"MAAF saya lewat." Baru sahaja tok kadi ingin bangun dari duduknya namun terbantut perlakuannya setelah mendengar suara garau tersebut.Para tetamu terus berpaling ke arah pintu rumah Syeera. Syeera panggung kepala perlahan-lahan ke pintu tersebut.
Dia menghela nafas lega apabila kelihatan Ferhad datang bersama Badrul ke rumah mereka. Syeera memejam mata kejap apabila apa yang difikirnya tadi tidak jadi kenyataan.
Puan Syima mencerlung ke arah bakal menantunya. Dia berasa agak marah pada Ferhad sekarang namun tidak mengapa. Nanti-nanti la dia membebel. Sekarang dia harus tahan amarahnya kerana tidak mahu merosakkan majlis perkahwinan anaknya.
Tok kadi mengangguk. "Tak apa. Duduk dulu. Kita kena percepatkan pernikahan ni sebab saya perlu ke tempat lain pula.." Ferhad mengangguk lalu melangkah ke arah tok kadi.
Sempat dia mengerling Syeera yang memandangnya dengan mata berkaca. Ferhad menunjukkan riak bersalah pada Syeera.
"Sorry baby.." ujarnya tanpa suara ke arah Syeera. Syeera hanya menunduk sahaja. Sedikit sebanyak dia bersyukur kerana Ferhad tidak memungkiri janji.
Badrul melangkah mengikuti Ferhad. Dia berpaling sekilas ke arah Syeera. Badrul senyum tipis apabila teringatkan perkataan Ferhad sebentar tadi..
FLASHBACK
"Puan Syima rapat dengan aku. Dan dia pernah beritahu aku yang dia nak jadikan aku sebagai menantu dia. Nampaknya dia lebih suka aku dari kau.. jadi.. apa keputusan kau sekarang?"
Ferhad mengangguk. "Aku faham kerisauan kau sebagai kawan baik Syeera. Tapi kau jangan risau. Kalau ada emergency, sudah semestinyalah aku akan utamakan Syeera dulu. Kami ada polisi kami. Kalau ia melibatkan keluarga, kami akan diberi kelonggaran untuk utamakan keluarga dahulu...
...lagi pun Syeera dah biasa hadapi itu semua. Dia tak pernah mengeluh atau marah pada aku. Sebab dia faham kerja aku. Dan aku juga usaha untuk menjaganya sehabis baik. Mungkin kau tengok aku macam tak meluangkan masa dengannya. Tapi percayalah, dialah orang pertama yang aku cari selepas aku selesaikan kerja aku.."
Jawab Ferhad dengan senyuman. Badrul mengeluh lalu mengangguk sahaja mendengarkan itu. Ferhad senyum lalu menepuk perlahan bahu Badrul.
"Aku ada untuk dia. Sentiasa ada. Dan untuk jawapan bagi soalan kau sewaktu Syeera melahirkan anak tu, kau jangan bimbang. Aku akan ambil cuti seawal mungkin sebelum tarikh melahirkan. Dan kalau dia mengidam, aku akan turuti segalanya walaupun bukan masa yang tepat...
..aku akan jalankan tanggungjawab aku sebagai suami yang terbaik untuk dia. Berkaitan ibu, kau jangan risau. Aku boleh ambil hati ibu sepanjang aku jadi menantunya. Mungkin kau rapat dengan ibu tapi ia takkan membuat aku tergugat kerana aku lebih layak rapat dengan ibu selepas ini kerana kami ada hubungan kekeluargaan."
Badrul hanya diam sahaja mendengarkan itu kerana Ferhad ada point tersendiri. Ferhad menjawab segala persoalannya dengan sangat lancar tanpa tergagap. Itu maknanya Ferhad sangat bersungguh-sungguh dalam perkataannya.
"Thanks a lot. Kau kawan yang baik. Aku berterima kasih pada kau sebab kau selalu jaga Syeera sepanjang aku tiada. Kau kawan baik dia. Ia bermakna kau kawan aku jugak.." ujar Ferhad lalu menghulurkan salam.
Badrul senyum tipis lalu mengangguk. Dia terus menyambut huluran salam Ferhad. "Jaga Syeera elok-elok. Jadi suami terbaik dia.. aku sebagai kawan akan sentiasa doakan Syeera bahagia dengan kau.."
Ferhad senyum lalu mengangguk. Badrul mengeluh perlahan. "Cepatlah. Kita kena pergi cepat. Kesian pula Syeera tunggu bakal suami dia tu.." Ferhad tergelak perlahan lalu mengangguk.
YOU ARE READING
FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]
Romance🤍2ND LOYAL SERIES🤍 Percintaan antara dua hati telah ditentang hebat oleh kedua-dua orang tuanya. Namun kesetiaan dan kekuatan cinta mereka telah menguatkan lagi hubungan sehingga mereka langsung tidak goyah walau harus menghadapi pelbagai rintanga...