FERHAD - BAB 56💣

14.8K 657 37
                                    



"FEYRA! Beritahu mama! Ini semua angkara Feyra kan?!" Bergema ruangan rumah itu dengan tempikan Puan Fatima ketika ini. Alangkah terkejutnya dia apabila videonya bersama Syeera viral di laman sosial hari ini.

Dan dia amat marah apabila apa yang ditulis oleh wartawan adalah tidak benar belaka. Puan Fatima amat kecewa dengan penulisan wartawan tersebut kerana ia telah memburukkan nama Ferhad sebagai Inspektor.

Felina mencerlung tajam ke arah adiknya yang masih menayangkan riak tidak bersalah. "Kau bodoh ke Feyra? Kalau along tahu ni kerja kau, mampus la kau. Aku takkan tolong kau sebab kau melampau!"

Marah Felina dengan tone suara yang rendah kerana dia tidak mahu jiran mendengar pertelingkahan yang berlaku.

Feyra menjungkit kening. "Kenapa nak salahkan Feyra pula? Along dah delete video tu dalam telefon Feyra. Kenapa korang nak salahkan Feyra ni?"

"FEYRA BINTI UMAR! Kau mari hadap aku sekarang!" Tersentak mereka bertiga apabila terdengar jerkahan dari luar rumah mereka. Dan.. mereka kenal akan suara itu.

BAMMM!

Terpejam mata mereka apabila pintu rumah mereka dikuak kasar dari luar. Feyra meneguk liur kesat melihat wajah tegang abangnya dengan peluh didahi. Tahu la dia bahawa mood Ferhad tidak baik sekarang.

"Along.." panggil Puan Fatima dengan suara bergetar. Felina hanya mengemam bibir. Kalau boleh dia ingin diamkan diri sahaja kerana dia tidak mahu melawan abangnya.

"Kau sedar tak apa kau buat?! Kau tak malu ke keluarga kita jadi macam ni dihadapan umum?! Dihadapan rakyat jelata?! Kau tak malu ke Feyra!!"

Jerit Ferhad lalu melangkah menghampiri adiknya dengan nafas tercungap-cungap. Feyra mengetap bibir menahan ketakutan.

"Kenapa along nak salahkan Feyra? Along sendiri yang padam video tu kan? Kenapa nak marahkan Feyra pula?" Tanya Feyra tidak bersalah.

Ferhad gelak sinis. "Aku abang kau tau? Aku yang hidup dulu sebelum kau wujud dalam dunia ni. Kau jangan ingat aku bodoh lah Feyra! Aku berfikir guna otak dan kau melakukan sesuatu dengan emosi! Kau fikir aku tak tahu ke semua ini adalah kerja kau?!"

Marah Ferhad dengan dahi berkerut. Kelihatan urat juga timbul di dahi serta leher lelaki itu. Berombak dada Ferhad sekarang melihat wajah tidak bersalah adiknya itu.

Feyra mendengus. "Kenapa pulak tiba-tiba serang Feyra? Entah-entah ini semua agenda Syeera? Sebab dia nak malukan mama? Feyra tak bodoh la untuk malukan mama macam tu! Ni semua sebab perempuan tu! Dia nak aibkan mama kita!"

"SIAL!"

PAK PAKK PAKK!

Terpejam mata mereka bertiga apabila Ferhad memukul dinding rumah mereka menggunakan kekura tangannya. Menitis air mata Puan Fatima melihat kekura tangan anak lelakinya mula berdarah.

"Along.. jangan macam ni.." ujar Puan Fatima dengan suara bergetar. Felina mengemam bibir manakala Feyra meneguk liur kesat.

Ferhad mencerlung Feyra lalu mengibas sedikit tangannya yang berdarah. "Kau bernasib baik sebab kau perempuan. Kalau kau lelaki, dah lama muka kau pecah macam dinding ni!"

Ujar Ferhad sambil menunjukkan dinding rumah yang sedikit retak ulahannya. Feyra kemam bibir menahan ketakutan.

"Kau jangan libatkan bini aku. Dia tak bodoh untuk viralkan diri dia sendiri! Hanya kau sahaja yang ada rakaman tu! Dan aku tahu kau licik. Mesti bersepah video yang kau copy ke dalam laptop kau."

Ujar Ferhad dengan nafas tercungap. Dia meraup kasar wajahnya lalu memejam mata kejap.

"Silap aku.. tak didik kau elok-elok waktu papa tiada.. silap aku sebab aku tak ajar kau untuk beradab dengan orang lain. Bodohnya aku sebab tak jaga adik aku elok-elok. Bodoh! Aku abang yang bodoh!"

FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]Where stories live. Discover now