FERHAD - BAB 33💣

16K 589 37
                                    



TERJAGA Syeera dari tidurnya apabila kedengaran seseorang berdesis menahan sakit. Dia mencelik matanya perlahan-lahan lalu menganalisis dari manakah datang bunyi itu.

Terbeliak matanya melihat suaminya yang sedang menyandarkan badan ke kepala katil dengan riak berkerut.

"Bie?" Panggil Syeera seraya bangum dari baringnya. Ferhad yang sedang menunduk itu terus panggung kepala ke arah suara itu. "Sorry. Bie ganggu Syeera tidur ke?" Tanya Ferhad perlahan.

Syeera menggeleng lalu membuka lampu meja mereka. Diperhatikan sahaja baju tshirt suaminya yang dicemari darah. Syeera terus menekup mulutnya.

"Bie! Perut bie berdarah balik.. sebab Syeera ke? Syeera tidur terlalu buas ke?" Tanya Syeera dengan riak bersalah. Ferhad menggeleng laju.

"Bukan.. bukan sebab Syeera tap--"

"Kejap Syeera ambik emergency kit jap." Ujar Syeera lalu mengikat rambutnya dan cepat-cepat mengambil kotak kecemasan. "Sweetheart tak per..ssss." Ferhad berdesis sedikit apabila lukanya terbuka.

Dia mengeluh kasar lalu menyandarkan kepala ke kepala katil. Ferhad memejam mata erat. Pedih tu memang pedih tapi dia dah terbiasa. Dan ya. Lukanya terbuka kembali kerana Syeera terpukul perutnya sewaktu tidur. Entah apa yang budak tu mimpi sehingga memukulnya ketika lena.

Ferhad panggung kepala apabila mendengar langkah laju seseorang. Diperhatikan sahaja isterinya yang membawa kotak kecemasan dengan riak berkerut dan bersalah.

"Sorry sorry.. mesti sebab Syeera ni.. Syeera tidur buas bie.. Syeera minta maaf." Ujar Syeera dengan mata berkaca seraya menghenyak punggung diatas katil. Dia cepat-cepat membuka kotak kecemasan dan mengeluarkan peralatan lain.

Ferhad senyum tipis lalu mengusap kepala isterinya. "Takpa.. bukan salah Syeera. Salah bie juga sebab bie tidur buas. Bie dah biasa dah hadap benda ni sewaktu tidur.." ujar Ferhad perlahan. Sengaja dia beri alasan sebegitu agar Syeera tidak rasa bersalah.

Syeera mendongak kejap lalu membersihkan luka dengan kapas. "Tetap juga salah Syeera.. mesti Syeera ada terpukul bie masa tidur.. Syeera memang tidur buas bie.. sorry sangat.." ucap Syeera dengan suara bergetar.

Ferhad berdesis kejap apabila Syeera mencuci lukanya. Dia terus menahan tangan Syeera apabila merasakan tangan Syeera bergetar. "Takpa.. biar bie buat sendiri okay? Syeera rehat la.. Syeera penat ni.."

Ujar Ferhad apabila kelihatan isterinya sudah mengalirkan air mata. Kerana inilah dia tidak mahu memberitahu Syeera tentang lukanya. Pasti wanita itu akan menitiskan air mata melihat Ferhad menghadapi kesakitan.

Ini baru luka sikit.. bayangkan kalau kena tembak? Masuk icu? Luka parah? Mahu menangis sampai keluar air mata darah si Syeera ni.. padahal Ferhad dah biasa lalui semua itu..

Syeera menggeleng dengan linangan air mata. "Biarlah Syeera rawat.. apa guna Syeera jadi isteri kalau Syeera hanya tengok je bie tahan sakit macam ni?" Tanya Syeera perlahan dengan suara seraknya.

Ferhad senyum tipis lalu melepaskan pegangannya. Dah kalau Syeera kata macam tu dia pun tak boleh buat apa la.. dibiarkan sahaja Syeera membersihkan serta merawat lukanya.

Tersenyum sahaja Ferhad memerhati bulu mata lentik isterinya sekarang. Dia suka bila Syeera mula menunjukkan sisi protective seperti ini.

Syeera menghela nafas lega apabila darah sudah berhenti mengalir. Dia mengemaskan peralatan lalu berpaling ke arah Ferhad yang setia merenungnya. Syeera senyum sambil mengelus luka suaminya tadi.

"Maaf.. kalau Syeera tak tidur buas mesti bie tak sakit malam-malam macam ni.." ujar Syeera dengan riak sebik. Ferhad senyum tipis lalu mengusap pipi isterinya. Dia harus berani menyentuh isterinya jika dia ingin memujuk Syeera.

FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]Where stories live. Discover now