FERHAD - BAB 23💣

12.7K 569 55
                                    



PANGGG!

Terbeliak mata mereka melihat Puan Syima yang menampar pipi Ferhad. Ferhad berdesis lalu menyentuh pipinya yang terasa sedikit pedih.

Dia berpaling semula ke arah Puan Syima yang sedang menayangkan riak mendatar. Puan Fatima mengepal tangan. "Ken--"

Terhenti percakapan Puan Fatima apabila Ferhad menghalang. Puan Syima menjungkit kening lalu berpaling ke arah Puan Fatima.

"Sakit kan tengok anak ditampar oleh orang lain? Macam tu jugalah perasaan saya sekarang! Sakit hati saya bila dapati ada seseorang yang tampar anak saya tanpa ketahui sebabnya!"

Jerit Puan Syima seraya mencerlung ke arah Puan Fatima. Encik Dylan menggosok lengan isterinya untuk menenangkan Puan Syima.

"Tangan ni.." ujar Puan Syima sambil menunjukkan tapak tangannya kepada mereka yang berada disitu. "...tak pernah sedikit pun melekat di badan anak perempuan saya. Siapa awak untuk tampar anak saya? Apa hak awak Puan Fatima?"

Tanya Puan Syima seraya mencerlung tajam ke arah Puan Fatima. Mereka hanya diam sahaja apabila dimarahi Puan Syima.

"Saya jaga anak saya bagai menatang minyak yang penuh! Tak pernah sesekali pun saya memukul anak saya walau marah macam mana sekalipun! Saya bukan memanjai dia, tapi saya sangat sayangkan anak yang saya kandung. Tak sangka ada tangan kotor lain yang berani sentuh anak saya.."

Ujar Puan Syima dengan riak tegang. Manakala Syeera menahan sebak mendengarkan itu. Terkejut juga dia tadi apabila mendengar kekecohan diluar biliknya. Dia terus keluar dari bilik dan menyembunyikan diri di sebalik tiang.

Alangkah terkejutnya dia melihat ibunya menampar Ferhad untuk membalas dendam kepada Puan Fatima.. tak sangka ibunya seberani itu..

"Kalau macam ni la keadaannya, beritahu saya. Ibu mana je yang akan benarkan anak perempuan mereka berkahwin dengan lelaki yang mempunyai ibu sebaran itu? Tell me! Salah saya ke jika saya menolak mentah-mentah macam ni demi anak saya?!"

Ferhad menunduk kejap lalu panggung kepala ke arah Puan Syima. "Sebab tu Ferhad datang kesini bersama mama.. mama nak minta maaf dengan apa yang berlaku.." berkerut dahi Puan Fatima mendengarkan itu. Dia langsung tak bersetuju untuk meminta maaf kepada Puan Syima sekeluarga.

Puan Syima gelak sinis. "Lepas tampar, minta maaf? Lepas saya maafkan, esok-esok awak buat lagi? Betul?" Ferhad menggeleng. "Ferhad takkan benarkan itu terjadi.. Ferhad janji itulah yang pertama dan terakhir. Ferhad takkan benarkan sesiapa sentuh Syeera termasuk mama Ferhad sendiri."

Ujar Ferhad dengan berkeyakinan. Tuan Uthman dan Felina mengangguk bersetuju dengan hal itu. Puan Syima mendengus kasar lalu mencerlung ke arah Ferhad.

"Yeke? Apa guarantee yang perkara ini tidak akan terjadi lagi? Kalau saya izinkan awak berkahwin dengan Syeera dan ini terjadi lagi, apa yang awak nak jawab pada saya Ferhad? Macam mana kalau Syeera tersiksa lepas berkahwin dengan awak? Macam mana awak yakin sangat bahawa mama awak takkan sakiti anak saya selepas awak berkahwin?"

Ferhad meneguk liur kejap lalu memandang Puan Syima dengan riak mendatar seumpama dia sedang menghadapi ketuanya.

"Jika mama saya sakiti anak ibu lagi, saya takkan teragak-agak untuk masukkan kes ini ke dalam seksyen 375 kanun keseksaan." Terbeliak mata Puan Fatima mendengarkan itu.

"Along! Takkan la along nak masukkan mama ke dalam penjara hanya kerana itu?!"

"Jika saya mampu untuk masukkan bapa saya ke dalam penjara atas kesalahan dadah, saya juga mampu masukkan mama saya ke dalam penjara jika dia menyiksa isteri saya. Saya tidak kisah siapa pun dia. Yang salah tetap salah. Kerana saya lebih mengikut peraturan negara berbanding peraturan keluarga."

FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]Where stories live. Discover now