FERHAD senyum kekok dihadapan Puan Syima yang memandangnya dari atas ke bawah. Dia lebih gementar berhadapan dengan Puan Syima berbanding Encik Dylan."Ferhad? Masuk lah. Kenapa la awak biarkan tetamu berdiri dekat luar tu?" Tanya Encik Dylan seraya melangkah merapati isterinya serta Ferhad. Ferhad senyum pada Encik Dylan lalu menghulurkan salam.
Encik Dylan senyum lalu menyambut salam. "Makin tegap badan ni.. mesti banyak exercise ni." Seloroh Encik Dylan sambil menepuk-nepuk lengan sasa Ferhad. Ferhad panggung kepala lalu senyum sahaja.
"Dekat kem berlatih tak henti uncle. Seb--"
"Ish. Banyak kali dah abah cakap. Panggil je abah. Tak perlu nak beruncle sangat la.. tak sesuai kalau anak abah ni panggil abah uncle.." ujar Encik Dylan seraya menjeling kekasih anaknya.
Ferhad gelak perlahan lalu mengangguk. Dia berpaling semula ke arah Puan Syima yang masih merenung tajam padanya.
"Err Ferhad nak minta izin aun--er ibu untuk bawa Syeera keluar. Boleh ke ibu?" Asalnya Ferhad ingin menyebut aunty tapi setelah dapat jelingan dari Encik Dylan, dia terus menukar panggilan ke ibu.
Puan Syima berpeluk tubuh. "Boleh percaya ke? Entah-entah nanti ada emergency, Ferhad tinggalkan Syeera bersendirian atas jalan. Ibu tak percaya sangat dengan orang macam Ferhad ni."
Ferhad berdehem kejap lalu senyum sahaja. Dia tidak janji akan itu kerana bila-bila masa sahaja dia akan dapat call emergency case.
"Awak pun.. Syeera tu jenis berdikari. Kalau Ferhad terpaksa tinggalkan dia nanti, dia boleh aje call teksi atau grab. Pandai-pandai la dia nanti.." ujar Encik Dylan lalu menggeleng.
Puan Syima mencerlung suaminya. "Abang cakap senang la. Syeera tu perempuan tau? Saya takut juga kalau terjadi apa-apa pada anak perempuan saya tu. Ingat mudah ke dia nak jaga diri dia? Dia tu lembut. Bayangkan kalau ada peragut atau penjahat. Macam mana dia nak lawan?"
Encik Dylan mengeluh sahaja mendengarkan itu. Puan Syima selalu berfikir negatif dalam setiap aspek. Encik Dylan tidak marah akan itu kerana kadang-kadang berfikir negatif boleh membuatkan kita berhati-hati dengan keadaan sekeliling.
Tapi ni negatif sangat ni..
"Ibu jangan risau. Ferhad akan jaga Syeera sebaik mungkin. Ferhad janji Ferhad takkan tinggalkan dia sendirian di jalan. Kalau ada emergency case, Ferhad akan bagi dia pandu kereta Ferhad untuk pulang ke rumah dan Ferhad akan cari cara sendiri untuk ke tempat emergency tersebut. Ferhad takkan tinggalkan Syeera."
Ferhad amat memaksudkan perkataannya. Dan perkataan terakhir itu membawa beribu makna yang mendalam.
Puan Syima mengeluh sahaja. "Betul?" Ferhad senyum apabila Puan Syima mula mempercayainya. "Betul ibu. Ferhad janji." Ujarnya dengan senyuman lebar.
Puan Syima mengangguk. "Masuklah. Nanti Syeera turun." Ujar Puan Syima lalu melangkah ke dalam rumah. Encik Dylan memberikan high five kepada Ferhad. Ferhad tergelak dan membalasnya.
"Yess greenlight tu.." ujar Encik Dylan dengan senyuman lebar. Ferhad terkekeh ketawa. Abah Syeera memang seorang yang sporting. Kerana itulah Ferhad cepat rapat dengan Encik Dylan.
"Jangan nak gembira sangat. Ibu hanya bagi izin keluar bersama sahaja. Bukannya beri izin hubungan kamu berdua." Ujar Puan Syima yang sedang minum air di dapur.
Ferhad menggigit bibir sahaja mendengarkan itu. Manakala Encik Dylan hanya menggeleng sahaja melihat sikap isterinya.
"Ferhad?" Ferhad berpaling ke tangga. Dia membalas senyuman Syahrul.
"Bro.. dah lama ke sampai?" Tanya Syahrul seraya bersalam gaya lelaki dengan Ferhad. "Baru je sampai."
Syahrul mengangguk. "Syeera tengah bersiap. Sebelum tu, boleh ke aku bercakap dengan kau kejap? Berdua." Tanya Syahrul mendatar.
YOU ARE READING
FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]
Romansa🤍2ND LOYAL SERIES🤍 Percintaan antara dua hati telah ditentang hebat oleh kedua-dua orang tuanya. Namun kesetiaan dan kekuatan cinta mereka telah menguatkan lagi hubungan sehingga mereka langsung tidak goyah walau harus menghadapi pelbagai rintanga...