"BOLEH tak.. jauhkan badan.. sikit?" Tanya Ferhad dengan debaran didada. Syeera mencelik matanya. Suaminya.. tak suka sentuhannya kah?"Er maksud bie.. buah dada Syeera.. hempap dada bie sekarang.. bie .. tak selesa.." berhati-hati Ferhad mentuturkan ayat agar isterinya tidak terasa dengannya.
Sebenarnya bukan tak selesa tapi berdebar! Nak tercabut dah jantung si Ferhad sekarang ni kalau Syeera melekap penuh dengan badannya. Walaupun mereka berbaju, namun Ferhad tetap dapat merasakan sentuhan di sebalik baju tipis Syeera..
Dia dapat merasakan puting milik Syeera.. dan.. Ferhad amat malu akan hal itu..
Syeera mengangkat kepalanya dari leher Ferhad lalu merenung wajah Ferhad. Kelihatan telinga Ferhad sedikit memerah malam ini.
"Kenapa? Kalau berpeluk, memang la dada kita akan bertembung bie.." Ferhad senyum kekok lalu mengangguk.
"Tahu.. tapi.. bie taknaklah macam tu.. taknaklah ketara sangat sebab bua--"
"Sebab buah dada Syeera tak empuk? Sebab bersaiz sederhana? Bie tak suka? Macam tu?"
Tanya Syeera dengan dahi berkerut. Ferhad terus menggeleng laju. Fuhh gila ke tak empuk? Dah macam squishy dah barang si Syeera ni.. sederhana? Ferhad rasa macam terlebih besar je.. sederhana celah mana tah..
"Bukan la.. tapi-"
"Takpelah. Cakap jelah bie masih tak selesa lagi dengan pelukan Syeera. Syeera faham semua tu.. kalau bie tak selesa lagi, beritahu Syeera terus. Syeera takkan buat sewenang-wenangnya macam tadi.." ujar Syeera dengan senyuman ke arah suaminya. Dia faham jika suaminya masih tidak selesa.
Kerana dari dulu lagi Ferhad bukanlah seorang yang menyentuh.. dengan kawan lelaki pun dia tak pernah sentuh-menyentuh, apatah lagi perempuan.
Ferhad menyimpan keluh apabila dia merasakan bahawa isterinya terlalu fahami dirinya sehingga sanggup menunggu Ferhad untuk selesa dengannya.
"Sorry.. bie masih lagi sesuaikan diri dengan sentuhan selepas berkahwin.." ujar Ferhad seraya menyelitkan rambut isterinya ke belakang telinga. Syeera senyum lalu mengangguk.
"Ok.. kalau macam tu, Syeera ajarkan bie peluk yang asas supaya bie tak kena kejutan budaya.." ujar Syeera lalu tersengih. Ferhad menjeling manja isterinya lalu mencuit hidung Syeera. Syeera gelak perlahan lalu bangun dari paha suaminya.
Namun baru sahaja dia ingin bangun, Ferhad terus menahan pinggulnya. Syeera menjungkit kening. Aik? Tadi kata tak selesa.. ni duk sentuh punggung orang pulak eh..
Ferhad senyum. "Tidur la atas riba bie. Bie akan cuba selesakan diri.." ujar Ferhad perlahan. Syeera senyum lalu kembali memeluk badan suaminya. Ferhad agak terkejut namun dia tahan reaksi wajahnya agar tidak membuatkan isterinya terasa.
"Thanks.. Syeera dah lama nak tidur berpelukan macam ni..walaupun Syeera yakin esok kita akan lenguh badan hikhik.." ujar Syeera dengan kekehan ketawa.
Mana taknya, mereka bukannya berbaring penuh pun. Ferhad menyandar badan ke kepala katil manakala Syeera menyandar badannya ke badan Ferhad. Dua-dua dikira duduk sekarang ni..
Ferhad tergelak perlahan lalu mencium kejap dahi isterinya. "Takpa.. Syeera nak sweet sangat kan? Bie cuba la ni jadi sweet untuk Syeera.." ujar Ferhad perlahan seraya merenung bulu mata lentik isterinya ketika ini.
Syeera senyum lalu mengangguk. Diperhatikan sahaja tangan suaminya yang sedang menepuk-nepuk pinggangnya seumpama mendodoi.
Syeera menggigit bibir kejap. "Err bie.." Ferhad mencelik mata lalu menjungkit kening. Syeera senyum ke arah suaminya lalu mengambil tangan kiri suaminya itu. Ferhad mengerutkan dahi tidak faham namun dia biarkan sahaja.
YOU ARE READING
FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]
Romance🤍2ND LOYAL SERIES🤍 Percintaan antara dua hati telah ditentang hebat oleh kedua-dua orang tuanya. Namun kesetiaan dan kekuatan cinta mereka telah menguatkan lagi hubungan sehingga mereka langsung tidak goyah walau harus menghadapi pelbagai rintanga...