Syeera mengangguk faham.
"Baik. Teruskan. Teruskan berahsia dengan Syeera. Memang macam tu la bie dari dulu sehingga sekarang. Asyik berahsia sahaja! Semua benda nak simpan seorang diri! Nak buat macam mana kan? Syeera memang tak penting pun dalam hidup bie!"
Marah Syeera seraya mencerlung wajah Ferhad. Ferhad menggeleng seraya melangkah mendekati Syeera namun Syeera mengundur ke belakang menjauhi suaminya.
"Syeera.. jaga percakapan dengan suami.." tegur Encik Dylan mendatar. Syeera menggigit bibirnya. Dibiarkan sahaja air matanya mengalir di pipi.
"You're too much Ferhad. Syeera tak marah sangat tau kalau bie nak berahsia sewaktu kita bercinta. Tapi sekarang kita dah berkahwin. Dah jadi suami isteri. Tapi still! Tetap juga nak berahsia dengan semua benda termasuk nyawa sendiri."
Syeera mengetap bibir kejap. "Dari tadi lagi Syeera duduk dengan bie. Tapi bie langsung tak beritahu pasal ni. Semurah itu ke nilai Syeera dalam hidup bie? Malu la Syeera bila semua orang tahu yang bie cedera tapi isteri sendiri tak tahu suaminya sedang sakit!"
Ujar Syeera dengan linangan air mata. Ferhad menggeleng perlahan. "Bie cuma taknak Syeera risau.. tu je.."
Syeera mengangguk. "Alasan. Alasan dan alasan. Teruskanlah. Syeera dah malas nak layan. Nak berahsia sangat kan? Berahsia la semua benda. Tak perlu cerita apa-apa pada isteri ni. Memang isteri yang berada depan mata awak ni tak penting pun dalam hidup awak."
Ujar Syeera lalu melangkah menaiki tangga rumahnya.
"Syeera.." gumam Ferhad perlahan lalu mengejar langkah isterinya. Puan Syima mendengus. "Itulah kan ib--"
"Syima. Don't start it." Tegur Encik Dylan mendatar. Puan Syima berpaling ke arah suaminya. "What? Abang tengok kan rumah tangga anak kita tu macam mana?"
Encik Dylan mengangguk. "Biarlah. Asam garam rumah tangga. Bergaduh tu perkara biasa la.."
Puan Syima gelak sinis. "Baru 2 hari berkahwin tapi dah buat anak kita menangis. Orang lain asam garam selepas dah lama berkahwin. Anak abang tu? Baru dua hari kahwin dah tak bahagia. Apa kes?"
Encik Dylan menggeleng. "Jangan masuk campur rumahtangga anak-anak. Biarkan mereka urus sendiri. Ibubapa tak perlu batu apikan mereka. Syeera dan Ferhad dah besar. Diorang tahu cara berkomunikasi dengan baik. Setakat merajuk kejap tu perkara biasa la dalam perkahwinan. Awak pun merajuk juga kadang-kadang. Ada saya complaint ke?"
Puan Syima mendengus lalu melangkah ke dapur. Malas! Encik Dylan tu kalau keluarkan fakta memang kalah la Puan Syima..
Encik Dylan menggeleng sahaja melihat langkah protes isterinya. Dia tahu rajuk Syeera sekejap sahaja. Pasti Ferhad pandai memujuk Syeera. Kerana selama mereka berdua bercinta, Syeera merajuk sekejap sahaja. Bukannya sampai gempa bumi pun..
YOU ARE READING
FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]
Romance🤍2ND LOYAL SERIES🤍 Percintaan antara dua hati telah ditentang hebat oleh kedua-dua orang tuanya. Namun kesetiaan dan kekuatan cinta mereka telah menguatkan lagi hubungan sehingga mereka langsung tidak goyah walau harus menghadapi pelbagai rintanga...