FERHAD - BAB 21💣

15.2K 629 35
                                    



PUAN SYIMA mengetuk kuat pintu bilik Syeera. "Syeera Dahlia! Kenapa tak pergi ke blind date tu?! Kesian dia tunggu Syeera dari tadi! Sengaja nak buat ibu marah ke apa?!" Jerit Puan Syima dihadapan bilik anak perempuannya.

Encik Dylan dan Syahrul terus pergi ke Puan Syima apabila mendengar jeritan Puan Syima. "Kenapa ni? Malu la jiran dengar.." ujar Encik Dylan seraya menggosok lengan isterinya.

Puan Syima mendengus. "Syeera! Syeera dah janji pada mama semalam kan?! Takkan la Syeera mungkir janji! Syeera belum putuskan la--"

"PERGI!!! JANGAN KACAU SYEERA!! SYEERA STRESS!! SEMUA ORANG TAK SAYANG SYEERA! SEMUA ORANG TAK FAHAM KEADAAN SYEERA!"

Tersentak mereka bertiga apabila Syeera mula menjerit dengan esakan. Encik Dylan menarik perlahan isterinya lalu mengetuk pintu bilik anaknya. Puan Syima mengemam bibir mendengar tangisan anaknya tadi.

"Syeera sayang.. buka pintu ni. Cakap dengan abah kenapa Syeera marah sangat ni.." pujuk Encik Dylan perlahan. Dia tahu pasti ada sesuatu yang terjadi kerana dia nampak Syeera menangis teresak-esak sebelum masuk ke bilik tadi.

Syeera melangkah ke pintu bilik dengan wajah yang comot dengan air mata. Dia terus menguak kasar pintu biliknya. Terbeliak mata mereka bertiga melihat rambut kusut Syeera.

"Syeera dah putuskan hubungan Syeera dengan Ferhad! Puas hati ibu?! Puas hati ibu tengok Syeera tersiksa macam ni?! Suka la ibu tengok Syeera jadi orang gila macam ni kan?!"

Tempik Syeera yang masih menangis tidak henti. Berkaca mata Puan Syima melihat keadaan anaknya. Salah diakah jika anaknya jadi begini?

Encik Dylan dan Syahrul sayu melihat Syeera yang masih menangis saat ini

"Hati Syeera.. sakit sangat.." ujar Syeera sambil memukul dada kirinya. "Sakit sangat bila Syeera ungkapkan kata putus pada Ferhad. Dan lagi pedih jiwa Syeera bila tengok Ferhad menangis merayu pada Syeera tadi.. sakit ibu.. sakit bila kita kehilangan orang yang kita cinta sepenuh hati.."

Puan Syima mengalir air mata mendengarkan itu. "Mungkin bagi ibu mudah untuk mengungkapkan kata putus. Tapi bagi Syeera ia amat menyakitkan.. amat tersiksa.. umpama hati dibelah belati...

...apa perasaan ibu bila seseorang menyuruh ibu untuk putuskan hubungan dengan orang yang ibu paling sayang semata-mata untuk memuaskan hati mereka? Dan mereka memaksa ibu untuk jatuh cinta pada orang yang ibu taknak? Ibu bahagia ke?"

Tanya Syeera dengan riak sayu. Puan Syima hanya membiarkan airmatanya mengalir apabila anaknya mula meluahkan perasaan. Mereka bertiga hanya mendengar tanpa mencelah ketika ini.

Syeera menarik nafas dan hembus perlahan. "Daripada ibu bunuh hati Syeera, lebih baik ibu bunuh terus Syeera. Perit hati Syeera bila ibu paksa Syeera lakukan apa yang Syeera taknak.. ini tentang hidup Syeera tapi ibu tak cuba untuk fahami perasaan Syeera."

Ujar Syeera sayu lalu memusingkan tubuhnya untuk masuk kedalam bilik. "Ibu buat semua ni untuk Syeera. Ibu taknak Syeera makan hati selepas berkahwin. Ibu taknak hati anak ibu ni sakit. Itu sahaja Syeera.."

Syeera mengangguk. "Masih lagi nak menang walaupun anak hampir mati. Good." Ujar Syeera lalu menghempas kuat pintu biliknya. Terpejam mata Syahrul, Encik Dylan dan Puan Syima.

Mereka bertiga mengeluh melihat sikap Syeera yang sudah berubah menjadi baran. "Bagi Syeera masa dulu ibu.. bukan mudah untuk lupakan orang tersayang dalam waktu yang singkat. Ibu paksa dia putus dengan Ferhad dan dalam masa yang sama ibu asak dia untuk bercinta dengan orang yang dia tak kenal. Sebab tu Syeera jadi stress."

Ujar Syahrul dengan dahi berkerut. Dia kasihan akan adiknya itu. Puan Syima selalu memaksa Syeera melakukan sesuatu yang Syeera tidak mahu. Dan Syahrul faham mengapa Syeera memberontak seperti itu.

FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]Where stories live. Discover now