FERHAD - BAB 22💣

13K 602 36
                                    



"ANSWER please.." bisik Ferhad seraya menelefon Syeera. Sedari tadi Syeera langsung tidak menjawab panggilan darinya. Dia mahu berbincang hal ini. Dia sudah tekad untuk mengahwini gadis itu dalam bulan ini juga agar dia tidak terlepas.

Dia tak sanggup melihat Syeera bercinta atau berkahwin dengan orang lain. Dia terlalu mencintai gadis itu sehingga dia sanggup menangis dan merayu agar mereka tidak putus.

Ferhad mengeluh apabila tiada jawapan dari pihak sana. Dia terus menjauhkan telefon dari telinga lalu menelefon Syahrul.

"Hello Syah.. adik kau ada?"

'Hello Fer. Ada.. tapi aku rasa ini bukan masa yang sesuai untuk kau call atau bertemu dia.. dari semalam dia berkurung dalam bilik.. kunci spare semuanya dia ambil. Makan pun tak.. aku dah risaukan dia ni..'

Ferhad mengeluh. Dari semalam dia cuba call Syeera namun Syeera langsung tak jawab panggilannya.

"Aku ingat nak datang rumah kau harini.. aku ada hajat.."

'Sorry Fer. Aku tak benarkan. Aku takut adik aku mengamuk dekat kau.. dari semalam lagi dia mengamuk dalam bilik.. Dia menjerit.. dia menangis.. dia sebut nama kau.. sayu hati aku tengok adik aku macam tu Fer.. sumpah ini la perkara yang paling aku benci.. aku tak sanggup tengok Syeera tersiksa macam tu Fer..'

Terpejam mata Ferhad mendengar suara Syahrul yang bergetar. Tahu la dia bahawa Syahrul amat tersiksa sekarang kerana Syeera adalah satu-satunya adiknya. Sudah pasti la dia amat menyayangi Syeera.

"Aku minta maaf.. ak--"

'Aku tak salahkan kau.. sebab ini semua adalah permintaan adik aku. Aku percaya yang kau pun taknak putus kan?'

Ferhad mengangguk. "Ye.. aku pun taknak putus.. aku taknak semua ni berlaku.."

Syahrul mengeluh. 'Takpa.. biarkan adik aku melepaskan perasaan dulu. Nanti dia dah okay aku beritahu kau.'

"Okey. Apa-apa inform aku." Ujar Ferhad lalu meletakkan panggilan. Ferhad mengeluh kasar lalu menaip nombor seseorang. Dia terus menelefon seseorang itu.

"Hello paklong.. Ferhad nak minta tolong. Ferhad perlukan paklong sekarang."

*:・゚✧*:・゚✧

"SYEERA sayang.. bukalah pintu ni.. dah seharian Syeera tak makan.." pujuk Puan Syima yang sedang membawa dulang makanan. Dari semalam lagi Syeera tidak keluar dari bilik. Sayu hati Puan Syima melihat anak kesayangannya sebegini rupa.

"BIAR JE SYEERA MATI! ITU YANG IBU NAK KAN?!"

Terpejam mata Puan Syima mendengarkan itu. Dia mengeluh perlahan apabila Syeera masih lagi memarahinya.

"Ibu.." Puan Syima berpaling ke arah Syahrul lalu mengangguk. Syahrul melihat sekejap pintu bilik Syeera lalu berpaling ke arah Puan Syima.

"Along nak bincang sikit pasal Syeera dan Ferhad." Puan Syima mengeluh. "Apa lagi ni long? Tolong jangan sebut nama dia.. kalau boleh kita lupakan terus dia tu.." ujar Puan Syima dengan nada lelah.

Syahrul menggeleng. "Along takkan lupakan dia.. sebab dia adalah orang yang paling Syeera cintai.. tolong ibu.. fikirkan perasaan Syeera. Selama ni Syeera selalu ikut kata ibu.. jadi bagilah dia peluang untuk tentukan masa depan dia kali ni sahaja."

Puan Syima mengeluh kasar lalu meletakkan dulang diatas meja. Dia terus mencekak pinggang dihadapan anak sulongnya.

"Ibu tak kisah kalau Syeera nak bercinta sekalipun. Tapi ibu taknak dia bercinta dengan Ferhad sebab Ferhad adalah orang penting dalam negara. Ibu taknak anak ibu tersisih. Along tahu kan kerja Ferhad macam mana? Macam mana kalau Ferhad selalu tinggalkan Syeera sorang-sorang kat rumah?..

FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]Where stories live. Discover now