FERHAD - BAB 29💣

16K 632 61
                                    



"KALAU bie pakaikan cincin sendiri dekat jari bie boleh? Bie tak selesa kalau Syeera sentuh bie.." ujar Ferhad perlahan. Syeera terkedip-kedip ke arah Ferhad.

Syeera tergelak perlahan. "Biee.. bie kenalah selesakan diri selepas ni. Kita hidup bersama tau? Hidup sebumbung.. tidur sekatil.. makan bersama.. solat bersama.. semuanya bersama. Bie kenalah selesakan diri bie dengan Syeera.." ujar Syeera perlahan dengan senyuman.

Ferhad senyum lalu mengangguk. "Baiklah kalau macam tu.." ujarnya lalu menghulurkan tangan kekarnya kepada isterinya. Syeera senyum lalu menggeleng. Dia terus mengambil tangan kasar suaminya itu.

Terpejam kejap mata Ferhad apabila jemari lembut Syeera menyentuh jemarinya. Syeera senyum sambil menyarungkan cincin ke jari manis suaminya.

"Dah.." ujar Syeera perlahan lalu mencium sekilas tangan suaminya. Terbeliak mata Ferhad apabila dapat merasai bibir lembut itu menyentuh tangannya.

Ferhad berdehem lalu melepaskan tangannya dari genggaman tangan Syeera. Syeera gelak perlahan. Dia tidak terasa kerana dia tahu pasti Ferhad tidak pernah menyentuh sesiapa. Tapi Syeera tetap juga akan membuatkan Ferhad tergila-gila akan sentuhannya selepas ini..

Ferhad senyum tipis. "Happy birthday my lady.. sorry bie tak sempat beli hadiah lagi. Nanti kita sambut masa bie free time okay?" Bisik Ferhad perlahan.

Syeera senyum lalu mengangguk. "Takpa.. pernikahan kita ni pun dikira hadiah bagi Syeera.. Syeera bahagia sangat.. bagi Syeera ini adalah hadiah paling bermakna dalam hidup Syeera.." Ferhad senyum dengan senyuman lebar.

Syeera amat berbeza dengan perempuan lain. Jika perempuan lain pasti merengek nakkan hadiah dari kekasih mereka. Namun Syeera berbeza. Ajak makan di restoran pun dia dah okay. Beli kek yang dia nak pun dah dikira hadiah dah.

Ferhad ni tak pandai beromantik.. jadi dia ikutkan sahajalah apa yang Syeera inginkan. Dia akan tanya apa yang Syeera inginkan sempena hadiah harijadi. Dia tak pandai surprise hakhak!

"Jom tidur.. ngantuk lah.." ujar Syeera seraya menarik tangan suaminya ke katil. Ferhad berdehem lalu melepaskan pegangan itu. "Err Syeera tidur la dulu. Bie nak ambil angin kejap."

Ujar Ferhad lalu melangkah ke balkoni. Syeera mengerdip mata lambat melihat badan belakang suaminya. Syeera senyum lebar lalu mendekati suaminya.

Dia terus memeluk erat badan suaminya dari belakang. Tersentak Ferhad apabila merasakan sesuatu yang empuk menyentuh badan belakangnya. Dan dia tahu apakah sesuatu itu..

Dua ketul.. lembut.. gebu.. urgh! Tidakkk! Ferhad innocent!!

"Bie taknak tanggalkan baju ke? Biasanya bie tak berbaju masa kita video call malam-malam kan?" Bisik Syeera menggoda seraya mencium badan belakang suaminya.

Ferhad meneguk liur kesat dengan mata dipejam kejap. Fuhh. Suara Syeera amat lain malam ini.. sangat lembut dan menggoda di telinga Ferhad. Ferhad tak pasti sama ada Syeera buat suara menggoda atau telinga Ferhad yang terdengar seperti menggoda..

"Malam ni sejuk.. bie pakai baju..kot.." ujar Ferhad lalu menunduk ke arah tangan isterinya yang mengusap perutnya. Ferhad menggigit bibir. Syeera ni sangat pandai menggoda. Ferhad pula rasa takut dengan si Syeera ni..

Syeera senyum mendengar alasan itu. "Malam ni.. malam pertama kita.. bie.. taknak minta apa-apa ke dari Syeera?" Bisik Syeera sensual.

Ferhad berdehem lalu memusingkan tubuhnya ke arah isterinya. Automatik pelukan mereka terlerai akibat pergerakan Ferhad.

"Bie--"

'Inspektor Ferhad? Are you there? Roger.'

Ferhad menunduk ke arah poketnya yang bergetar serta berbunyi. Walkie-talkie nya berbunyi itu bermaksud ada emergency case. Dia panggung kepala ke arah Syeera.

FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]Where stories live. Discover now