TERKETAR tangan Syeera membaca surat yang dipegang olehnya ketika ini. Air mata menitis laju apabila dia dapat memahami segala perkataan yang ditulis dalam surat itu.Ferhad yang faham akan itu terus mendekati isterinya lalu memeluk Syeera dari tepi. Diusap kepala isterinya. Syeera makin teresak lalu menyembamkan mukanya ke dada Ferhad. Terketar badannya sekarang ini.
"Shh.. jangan la menangis macam ni sayang.. Syeera buat bie serba salah nak pergi.." bisik Ferhad seraya mencium dahi isterinya bertalu-talu. Syeera makin menghamburkan tangisannya.
"Kenapa... kenapa bie kena tinggalkan Syeera selama seminggu? Kenapa bie.. Syeera taknakk.. jangan la tinggalkan Syeera.. selama ni bie cuma pergi 3 hari je paling lama.. tapi kenapa.. kenapa..."
Ujarnya dengan esakan serta bahu yang terhinjut-hinjut. Ferhad memejam mata kejap. Dipeluk erat badan isterinya.
"Bie terpaksa.. bie janji bie akan balik selepas sahaja bie selesai segalanya.. Syeera jangan la macam ni baby.." bisik Ferhad seumpama memujuk. Syeera makin menangis dalam pelukan suaminya.
"Tapi.. kita tak boleh video call.. tak boleh bermesej.. tak boleh call.. nanti Syeera rindu..." rengek Syeera dengan esakannya. Menitis air mata Ferhad mendengar itu.
Dia harus pergi ke Amerika untuk misi bahaya yang melibatkan negara. Ia makan masa selama seminggu supaya kerjanya berjalan dengan lancar. Dan semestinyalah mereka akan menutup alat komunikasi disana kerana tidak mahu dikesan oleh penjenayah.
Kerana penjenayah disana amat pakar dalam IT. Jadi, kemungkinan besar mereka akan dikesan selepas sahaja mereka tiba disana. Kerana itulah mereka terpaksa menutup semua alat komunikasi apabila menjalankan tugas ini.
"Shh.. bie tak boleh buat apa.. ini tugas bie.. lagi pun Syeera dah biasa kan dengan semua ni?" Tanya Ferhad seraya menekup kedua pipi Syeera. Syeera menggeleng dengan riak berkerut.
"Itu dulu.. sebelum kita kahwin.. tapi sekarang Syeera tak sanggup berjauhan dengan bie lagi.. Syeera taknak dah macam tu..."
Ferhad senyum tipis. Diusap airmata dikedua pipi isterinya. Tersebik sahaja bibir Syeera ketika ini.
"Jangan macam tu.. bie pergi kejap je.. untuk keselamatan negara.. Syeera faham tugas bie kan?" Pujuk Ferhad. Kali ni agak susah untuk memujuk pujaan hatinya itu. Syeera makin cepat merajuk sekarang.. jadi dia harus berhati-hati.
"Tapi... lama.. tak boleh ke.. pergi kejap je?" Ferhad menggeleng. Tangan mengusap pipi basah isterinya. "Tak boleh.. sebab bie yang mengetuai semua ni.. Syeera kena faham tugas bie.."
Makin kedengaran esakan Syeera ketika ini. Dia menggeleng lalu menolak badan Ferhad menjauh. "Bie saja kan? Bie tak sayang Syeera kan? Bie rimas dengan Syeera kan? Sebab tu bie menjauh dari Syeera? Macam tu?"
Ferhad menggeleng. "Ya Allah.. bukanlah.. ni kerja bie. Syeera kena faham tugas bie.." pujuk Ferhad sambil menggosok lengan isterinya.
Syeera tersebik. Dia bangun dari duduknya lalu ingin melangkah pergi dari suaminya. "Sweetheart..." panggil Ferhad lalu mengejar langkah laju isterinya.
Dia menghampiri Syeera lalu memeluk erat badan Syeera dari belakang. Terpejam mata Syeera ketika ini. Air mata makin mengalir laju. Bergetar badannya ketika ini. Badannya amat lemah. Jika Ferhad tidak menahan badannya, pasti dia akan jatuh longlai..
"Sweetheart.. jangan buat bie rasa bersalah.. bie janji bie balik awal.. Syeera tunggu bie okay?" Bisik Ferhad yang sedang menyembamkan wajahnya ke ceruk leher isterinya.
Disedut haruman yang terbit dari badan isterinya semahunya kerana dia tidak akan dapat menghidu bauan ini selama seminggu..
Syeera memusingkan tubuhnya lalu memeluk erat leher Ferhad. Ferhad membalas pelukan isterinya seraya mengucup ubun-ubun isterinya. Diusap belakang badan isterinya yang bergetar.
"Janji balik dengan selamat?" Tanya Syeera dengan suara bergetar. Ferhad senyum tipis. "InsyaAllah. Doakan bie baik-baik sahaja.."
Makin menangis Syeera mendengar itu. Dipeluk erat badan suaminya. "Bie..."
"Ye sayang.."
"Kenapa.. kenapa kena pergi esok? Tak.. tak boleh ke diorang bagi bie masa untuk luang waktu dengan Syeera?"
