FERHAD - BAB 50💣

20.4K 577 33
                                    




PUAN SYIMA berpeluk tubuh sambil menjungkit kening apabila terserempak dengan besannya iaitu Puan Fatima di pasaraya. Mereka berdua mencerlung antara satu sama lain bagai tiada hari esok.

Manakala Syahrul dan Feyra hanya memerhati sahaja kedua ibu mereka yang merenung antara satu sama lain tanpa bicara. Syahrul keluar sebentar dari pejabatnya kerana ingin menemani Puan Syima yang ingin membeli barangan rumah.

Tapi tak sangka pula mereka terjumpa ibu Ferhad. Gulp. Rasa berdebar pula kerana dia yakin pasti peperangan bakal tercetus.

"Ibu.. ingat apa yang abah pesan.. abah kata jangan bergaduh dengan besan sebab diorang keluarga Syeera juga.." bisik Syahrul di tepi telinga Puan Syima. Puan Syima memejam mata kejap lalu mengangguk.

Dia masih ingat akan nasihat Encik Dylan kepadanya.

Puan Syima senyum palsu ke arah Puan Fatima yang masih mencerlung ke arahnya. "Puan Fatima.. apa khabar? Tak sangka pula kita berjumpa disini.." ujar Puan Syima basa-basi.

Feyra senyum senget. Hampir 10 minit mereka berdiam diri. Itulah perkataan pertama yang didengarinya setelah lama merenung antara satu sama lain.

Puan Fatima berdehem kejap sambil berpeluk tubuh. "Itulah. Bukan main banyak lagi tempat lain tapi disini juga kita bertemu.." ujar Puan Fatima sins.

Puan Syima hanya menayangkan senyuman palsunya sahaja ketika ini. "Ya.. saya nak beli barangan memasak sikit untuk anak dan menantu saya.. diorang ada kata yang diorang balik hari ini.. itu yang saya cepat-cepat cari bahan ni. Maklum lah.. menantu kesayangan la katakan.."

Ujar Puan Syima sinis. Syahrul memejam mata kejap apabila ibunya mulai bersuara seakan-akan ingin bergaduh mulut disini.

Puan Fatima mengetap bibirnya. Pertama kerana Puan Syima memerlinya. Dan yang kedua Ferhad tidak memberitahunya bahawa mereka akan pulang hari ini.

"Ohh macam tu.. baguslah. Suruh Syeera jaga sikit pemakanan Ferhad.. nampak macam kurus sikit Ferhad tu lepas kahwin.. harap Syeera pandai jaga anak saya tu.."

Puan Syima menolak isian pipinya dengan lidah apabila Puan Fatima mula memerli anaknya. Puan Syima senyum. "Jangan risau.. tak mati lagi Ferhad tu.. nampak bahagia je dia dengan anak saya.. sebelum berkahwin nampak stress. Lepas kahwin ni terlajak bahagia pula dia tu.. suka saya tengok."

Ujar Puan Syima lalu gelak buat-buat seraya menepuk bahu Syahrul. Syahrul hanya senyum kekok ke arah Puan Fatima yang sedang cemberut.

Puan Fatima mengangguk. "Ya baguslah macam tu.. tak sia-sia Syeera rampas hak saya untuk membahagiakan Ferhad kan?" Terhenti tawa Puan Syima mendengarkan itu.

Dia terus mencerlung ke arah Puan Fatima. "What? Syeera merampas? Saya rasa macam tak kena je ayat tu.."

Puan Fatima senyum mengejek. "Betul la kan? Ferhad tu adalah ketua keluarga kerana suami saya tiada sekarang. Tapi Syeera tu senang-senang sahaja ambil Ferhad untuk kepuasan diri. Sekarang ni siapa yang susah? Kami juga sebab tiada pelindung untuk menjaga kami seperti dulu."

Puan Syima berdecit. "Anak saya tak merampas. Tapi Ferhad yang ajak dia kahwin. So? Apa yang merampasnya? Mereka saling mencintai.. saling menyayangi antara satu sama lain.. jadi say--"

"Tapi Ferhad masih anak saya. Sepatutnya dia lebih utamakan kami dahulu sebelum utamakan orang luar. Sibuk nak jaga anak orang sedangkan ibu dan adik-adik dia tergapai macam sekarang.." ujar Puan Fatima dengan riak tidak puas hati.

Tercengang Puan Syima mendengarkan itu. Dia mendengus lalu menyising lengan bajunya. "Puan Fatima, saya rasa awak salah tafsir ni. Dalam hal ni, ia hanya melibatkan keluarga awak sahaja...

FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]Where stories live. Discover now