FERHAD - BAB 58💣

14.9K 652 29
                                    



FERHAD mengangguk ke arah pegawai bawahan di balai itu. Dia ingin mengambil barang-barangnya di pejabat kerana mulai tengah hari ini, dia akan bekerja sebagai polis trafik. Dia hanya redha sahaja. Lagi pula memang prinsip disini begitu.

Ferhad mengambil barangnya lalu keluar dari pejabatnya. Diperhatikan sahaja papan tanda di pintu tersebut

'Inspektor Ferhad.'

Ferhad senyum tipis. Inspektor.. pada awalnya Ferhad hanya ingin menjadi polis biasa sahaja. Namun Syeera telah mengatakan bahawa dia suka jika Ferhad jadi Inspektor. Katanya nampak hot. Ferhad pun terus bekerja keras sehingga dapat pangkat ini.

"Wow. Inspektor Ferhad kita.. apa dah jadi ni? Tiba-tiba je turun pangkat? What's wrong man?" Ferhad memejam mata kejap apabila dia amat mengenali suara garau itu.

Dia melepaskan keluhan lalu memusingkan tubuhnya ke belakang. Ferhad mengangguk. "Inspektor.. Zakri." Ujar Ferhad perlahan.

Zakri senyum senget. "Yeah. Lama tak jumpa Inspektor Ferhad kita ni. Tak sangka pula perjumpaan kita kali ni begitu...." Zakri memandang jijik badan Ferhad dari atas sehingga bawah.

"...menampakkan kau begitu lemah depan aku." Ferhad berdecit mendengarkan itu. Zakri memang begitu. Sangat angkuh dan sombong. Lelaki itu selalu cari pasal dengan Ferhad kerana dia cemburu akan Ferhad.

Orang atasan selalu memuji keupayaan Ferhad sehingga langsung tidak nampak usaha Zakri dalam menangani kes.

"Yeah. Thanks a lot Inspektor Zakri. Sekarang dah hampir pukul 9. Elok la kau ada disini jadi pengganti aku dalam seminggu ni."

Zakri gelak sinis. "Kesian pula orang tu kena berpanas diluar sana. Burn la kau nanti. Tak takut bini lari ke?" Tanya Zakri sinis. Berkerut dahi Ferhad mendengarkan itu. Tangan dikepal kuat menahan amarah.

Zakri senyum senget lalu memerhati tangan Ferhad. Gotcha. Kalau Ferhad tumbuk dia, Ferhad akan dikenakan tindakan disiplin dan mungkin akan digantung kerja selama sebulan atau diturunkan pangkat.

"Cantik bini kau.. fuhh. Apasal la aku yang tak jumpa dulu? Kalau tak makan besar aa aku dapat bini badan montok macam tu.." ujar Zakri lalu menjilat bibirnya.

"Fuck you." Ujar Ferhad lalu ingin menumbuk rahang Zakri.

"Bie! Mana Tuan Hilman? Syeera nak jumpa dia sebagai tanda terima kasih.." ujar Syeera yang memasuki balai tersebut dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Dia senyum lalu menunduk sedikit ke arah pegawai polis yang berada di situ.

Zakri dan Ferhad terus berpaling ke arah itu. Ferhad berdehem kejap. Fuh nasib baik isteri dia datang. Kalau tak, pasti dia akan digantung kerja selama sebulan kerana memukul team nya sendiri.

"Err hehe selamat pagi abang dan akak polis semua.. saya yakin korang kenal muka saya.. saya.. pernah datang sini sebab.. kes dulu.." ujar Syeera dengan sengihan.

Pegawai hanya senyum dan mengangguk sahaja kepada isteri Inspektor mereka itu. Syeera senyum lalu berpaling ke arah Ferhad yang sedang memandangnya.

"Bie.." panggil Syeera perlahan lalu berlari menghampiri Ferhad. Dia terus merangkul lengan kiri Ferhad. "Mana Tuan Hilman? Syeera nak jumpa dia.." ujar Syeera dengan senyuman lebar.

Zakri hanya memerhati Syeera dari atas sehingga bawah. Ferhad yang perasan akan itu terus berdiri tegak dihadapan Syeera untuk menghalang mata keranjang milik Zakri.

"Selamat bertugas Inspektor Zakri. Jaga mata. Jaga Iman. Jaga diri." Tegur Ferhad dengan jelingan tajam. Dia menarik tangan isterinya untuk mengikutinya. Syeera hanya mengikuti langkah panjang suaminya itu.

FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]Where stories live. Discover now