FERHAD mengangguk ke arah orang bawahannya dibalai. Dia terpaksa masuk kerja hari ini kerana ada urusan yang belum selesai."Inspektor Ferhad.." Ferhad memusingkan tubuhnya ke arah suara itu. Dia menjungkit keningnya apabila melihat ada dua polis perempuan dihadapannya.
"Yes?" Dua anggota itu menggigit bibir kejap. "Er betul ke Inspektor dah berkahwin 2 hari lepas?" Tanya mereka tergagap-gagap.
Ferhad mengerutkan dahi lalu berpeluk tubuh dihadapan mereka. "Kau siapa dan aku siapa?" Tanya Ferhad mendatar. Gadis itu terkulat-kulat mendengarkan suara mendatar Ferhad.
Ferhad menolak isian pipinya dengan lidah apabila dua gadis dihadapannya diam membisu. "Tak pernah lagi ada anggota bisu dalam pasukan kita ni." Ujar Ferhad sedikit memerli.
Salah seorang dari mereka terus panggung kepala lalu berdehem. Dia harus berani walaupun dia rasa nak terkencing bila hadapi Ferhad.
"Maaf Inspektor. Jawapan saya untuk pertanyaan Inspektor tadi adalah, Inspektor adalah orang atasan kami. Dan kami hanyalah pegawai biasa." Jawabnya dengan lancar. Dia takut jawab gagap kerana dia pasti Ferhad akan memarahinya nanti.
Ferhad mengangguk lalu berpeluk tubuh. Anggota yang lain hanya memerhati tanpa mencelah. Mereka tidak akan masuk campur kerana mereka tahu Ferhad pandai 'membasuh' otak dua gadis itu. Tidak pernah lagi orang berani menegur Ferhad kerana Ferhad begitu tegas.
"You got your answer. Kau bukan sesiapa bagi aku. Kau hanyalah pekerja sahaja. Dan kerja kita adalah untuk berkhidmat untuk negara. Jangan bercakap dengan aku kalau kau hanya nak bertanyakan soalan bodoh macam ni. Kita di balai, bercakap tentang kerja. Bukannya hal peribadi aku. Faham?"
Mereka berdua terkulat-kulat mendengarkan itu. Ferhad berdecit apabila tiada jawapan untuk soalannya.
"FAHAM?!" Tersentak mereka yang berada diruangan itu apabila Ferhad mula menjerkah.
"Fa..faham Inspektor!" Jerit mereka berdua seraya berdiri tegap. Ferhad mengangguk. Diperhatikan sahaja pakaian dua gadis tersebut.
"Kau ingat ni disco ke nak pakai baju ketat ikut tubuh macam ni?" Tanyanya perlahan. Mereka berdua menggigit bibir lalu menunduk memerhati pakaian mereka.
Mereka memandang antara satu sama lain lalu berpaling ke arah Ferhad yang beriak dingin. Mereka menggeleng perlahan.
"Prinsip kita kena berpakaian kemas. Bukannya ketat! Kalau kau berpakaian macam ni, nanti kau akan termengah-mengah ketika menjalankan tugas. Tukar saiz pakaian!"
Terpejam mata mereka berdua dijerkah begitu. Ferhad menggeleng dengan riak dingin lalu memusingkan tubuhnya untuk melangkah ke pejabatnya.
Dua gadis itu terus memberikan tabik hormat walaupun Ferhad sudah masuk ke dalam pejabatnya. Mereka berdua menurunkan tangan lalu menghela nafas lega apabila figura Ferhad tidak kelihatan. Rasa menyesal pun ya kerana sibuk sangat nak tahu hal Ferhad tadi..
Ferhad menghenyak kasar punggungnya keatas kerusi lalu menggeleng sahaja. "Macam-macam perempuan sekarang. Suka sangat tanya soalan peribadi. Apa diorang ingat aku member diorang ke apa?"
Tanya Ferhad seraya mengambil kertas siasatannya. Dia mengeluh perlahan. Masih banyak lagi perkara yang belum selesai. Ferhad meraup wajah kasar.
Jenayah masih banyak berlaku malah makin bertambah. Meragut, mencuri, menculik, merogol, membunuh, merompak.. itu semua perkara biasa baginya. Entah bila nak pupus penjenayah di negara ini. Sakit betul kepala Ferhad sekarang.
Tok tok!
Ferhad berpaling ke pintu lalu mengemaskan kedudukannya. Dia berdehem kejap. "Masuk!" Ferhad perhatikan sahaja gerangan yang masuk ke dalam pejabatnya. Terjungkit kening Ferhad apabila melihat wanita kesayangannya melangkah ke dalam pejabatnya.
YOU ARE READING
FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]
Storie d'amore🤍2ND LOYAL SERIES🤍 Percintaan antara dua hati telah ditentang hebat oleh kedua-dua orang tuanya. Namun kesetiaan dan kekuatan cinta mereka telah menguatkan lagi hubungan sehingga mereka langsung tidak goyah walau harus menghadapi pelbagai rintanga...