PUAN SYIMA berpeluk tubuh dihadapan Ferhad yang berdiri tegak dihadapannya ketika ini. Syeera, Encik Dylan dan Syahrul hanya setia menunggu di ruangan makan. Puan Syima yang menghalau mereka bertiga kesana kerana Puan Syima ingin berduaan dengan menantunya.Syeera perhatikan sahaja suaminya yang berdiri tegak dihadapan Puan Syima dengan riak mendatar. Dia tahu Ferhad berdebar namun Ferhad pandai mengawal reaksi wajahnya.
Ferhad senyum tipis ke arah Puan Syima. "Ferhad minta maaf dengan apa yang berlaku. Tak sepatutnya mama Ferhad buat macam tu pada ibu. Salah Ferhad juga kerana tak nasihati mama Ferhad elok-elok.."
Ujar Ferhad perlahan. Puan Syima masih berpeluk tubuh dengan reaksi mendatar. "Biasanya mama yang kena tegur kesalahan anak. Tapi sekarang anak pula yang perlu tegur kesilapan mamanya? Pelik."
Ujar Puan Syima sinis. Ferhad senyum tipis. "Ya.. Ferhad minta maaf atas kesilapan mama Ferhad.. Ferhad janji yang perkara itu takkan berlaku lagi.." ujar Ferhad lalu menunduk sedikit.
Puan Syima mengeluh perlahan. "Tak perlu. Ibu taknak Ferhad meminta maaf pada ibu kerana ibu takkan terima kemaafan daripada Ferhad."
Ujar Puan Syima mendatar. Ferhad menunduk dengan riak mendung manakala Syeera menggigit bibir mendengarkan itu.
Puan Syima perhatikan riak mendung menantunya. "Kerana itu semua bukan salah Ferhad. Ia salah mama Ferhad. Jadi Ferhad tak perlu mohon maaf pada ibu kerana ibu langsung tak salahkan atau marahkan menantu ibu.. Ferhad tak bersalah nak.. jangan mohon maaf jika ia bukan kesalahan kita.."
Ujar Puan Syima perlahan seraya mengelus kepala Ferhad. Ferhad terus panggung kepala dengan mata terkedip-kedip. Puan Syima senyum tipis.
"Ibu tak pernah benci Ferhad.. ibu dah lama anggap Ferhad sebagai menantu keluarga ibu.. Ferhad jangan la rasa tak selesa pula dengan ibu ya? Ibu garang dengan Ferhad sebab ibu taknak Ferhad main-mainkan perasaan anak ibu.. tu je.. tak ada sebab lain pun.."
Ujar Puan Syima perlahan. Ferhad senyum lebar mendengarkan itu. "Jadi.. ibu.. tak bencikan Ferhad?"
Puan Syima mengangguk dengan senyuman. "Ya nak.. Ferhad pun anak ibu. Mana mungkin ibu sanggup bencikan anak ibu.." ujar Puan Syima lalu memeluk tubuh menantunya.
Ferhad senyum lalu membalas pelukan ibu mertuanya. "Janji dengan ibu.. jangan pernah tinggalkan Syeera.. itu je yang ibu minta pada Ferhad.." bisik Puan Syima perlahan seraya menggosok belakang badan Ferhad.
Ferhad mengangguk dengan senyuman. "Ferhad janji takkan tinggalkan anak ibu.. Syeera adalah separuh dari hati Ferhad.. mana mungkin Ferhad ada niat untuk tinggalkan dia.." ujar Ferhad perlahan dengan riak gembira.
Gembira tak terkata dia sekarang apabila Puan Syima mula menerimanya sebagai ahli keluarga Syeera. Puan Syima senyum dengan linangan air mata.
Dia percayakan Ferhad. Selepas sahaja dia melihat Ferhad mempertahankan kebenaran semalam, dia yakin Ferhad adalah lelaki terbaik bagi Syeera kerana Ferhad tahu membezakan mana yang salah dan mana yang benar..
Ferhad panggung kepala apabila terasa ada mata yang memerhati. Tersenyum dia melihat kesayangannya yang senyum ke arahnya.
Diperhatikan sahaja Syeera yang senyum lebar ke arahnya dengan mata berkaca. "I love you.." ujar Syeera tanpa suara. Senyuman Ferhad makin lebar apabila dia dapat memahami perkataan Syeera walaupun hanya pergerakan mulut.
"I love you too.." balas Ferhad tanpa suara dengan senyuman yang tak lekang di bibir.
Syahrul berdehem. "Lapar nyaaa. Lama lagi ke drama dua beranak tu?" Tanya Syahrul kepada Encik Dylan yang sedang memerhati Ferhad berpelukan dengan Puan Syima. Encik Dylan menjeling anak sulongnya.
YOU ARE READING
FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]
Romantik🤍2ND LOYAL SERIES🤍 Percintaan antara dua hati telah ditentang hebat oleh kedua-dua orang tuanya. Namun kesetiaan dan kekuatan cinta mereka telah menguatkan lagi hubungan sehingga mereka langsung tidak goyah walau harus menghadapi pelbagai rintanga...