FERHAD - BAB 45💣

18.4K 573 30
                                    



FERHAD menghempas kasar badannya keatas katil. Dia memejam mata sambil merehatkan lengan diatas dahinya. Sungguh dia rasa penat kerana selepas sahaja sampai, dia terus melayan karenah Syeera.

Namun dia bahagia apabila melihat senyuman Syeera. Dia tidak kisah walau penat macam mana sekalipun asalkan dia dapat membahagiakan isterinya. Baginya amat mudah untuk membuat Syeera bahagia.

Kerana Syeera bukanlah perempuan yang complicated. Bawa dia makan di gerai pun dia dah bahagia. Asalkan Ferhad menemaninya hehehhe.

Syeera keluar dari bilik air sambil menggosok lengannya yang terdedah. Malam ini dia memakai baju tidur bersaiz kecil yang ada sedikit lengan di bahagian bahu. Baju pula paras bawah sikit dari pusat. Kalau angkat tangan konfirm nampak perut mulusnya itu.

Seluar pula hanya separas bawah punggung. Biasanya dia memakai gaun tapi dia terlupa pula membawa gaun satinnya itu. Jadi dia hanya memakai baju tidur biasa sahaja malam ini.

Namun seggsyy..

Syeera senyum melihat suaminya yang berbaring diatas katil tanpa baju. Tahu la dia suaminya itu penat melayan karenahnya tadi. Selepas sahaja mereka naik ke darat, Syeera mengajak Ferhad membuat istana pasir.

Awalnya Ferhad menolak. Apa kerrllasss lelaki sejati macam Ferhad buat istana pasir kan? Namun setelah Syeera memuncung sambil membuat riak wajah yang manja, Ferhad terus mengalah.

Tak kuat nak melawan sifat manja Syeera ni.. ada sahaja la akal fikiran nakal wanita itu untuk mengumpan Ferhad.

Syeera menghampiri suaminya lalu menghenyak punggung diatas katil. Dia mengalihkan tangan didahi Ferhad lalu mengusap rambut tebal kehitaman lelaki itu.

Tersenyum Ferhad apabila isterinya mengusapnya begini. Makin mengantuk pula bila jemari halus itu menyentuh rambutnya. "Dah ngantuk?" Tanya Syeera perlahan. Ferhad yang masih memejam mata itu mengangguk sahaja.

"Ermm.. bie mengantuk sikit malam ni.. petang tadi tak jadi tidur kan? Sebab tu malam rasa mengantuk awal sikit.." ujar Ferhad dengan suara serak basahnya yang menandakan dia sangat mengantuk saat ini.

Syeera menggigit bibirnya kerana rasa bersalah. "Maaf bie.. disebabkan layan karenah Syeera la bie terpaksa tangguh tidur tadi padahal bie penat.. maaf sangat sayang.." bisik Syeera perlahan lalu mencium sekilas bibir suaminya.

Terukir senyuman di bibir nipis itu apabila menerima kucupan hangat dari bibir munggil itu walaupun hanya sekejap cuma.

"Takpa.. kita datang nak bercuti.. takde hal la. Lagipun bie memang nk diving pun tadi.. hilang penat bie lepas diving dengan sweetheart tadi.."

Syeera kulum senyum. Sudahlah tangan Ferhad elok sahaja menggenggam tangannya ketika ini. Syeera mengambil tangan Ferhad lalu membalas genggaman tangan kekar itu.

Diperhatikan sahaja wajah suaminya yang agak lesu malam ini. Faham la dia bahawa Ferhad mesti masih penat kerana baru pulang dari Thailand.

Syeera merapati suaminya lalu menyandarkan badan ke kepala katil. Dia mengangkat kepala suaminya lalu disandarkan di dadanya. Ferhad senyum lalu memeluk badan isterinya. Elok sahaja kepalanya berada diantara dua buah dada Syeera ketika ini.

Tangan kanan Syeera mengusap kepala suaminya manakala tangan kiri pula menggenggam tangan kanan Ferhad. Tenang sahaja Ferhad ketika ini apabila dia dapat berbaring diatas sesuatu yang empuk.

"Buah dada Syeera ke ni?" Tanya Ferhad seraya menyodok kepalanya ke dada Syeera. Syeera kemam bibir. Dah tahu tapi tanya lagi?!

"Ha'ah.." jawab Syeera perlahan. Ferhad senyum dengan mata yang masih dipejam. Sungguh dia mengantuk ketika ini.. nak-nak lagi berada dalam dakapan Syeera. Makin mengantuk dibuatnya.

FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]Where stories live. Discover now