SYEERA membawa dulang air ke ruang tamu dengan senyuman kekok apabila melihat suaminya yang sedang berpeluk tubuh sambil mencerlung tajam ke arah Feyra dan Puan Fatima ketika ini.Mereka berdua pula hanya menunduk sahaja apabila ditenung begitu oleh Ferhad. Ferhad bukanlah seorang pendendam. Namun dia tidak mudah percaya apabila seseorang yang dia sayang pernah melakukan sesuatu diluar jangkaan seperti keluarganya.
Fikirnya bapanya sudah teruk. Namun sekarang ahli keluarganya yang lain pula makin teruk..
"Minum mama, Feyra." Syeera menuangkan air ke dalam gelas dan diberikan kepada Feyra serta Puan Fatima. Mereka senyum tipis ke arah Syeera. Sedikit sebanyak mereka bersyukur kerana Syeera masih melayani mereka baik.
Bimbang juga jika Syeera turut menghalau mereka tadi.
"Lepas minum, balik. Tak perlu tunjuk muka lagi depan along." Syeera terus berpaling ke arah suara garau yang menerjah gegendang telinganya itu. Dikerling sekilas Puan Fatima yang menunduk dengan riak mendung.
Syeera bangun dari duduknya lalu menghenyak punggung disofa bersebelahan suaminya. Diusap sahaja tangan kasar suaminya ketika ini.
"Along.. mama dan Feyra datang nak minta maaf pada along dan Syeera.. kami banyak buat salah.." ujar Puan Fatima dengan suara yang agak bergetar. Terasa juga hati tuanya apabila anaknya seumpama tidak mahu memandangnya lagi ketika ini.
Ferhad mengeluh kasar. Sempat dia menggigit bibirnya kejap. "Ok. Balik. Along nak pergi kerja pula ni. Along takkan sesekali tinggalkan isteri along dengan mama. Takut mama pukul pula anak orang nanti."
"Bie.." bisik Syeera seraya menggosok tangan suaminya agar Ferhad bertenang. Ferhad memejam mata kejap lalu senyum tipis ke arah Syeera. "Bie nak bersiap pergi kerja jap. Syeera berbual la dulu dengan mereka." Ferhad mencium sekilas dahi isterinya lalu bangun dari duduknya.
Dia mencerlung ibu serta adiknya. "Along bagi ruang untuk mama dan Feyra meminta maaf pada isteri along. Sama ada Syeera nak maafkan atau tidak, itu keputusan dia. Selepas je along bersiap nanti, along nak mama dan Feyra balik. Selepas ni, jangan sesekali datang ke sini tanpa keizinan along."
Ferhad terus memusingkan tubuhnya dan melangkah menaiki tangga selepas mentuturkan perkataan itu. Puan Fatima, Feyra dan Syeera hanya memandang sahaja langkah Ferhad ketika ini. Syeera menyimpan keluh.
Dia yakin bahawa Ferhad amat terasa dengan sikap ahli keluarga sendiri sehinggakan jejaka itu langsung tidak membenarkan Puan Fatima dan Feyra bertemu dengannya.
"Syeera.." Syeera terus berpaling semula ke arah ibu mertuanya. Syeera senyum hambar. Dia pun masih terasa juga. Masih ingat lagi kata-kata kesat serta hinaan daripada Puan Fatima. Masih rasa lagi bekas tamparan ibu mertuanya kepadanya tika ini.
"Mama minta maaf.. mama silap menilai Syeera.. mama.. mama banyak buat dosa pada menantu mama.. mama lah penyebab Syeera dan Ferhad hampir putus cinta.. mama minta maaf ya Syeera? Kalau la mama tak bersikap kurang ajar pada Syeera, pasti semua masalah tu takkan berlaku.."
Syeera hanya senyum tipis mendengar rintihan mertuanya. Dia juga seperti Ferhad. Bukan seorang yang mudah percaya pada sesiapa. Kerana kata-kata serta airmata boleh jadi penipuan dikalangan masyarakat kini.
Puan Fatima mengalirkan air mata apabila kelihatan Syeera seperti tidak mahu memaafkannya. Feyra pula hanya menunduk sahaja ketika ini. Dimainkan jemarinya diatas paha. Rasa bersalah.
Ya. Dia banyak melakukan kesalahan kepada Syeera. Namun Syeera sedikit pun tidak membalas perlakuannya. Malah Syeera hanya buat tak endah sahaja pada dia.
"Syeera..." gumam Puan Fatima dengan suara bergetar. Dia bangun dari duduknya lalu melangkah menghampiri Syeera. Puan Fatima terus duduk melutut dihadapan Syeera lalu mengambil kedua tangan Syeera.
YOU ARE READING
FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]
Romance🤍2ND LOYAL SERIES🤍 Percintaan antara dua hati telah ditentang hebat oleh kedua-dua orang tuanya. Namun kesetiaan dan kekuatan cinta mereka telah menguatkan lagi hubungan sehingga mereka langsung tidak goyah walau harus menghadapi pelbagai rintanga...