FERHAD - BAB 65💣

13.2K 621 32
                                    



FERHAD senyum ke arah keluarganya serta keluarga mertuanya yang menghantarnya ke airport. Dia harus bergerak ke airport dahulu sebelum bergerak ke perkarangan.

"Duk sana elok-elok.. jaga makan dan jaga solat.. negara penting tapi diri sendiri tu penting jugak.. jangan terlalu sibukkan diri sehingga sakit.." ujar Encik Dylan yang sedang memeluk badan menantunya.

Ferhad senyum tipis. Dia mengangguk. "Baik abah.. Ferhad janji Ferhad akan sentiasa sihat. Abah jangan risau pasal tu.."

Encik Dylan senyum. Dia melepaskan pelukan lalu menatap wajah menantunya. Dia mengerling sekilas ke kirinya. Encik Dylan mengeluh melihat anak perempuannya yang sedang menunduk sambil bermain jemarinya.

Ferhad pula berpaling ke arah itu. Sayu hatinya melihat air mata Syeera yang menitis tidak henti diatas lantai.

"Pujuk Syeera.. dia paling terkesan.." bisik Encik Dylan. Ferhad mengangguk. Dia melangkah menghampiri isterinya. Diusap kepala isterinya yang sedang menangis.

"Sweetheart.." panggil Ferhad perlahan. Syeera menggeleng. Dia mengundur menjauhi suaminya. Syahrul, Felina, Feyra dan Puan Fatima kemam bibir menahan air mata melihat adegan dihadapannya itu.

Ferhad meneguk liur. "Bie pergi kejap je.. Syeera jangan risaukan bie.. okay?" Bisik Ferhad seumpama berbisik. Dari pagi tadi lagi Syeera menjarakkan diri darinya.

Mungkin Syeera tidak mahu Ferhad rasa bersalah. Kerana itulah dia tidak mahu menunjukkan kesedihan dihadapan suaminya.

Syeera mengangguk. Dia mendekati suaminya. Kepala hanya setia menunduk. Dia tidak mahu suaminya melihat matanya yang sembab dek air mata.

Dipeluk erat badan suaminya lalu disembamkan muka ke dada suaminya. Syeera mula teresak. Ferhad memejam mata erat mendengar esakan Syeera. Dibalas pelukan isterinya. Dipujuk sehabis baik agar Syeera kembali tenang.

"Bie.. hati-hati tau.. se..selalu ingat Syeera tau.." ujar Syeera dengan suara yang sangat perlahan. Hampir tidak dengar di telinga Ferhad. Ferhad mengangguk. Diusap kepala isterinya.

"Of course.. Syeera jaga diri.. kalau rasa takut duk rumah kita, Syeera boleh duduk dengan ibu atau mama.. bie izinkan.." bisik Ferhad seraya menggosok belakang badan isterinya.

Syeera mengangguk. Dia angkat kepala lalu mendongak ke arah Ferhad. Ferhad senyum tipis melihat wajah isterinya yang basah dengan air mata.

"I love you sayang.." bisik Ferhad lalu mencium sekilas dahi Syeera. Makin tersebik bibir Syeera mendengar itu.

"I love you too bie.. more and more.." Ferhad senyum mendengar suara serak itu. Dia menggeselkan hidung mereka berdua. Sudah tidak hairan dengan ahli keluarganya yang memandang mereka.

Kerana bagi Ferhad, hanya Syeera yang ada di depan matanya kini.. tiada yang lain..

*:・゚✧*:・゚✧

AMERIKA

"UWEKKKK.. uwekkkk.." Eidlan menjeling rakannya yang sedang muntah ditepi longkang. Sudah tiga hari mereka berada disini dan kesihatan Ferhad masih lemah seperti sebelum ini.

Eidlan mengusap belakang badan Ferhad. "Kau okey tak Ferhad? Dah berapa hari dah kau muntah macam ni.. risau pulak aku. Dahlah sekarang kita tengah buat misi bahaya. Kalau penyangak dengar muntah kau, tak ke naya je?"

Geram! Sudahlah mereka berada ditempat tersembunyi sekarang ini. Ferhad dan Eidlan siap memakai daun lagi dibadan agar tidak ketahuan oleh penjahat.

Tapi itu lah. Si Inspektor kita ni tak henti-henti pula muntah. Seriau pula Eidlan jika mereka ditangkap harini.

FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]Where stories live. Discover now