Ferhad menggeleng. "Esok la paling lewat.. disana ada krisis ekonomi. Jadi, inilah masanya kami kena pergi kesana secepat mungkin.."
Syeera menarik hingusnya. "Eidlan.. pun pergi ke?"
Ferhad mengangguk. Dicium lama kepala isterinya. "Dia pun pergi juga.." Syeera mengeluh. "Hati-hati bie.. jaga diri bie dekat sana.. tolong fikir pasal Syeera.. jangan tinggalkan Syeera.."
Ferhad mengangguk. "I will baby.. i will.. bie janji bie akan balik dengan selamat walaupun akan ada luka-luka yang mendalam."
Syeera mula teresak seraya menggeleng kepalanya. "Jangan la..." rengeknya tanpa sedar. Ferhad senyum. Dielus kepala isterinya.
"Jom kita masuk bilik.. dah lewat ni.." bisik Ferhad seraya menyisir rambut isterinya. Syeera menggeleng.
"Taknak.. Syeera taknak tidur malam ni.. Syeera nak tengok muka bie je.. Syeera nak berbual dengan bie.. Syeera taknak habiskan masa.. Syeera nak bie.."
Ferhad mendongak menahan air mata yang bakal menitis mendengar getaran suara isterinya. Diusap badan belakang isterinya dengan kelembutan dan kehangatan.
"Ok.. jom." Ujar Ferhad lalu mencempung badan isterinya. Syeera mengalung tangan ke leher Ferhad lalu menyembamkan wajahnya ke ceruk leher suaminya.
"Jangan tinggalkan Syeera.." bisik Syeera perlahan. Ferhad yang sedang menaiki tangga itu senyum tipis. "Bie takkan tinggalkan Syeera.. jangan fikir negatif.. okay?"
Syeera mengangguk. Dia sudah penat menangis. Dia mengantuk. Tapi dia tidak mahu tidur.. dia nak menghabiskan masa bersama suaminya malam ini kerana Ferhad bakal berangkat pagi esok..
*:・゚✧*:・゚✧
FERHAD senyum tipis ke arah isterinya yang setia memandangnya ketika ini. Mereka sedang berbaring mengiring diatas katil tanpa sepatah perkataan. Hanya air mata sahaja yang menitis di pipi Syeera ketika ini.
Ferhad mengeluh melihat isterinya yang menangis tanpa esakan. Dia mengusap wajah basah isterinya. "Sweetheart.. jangan buat bie macam ni.. bie rasa bersalah kalau Syeera menangis macam ni tau?"
Bisik Ferhad dihadapan wajah Syeera. Syeera menggigit bibir menahan esakan. Dia menekup mukanya lalu menangis terhinjut-hinjut.
Ferhad menghampiri isterinya lalu memeluk badan isterinya itu. Dicium lama kepala Syeera.. berharap bahawa Syeera akan baik-baik sahaja..
"Syeera min..minta maaf.. Syeera.. Syeera.. tak boleh terima bie akan tinggal Syeera esok.." gumam Syeera dengan esakan. Ferhad senyum tipis. Ditarik kedua tangan Syeera yang menutupi wajah.
Tersebik sahaja bibir Syeera ketika ini. Ferhad senyum tipis. Dia mencium seluruh wajah Syeera. Dan bibirnya berlabuh di bibir isterinya. Lama.. ia mampu menenangkan hati Syeera yang gusar.
Syeera memejam mata apabila suaminya menciumnya dengan ciuman yang hangat. Ferhad melepaskan ciuman lalu mengusap pipi isterinya. Syeera mencelik mata. Direnung sahaja wajah Ferhad yang amat rapat dengannya.
"Syeera.. Syeera kuat kan? Syeera dah janji pada bie yang Syeera akan lalui semuanya bila kita dah kahwin.. ia bermakna Syeera terima risiko menjadi isteri Inspektor macam bie..
...jadi, bie harap sangat Syeera boleh terima kerja bie.. ini tugas bie.. tugas yang penting.. bie mohon.. Syeera jangan buat bie rasa bersalah untuk tinggalkan Syeera.. faham sayang?"
Syeera mengeluh perlahan. Dia mengangguk lalu memeluk suaminya. "Sorry.. Syeera pentingkan diri.. Syeera minta maaf.." bisiknya dengan esakan yang masih ada namun sedikit berkurang apabila suaminya memujuknya.
Ferhad senyum dengan linangan air mata. Dipeluk erat badan isterinya dengan mata yang terpejam. Dicium lama kepala serta dahi isterinya untuk meluahkan cinta.
Dia tidak sanggup tinggalkan Syeera dengan begitu lama. Namun dia terpaksa..
Kerana ia adalah tugasnya.
TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️
YOU ARE READING
FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]
Romance🤍2ND LOYAL SERIES🤍 Percintaan antara dua hati telah ditentang hebat oleh kedua-dua orang tuanya. Namun kesetiaan dan kekuatan cinta mereka telah menguatkan lagi hubungan sehingga mereka langsung tidak goyah walau harus menghadapi pelbagai rintanga...