FERHAD - BAB 61💣

17.8K 614 15
                                    



ANGIN malam menerpa wajahnya. Direnung sahaja bulan yang terang di langit malam. Dibiarkan sahaja kedinginan menerpa badannya ketika ini. Jemari runcingnya mula menggosok kedua lengannya yang terdedah.

Syeera berdiri di balkoni rumahnya dengan fikiran yang agak bercelaru. Dia masih terfikirkan apa yang dikatakan oleh adik iparnya tadi. Betul kah apa yang dikatakan Feyra? Dia masih tidak tahu ingin mempercayai siapa sekarang ini..

FLASHBACK

Berkerut dahi Syeera mendengar segala pertuturan Feyra ketika ini. Mereka berbincang berduaan sementara menunggu Ferhad yang sedang berbicara bersama Puan Fatima didalam rumah.

Feyra mengangguk laju tatkala melihat kakak iparnya seakan tidak mempercayainya. Syeera gelak sinis lalu menggeleng.

"Sorry Feyra. Akak tak percaya. Badrul tu kawan akak dari universiti lagi. Akak kenal dia macam mana. Jangan reka cerita macam ni. Akak tak suka."

Feyra meneguk liur kesat mendengar suara mendatar kakak iparnya. "Please.. percayakan Feyra.. akak kena hati-hati dengan Badrul.. dia sedang aim akak sekarang ni.. Feyra.. Feyra tak tahu nak beritahu macam mana. Tapi please.. hati-hati.."

Syeera mendengus. "Balik. Tak payah nak kusutkan kepala akak macam ni. Jangan porak-perandakan hubungan persahabatan akak dan Badrul. Akak takkan benarkan." Ujar Syeera mendatar lalu memusingkan tubuhnya untuk memasuki rumah.

"Feyra tak harap akak percayakan 100%..." terus terhenti langkah Syeera mendengarkan itu. Dia mengetap bibir kejap lalu memusingkan semula tubuhnya ke arah Feyra. Feyra menghela nafas perlahan.

"...tapi.. Feyra cuma nak akak jaga diri akak.. tak semua orang baik, akak. Kadang-kadang orang baik boleh jadi jahat untuk dapatkan apa yang dia ingini...

....Feyra tahu sebab..." Feyra mengetap bibirnya kejap. Syeera pula hanya setia mendengar ucapan dari adik iparnya. Feyra mengeluh perlahan lalu senyum tipis ke arah Syeera.

"...sebab Feyra pun macam tu. Sanggup jadi licik semata-mata untuk memuaskan hati sendiri."

END FLASHBACK

Syeera mengeluh untuk kesekian kalinya. Dia meraup wajahnya seketika. Sungguh dia pening.

Antara sahabat dan adik ipar, siapakah yang perlu dia percaya? Mungkin Feyra sedikit licik namun gadis itu sangat jujur dalam berkata-kata. Syeera nampak kejujuran melalui mata Feyra tadi.

Namun Badrul adalah kawan baiknya. Dia kenal akan Badrul. Selama ini Badrul langsung tidak mengambil kesempatan keatasnya. Takkan lah Badrul sanggup melakukan sesuatu licik untuk mengambil hatinya?

Padahal Badrul langsung tidak menunjukkan perasaan cinta kepada Syeera sepanjang mereka berkawan.

Dan sekarang Syeera bingung. Feyra mengatakan bahawa Badrul menyukainya dan dalam masa yang sama Feyra ada menyatakan bahawa Badrul seorang psiko.

Entah dimana Feyra memperoleh maklumat tersebut, namun hati Syeera masih berbolak-balik sama ada ingin mempercayai Feyra atau Badrul.

"My sweetie.." tersentak Syeera apabila suara itu menerjah ke gegendang telinganya. Dia menunduk dengan senyuman apabila dapat merasakan ada satu tangan kasar dan hangat menyentuh perutnya sekarang.

Amat jelas sentuhan itu kerana Syeera hanya memakai baju tidur yang tipis sahaja malam ini. "Buat apa kat luar ni.. sejuk la baby.." bisik Ferhad seraya menyembamkan mukanya ke ceruk leher isterinya. Dipeluk kemas badan isterinya dari arah belakang.

Syeera tersenyum lebar apabila bibir Ferhad mula meliar ke leher jinjangnya. Tangan Syeera mula mengusap tangan Ferhad yang berada di perutnya.

"Saja.. ambil angin luar.." Syeera kembali memandang ke hadapan selepas mengatakan itu. Berkerut dahi Ferhad. Dia terus angkat kepalanya dari leher Syeera lalu dia perhatikan sahaja wajah Syeera dari tepi.

FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]Where stories live. Discover now