FERHAD - BAB 19💣

10.8K 496 35
                                    



FEYRA terkekeh ketawa menonton video dimana Syeera dan Puan Fatima bergaduh tadi. Sedari tadi dia ketawa melihat Syeera yang ditampar oleh Puan Fatima.

"Padan muka.. gatal sangat nakkan abang aku kan? Kau ingat kau siapa? Tch." Ujar Feyra dengan riak jijik. Dia agak cemburu dengan raut wajah lembut Syeera. Baginya Syeera adalah perempuan yang cantik tanpa solekan. Kerana itulah dia bencikan Syeera.

BAMMM!

Terpejam mata Feyra apabila kedengaran pintu biliknya dikuak kasar dari luar. Terbeliak mata Feyra melihat wajah tegang abangnya.

Ferhad melangkah laju ke arah Feyra lalu merampas kasar telefon Feyra. "Along! Bagi balik telefon Feyra!" Jerit Feyra selari melompat-lompat untuk mendapatkan telefonnya.

Ferhad berdecit lalu menolak adiknya sehingga adiknya jatuh ke atas katil. Felina ada mengatakan bahawa Feyra telah merakam segala yang berlaku tadi. Kerana itulah Ferhad datang kesini untuk mengenal pasti apakah masalah yang berlaku tadi.

Kerana dia yakin Syeera takkan kurang ajar tanpa sebab.

Berkerut dahi Ferhad menonton video yang dirakam oleh Feyra tadi. Kelihatan seperti Puan Fatima yang memarahi Syeera ketika itu.

'Ye. Syeera percayakan Ferhad sebagaimana mama percayakan papa. Mama tetap setia dengan papa walaupun papa penagih dadah kan? Macam tu jugalah dengan Syeera! Cinta itu bahaya ma! Cinta membodohkan manusia. Adakah mama pun bodoh seperti Syeera?'

Ferhad senyum tipis mendengarkan itu. Tak sangka pula Syeera pertahankan dia dalam kes ini. Silap dia juga kerana memarahi Syeera tadi.

'Kurang ajar!!!' Pangg!!!

Terbeliak mata Ferhad apabila mendapati bahawa mamanya menampar kekasihnya. "What?" Bisiknya dengan dahi berkerut. Feyra memejam mata kejap apabila Ferhad melihat adegan itu.

Jadi disini amat ketaralah bahawa Puan Fatima yang bersalah kerana memukul anak orang.

'Mama ingat mama siapa nak tampar Syeera?!'

'Kenapa?! Salah ke aku tampar kau? Kau yang kurang ajar pada aku! Mak ayah tak ajar ke apa?!'

Ferhad mengeluh kasar lalu meraup wajahnya. "Ya Allah.. memang patutlah Syeera marah.. mama dulu yang start sebut nama mak ayah dia.." gumam Ferhad perlahan.

Ferhad memicit batang hidungnya. Dia perhatikan sekali lagi video itu. Pedih hatinya melihat Syeera yang sedang menahan kesakitan serta menahan air mata dari mengalir.

Ferhad mengeluh lalu menekan butang delete dalam telefon itu. Terbeliak mata Feyra. "Along! Kenapa along delete?!" Tanyanya lalu merampas kasar telefonnya dari tangan Ferhad.

Ferhad memusingkan badannya ke arah Feyra lalu mencekak pinggang. "Thanks a lot. Kalau Feyra tak rakam, sampai bila-bila pun along tak percaya pada Syeera. Tapi along kena delete. Along taknak Feyra viralkan video tu sebab tu along delete. Jangan buka aib orang. Kalau along tahu Feyra buat benda tu, nahas Feyra along kerjakan."

Ujar Ferhad lalu melangkah keluar dari bilik Feyra. Feyra mendengus lalu menghempas kasar telefonnya keatas katil. Dia meraup wajahnya lalu senyum senget.

"Nasib baik aku dah simpan video tu dalam laptop. Tak sia-sia juga aku berfikir negatif pasal along tadi.."

Feyra telah siap-siap menyimpan video itu ke dalam laptop kerana dia amat kenal abangnya. Pasti Ferhad akan datang kepadanya dan memadam video itu. Dan ya. Betul jangkaannya. Tapi dia bernasib baik kerana dia dah copy video tersebut. Senang la dia buka aib nanti..

*:・゚✧*:・゚✧

FERHAD berjalan kehulur-kehilir sambil mencuba untuk mendial nombor kekasihnya. Dia berdecit apabila Syeera langsung tidak menjawab panggilannya.

"Please please baby jawab call saya.." gumam Ferhad perlahan dengan dahi berkerut. Dia mendengus lalu mengambil barang-barangnya untuk pergi ke rumah Syeera. Namun baru sahaja dia ingin melangkah keluar, walkie-talkie nya kedengaran.

Ferhad melepaskan segugus keluhan lalu mengambil walkie-talkie nya. Shit! Masa macam ni la nak ada emergency case pun!

