FERHAD - BAB 25💣

16K 576 32
                                    



TUAN HILMAN berpeluk tubuh dikerusi kerjanya sambil menjungkit kening ke arah Ferhad yang berdiri tegak dihadapannya. Tuan Hilman mengeluh perlahan.

"Kau tahu kan prinsip dekat sini macam mana?" Ferhad mengangguk dengan riak tegang. "Tahu tuan!"

Tuan Hilman mengangguk. "Habis tu kau ingat lepas kau merayu pada aku, aku akan bagi kebenaran ke untuk kau ambil cuti mendadak macam ni?"

Ferhad meneguk liur kesat lalu berdehem. "Maaf tuan. Tapi ini memang permintaan saya. Saya minta maaf kalau saya beritahu lewat kepada tuan." Tuan Hilman mendengus seraya memicitkan kepalanya.

"Kau anak didik aku yang paling berdisiplin. Kau tak pernah langgar peraturan. Tapi aku tak sangka kau langgar peraturan hanya untuk perempuan. Dulu kau keluar terburu-buru tanpa pemberitahuan. Sebab perempuan."

Ferhad menunduk sahaja mendengarkan itu. Salah dia juga kerana langgar peraturan tatatertib.

"Dan sekarang kau ambil cuti mendadak hanya untuk berkahwin. And again. Because a woman." Ferhad mengangguk mendengarkan itu.

Tuan Hilman mengeluh kasar. "Aku bukan nak halang kau kahwin. Itu hak kau. Itu kehidupan kau. Tapi apa yang kau buat ni salah Ferhad. Kau sangat terburu-buru sehingga kau lupa bahawa disini ada prinsip. Kau nak ambil cuti 30 hb ni dan hari ini dah masuk 26 hb! Lagi 3 hari kau nak cuti! Apa yang ada dalam fikiran kau ni?!"

Ferhad menunduk sedikit. Dia sudah terbiasa dijerkah oleh orang atasan. Dia tidak kisah. Dia sudah diasah dari awal lagi untuk tidak terasa hati dengan jerkahan sesiapa.

"Maafkan saya tuan. Tapi saya dah tengok jadual saya. Saya tiada tugas pada tarikh itu. Sebab itu saya ingin mengambil cuti pada hari itu.."

Tuan Hilman mengeluh kasar. "Macam yang aku cakap, disini ada prinsip. Seeloknya kau beritahu aku awal-awal kerana disini peraturannya amat ketat. Salah tetap salah. Kau selalu tangkap orang yang melakukan kesalahan. Tapi kau? Tak apa pulak buat salah? Huh?"

Tanya Tuan Hilman dengan nada sinis. Ferhad hanya menunduk menerima segalanya.

Tuan Hilman mengeluh. "Ok takpa. Disebabkan kau selalu buat yang terbaik, aku takkan marah kau kali ni. Aku akan backup kau. Tapi selepas ini, aku takkan benarkan kau buat walau satu silap sekalipun. Kalau kau buat juga, kau turun ke jalanraya. Jadi polis trafik selama seminggu. Tak perlu nak jadi Inspektor sangat la kalau selalu langgar peraturan."

Ferhad panggung kepala lalu mengangguk. "Baik tuan! Terima kasih tuan!" Ujarnya lalu tabik hormat. Tuan Hilman mengangguk lalu bangun dari duduknya. Dia melangkah merapati Ferhad lalu menepuk bahu Ferhad.

"Tahniah pengantin baru. Jangan lupa jemput aku. Dah lama aku nak makan nasi minyak ni." Ferhad senyum lalu mengangguk.

"Pasti. Tuan nak bungkus pun boleh.." Tuan Hilman gelak kuat. "Ok aku dah rakam suara kau. Nanti aku curi je lauk kau diam-diam."

Ferhad senyum sahaja mendengarkan itu. Tuan Hilman memang seorang yang serius. Namun lelaki itu pandai juga bergurau walaupun sangat jarang terjadi.. tapi tak apa. Asalkan Tuan Hilman tak menjerit terlolong sudahlah..

*:・゚✧*:・゚✧

TERJUNGKIT kening Aisya dan Badrul melihat kad ditangan mereka sekarang. Syeera pula tersengih melihat riak terkejut rakan-rakannya.

"Wehh kau nak kahwin?!" Tanya Aisya dengan teruja. Syeera senyum lebar lalu mengangguk. "Weh congrats! Akhirnya jadi jugak korang ek!"

Jerit Aisya lalu memeluk erat tubuh rakannya. Syeera ketawa lalu membalas pelukan kawannya. Dibiarkan sahaja rakannya menggoyangkan badan mereka berdua.

FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]Where stories live. Discover now