FERHAD - BAB 3💣

14.7K 702 23
                                    



"TEMBAK betul-betul! Jangan bazirkan peluru dekat sini! Perhatikan sasaran dahulu sebelum main tembak sahaja! Jangan jadi pondan depan aku! Kalau aku tengok ada kesalahan walau sedikitpun, bersedialah untuk tekan tubi sebanyak 100 kali. Faham?!"

"Faham Inspektor!"

Ferhad mengangguk sahaja. Dia masih memerhati para pelatih yang sedang berlatih dihadapannya. Termasuk.. Eidlan. Itu pun dia yang paksa. Kalau tak, memang idok la lelaki pemalas tu nak buat..

"Sayang!" Ferhad terus memusingkan tubuhnya ke belakang apabila kedengaran suara yang amat dia kenali. Berkerut hebat dahinya apabila melihat kekasihnya dihadapannya ketika ini dengan peluh yang menitik.

Ferhad menanggalkan kaca mata hitamnya lalu mencerlung ke arah Syeera. "Sweetheart? Buat apa dekat sini?" Bisiknya dengan suara garau.

Syeera senyum lalu melangkah merapati Ferhad. "Saya nak jumpa awak la.. awak tak reply mesej saya. Sebab tu saya datang sini.." ujar Syeera lalu berpaling ke arah pelatih yang sedang berlatih menembak.

Ferhad memejam mata kejap sambil mencekak pinggang. "Balik." Arahnya dengan suara garau. "Hah? Taknak la.. saya baru je sampai.. wahh bagusnya diorang tembak.. ini ke yang awak tengok setiap hari? Macam best je tembak tu. Kalau awak aja-"

"Balik!"

Tersentak Syeera apabila kekasihnya mula menjerkah. Dia berpaling me arah Ferhad dengan mata yang terkebil-kebil. Ferhad mencerlung kekasihnya lalu mengerling sekilas ke arah padang.

Benar. Ramai yang sedang memerhatinya saat ini.

Ferhad berdecit lalu menarik tangan Syeera mengikutinya. "Sakit la sayang. Jangan la tarik kuat sangat!" Jerit Syeera sambil menolak-nolak tangan Ferhad yang menggenggamnya.

Eidlan menggeleng lalu berpaling ke arah pelatih. Berkerut dahinya apabila para pelatih masih memerhati Ferhad dan Syeera.

"Tunggu apa lagi?! Sambung!" Jeritnya dengan riak bengis. Para pelatih mula terkulat-kulat.

"Baik tuan!" Ujar mereka lalu sambung berlatih. Eidlan senyum senget. Best juga ada kuasa ni muahhahahah.

"Sayang! Lepaslah!" Jerit Syeera yang masih mengikuti langkah Ferhad. Ferhad berpaling ke arah pengawal yang berada di pondok. Pengawal yang faham akan itu terus keluar dari pondok.

Terbeliak matanya apabila melihat gadis tadi telah berjaya memasuki kawasan itu tanpa dia sedar.

"Aku dah cakap tadi yang tiada sesiapa boleh masuk termasuk gadis ni! Yang kau bagi kebenaran untuk dia masuk dah kenapa?! Kau tak faham bahasa ke?!"

Tersentak Syeera dan pengawal itu apabila jerkahan Ferhad mula kedengaran. Pengawal itu menunduk. "Maaf Inspektor. Tapi.. saya memang dah halang dia dari masuk tadi.. saya.. tak perasan pula bila dia menyelinap masuk kedalam kawasan kita. Saya minta maaf." Ujarnya terketar-ketar.

Ferhad mendengus lalu berpaling ke arah Syeera dengan riak tegang. "Balik. Now." Ujar Ferhad serius.

Syeera mengeluh perlahan. "Tapi saya nak jumpa awak.. dah lama kita tak berjumpa. Hampir 4 hari dah kita tak berjumpa. Awak pula tak reply mesej saya. Sibuk sangat ke awak sampaikan taknak layan saya?"

Ferhad memejam mata kejap lalu melepaskan pegangannya. Dia meneguk liur kejap. "Sorry saya sentuh awak tadi." Ujar Ferhad perlahan. Dia tidak pernah menyentuh Syeera. Cuma Syeera sahaja yang selalu ingin menyentuhnya namun Ferhad selalu menepis kerana Ferhad menjaga batas.

Ferhad menarik nafas lalu hembus perlahan. Dia mencekak pinggang dihadapan Syeera yang masih mengerdip ke arahnya.

"Saya dah beritahu kan? Yang saya sibuk minggu ni. Saya dah beritahy awal-awal lagi bahawa saya sibuk. Saya tak sempat pegang telefon. Nak bermesej pun tak sempat. Nak jawab call lagilah tak boleh sebab saya tengah bekerja. Boleh tak awak fahami pekerjaan saya?"

FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]Where stories live. Discover now