Syeera memandang sepi telefonnya yang asyik berbunyi dari tadi. Dia hanya merenung sahaja telefonnya yang berada diatas katil. Dia mengeluh perlahan apabila telefonnya berhenti berbunyi.

Syeera memanjangkan tangannya lalu mengambil telefonnya. Dia mengetap bibir apabila melihat hampir 30 missed call serta berpuluh-puluh mesej yang dihantar oleh Ferhad.

Namun dia tidak menjawab panggilan Ferhad. Bukan kerana dia merajuk dengan lelaki itu. Namun kerana dia berasa bersalah.

Esok dia akan bertemu dengan lelaki pilihan ibunya. Dia terpaksa akur supaya dia tidak mengecewakan ibunya. Pada awalnya dia menolak. Namun Puan Syima telah memberi pilihan sama ada ingin bertemu lelaki tersebut ataupun Puan Syima pergi menyerang Puan Fatima.

Jadi, terpaksa la Syeera mengikuti kata-kata ibunya agar tiada pergaduhan diantara Puan Fatima dan Puan Syima nanti.

Syeera mengusap wajah Ferhad yang dijadikan wallpapernya. "Saya minta maaf Ferhad.. saya terpaksa.. saya taknak ibu saya serang mama awak.. sebab tu saya terpaksa jumpa lelaki tu esok.. tapi saya janji saya hanya berjumpa sekejap sahaja. Saya akan beritahu dia bahawa saya dah ada awak.. saya janji.."

Gumam Syeera perlahan. Dia mencium lama wajah Ferhad sekarang. Sungguh dia tidak mahu ini semua berlaku. Namun dia akur jika takdirnya begini..

KRING KRING!

Tersentak Syeera apabila deringan telefonnya kedengaran. Dia mengeluh perlahan apabila kelihatan Felina menelefonnya saat ini. Syeera menarik nafas dan hembus perlahan lalu menjawab panggilan tersebut.

"Hello.."

'Hello Syeera.. kau okay?'

Syeera senyum kelat. "Macam tu lah.." Felina mengeluh perlahan. 'Along dah tahu semuanya.. along dah tahu ini semua bukan salah kau.. sebab tu dia call kau tapi dia ada cakap yang kau tak jawab.. betul ke?'

"Hmm aku tenangkan diri kejap tadi.." Felina mengeluh. 'Aku harap sangat kau berbincang dengan abang aku.. aku taknak hubungan kau terputus macam ni..'

Syeera mula mengalirkan air mata. "Aku pun taknak Felina... aku taknak putus dengan Ferhad.. tapi sekarang aku tersekat.. aku terpaksa endahkah Ferhad dulu sebab aku rasa bersalah pada dia.."

'Bersalah? Syeera.. kan aku dah cakap.. kau tak salah dalam hal ni. Mak aku yang salah. Dia yang provoke kau dulu tadi kan?'

Syeera menggeleng perlahan. "Bukan sebab tu.. aku rasa bersalah sebab..." Syeera mengetap bibirnya kejap. "... sebab ibu aku dah aturkan blind date untuk aku esok.. aku terpaksa akur dengan permintaan ibu kalau tak, ibu akan serang mama kau esok.. aku taknak macam tu.."

'What? Ya Allah Syeera.. makin rumit la kalau macam ni..' ujar Felina perlahan. "Aku tahu.. tapi aku tersekat. Kau faham kan?"

'Ya aku faham.. tapi aku mohon kau tak putus asa dengan abang aku.. macam ni.. kau datang rumah aku esok. Aku akan pertahankan kau depan mama aku. Aku akan paksa dia terima kau walau bagaimana cara sekalipun. Ok?'

Syeera menggeleng. "No.. jangan macam tu. Aku taknak korang bergaduh sebab aku.."

'Dan aku juga taknak hubungan kau dan along retak disebabkan mama aku! Aku tak kira. Aku nak kau datang juga esok.. aku akan buktikan bahawa cinta kau pada along adalah cinta yang tulus. Aku ada dibelakang kau Syeera.. please.. demi aku? Demi abang aku?'

Syeera mengeluh lalu mengangguk. "Ok la.. aku datang esok.. aku akan kumpul kekuatan aku untuk berjumpa mama esok.. kau tolong doakan aku eh? Aku dah tak tahan sebenarnya.. tapi aku tetap kuat demi hubungan kami berdua.."

'Thanks Syeera.. sekarang aku dah tahu sebab apa abang aku sayang sangat pada kau.. kau seorang yang tabah dan cekal menghadapi rintangan.. kau tak mudah putus asa.. kau adalah ciri-ciri perempuan idaman along aku..'

Syeera senyum tipis mendengarkan itu. Benar. Dia sepatutnya pertahankan hubungan ini. Dia tidak akan membiarkan hubungan ini terputus ditengah jalan..

Sudah lama mereka bersama. Mana mungkin Syeera akan putuskan begitu sahaja..

TBC🤍
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh~

VOTE AND COMMENT❤️

FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]Where stories live. Discover now