FERHAD - BAB 66💣

13.3K 637 19
                                    



SYEERA menepuk dahinya apabila dia terlupa untuk membawa dokumen yang ditinggalkan dirumahnya bersama Ferhad.

"Aduh Aisya, kau tunggu jap boleh? Aku balik rumah aku kejap. Aku lupa nak bawa dokumen penting tu.."

Aisya menjeling rakannya itu. "Tulah kau. Nak jadi mak orang, terus lupa semua benda." Ujar Aisya dengan gelengan. Syeera sengih. Dia sudah memberitahu Aisya dan Badrul tentang kandungannya.

Well, mereka berkawan baik. Memang tiada rahsia diantara mereka.

"Tunggu kejap tau." Ujar Syeera seraya mengemaskan begnya. Aisya berpaling ke arah rakannya.

"Weh. Kau perasan tak?"

"Apa?"

"Badrul.. dah lama tak lepak dengan kita.. dia bersembang pun dalam group whatsapp je. Bila kita ajak lepak, dia menjauh. Masuk harini dah 3 minggu dah.."

Syeera menjungkit bahu. "Nak buat macam mana, semua orang ada komitmen. Kita bukan budak sekolah lagi yang selalu berkumpul waktu ada masa.. ah kau ni pun." Ujar Syeera dengan gelengan kepala.

Aisya mengerdip mata. Komitmen? Setahunya Badrul hanya bekerja sepertinya sahaja.. lagipun Badrul tidak mempunyai keluarga yang nak ditanggung. Duitnya hanya untuk dirinya sahaja untuk membayar bil bulanan serta hariannya.

Takkan la sibuk sehingga tahap taknak berjumpa kawan kot kan?

*:・゚✧*:・゚✧

SYEERA keluar dari keretanya. Dia membuka pintu rumah lalu berlari-lari anak ke biliknya untuk mengambil dokumen. Sempat dia mengambil bingkai gambar diatas meja lalu mencium sekilas wajah suaminya.

"I love you bie.. cepat balik tau.. lagi 3 hari lagi kita akan bertemu.." bisik Syeera perlahan dengan senyuman. Dia menuruni tangga dengan gembira.

Dia tidak sabar-sabar ingin berjumpa suaminya. Ingin sekali dia memeluk serta mencium suaminya itu. Tak sabar ahak!

Syeera keluar dari rumahnya. Dikunci pintu rumahnya lalu memusingkan tubuh. Tersentak Syeera apabila ada sosok badan seseorang yang berdiri tegak dihadapannya ketika ini.

Syeera meneguk liur kesat. Dia kenal akan sosok itu. Namun.. timbul rasa takut dalam diri apabila melihat rambut serta baju lelaki itu yang agak kusut.

"Ba.. Badrul.. kenapa.. pakaian kau macam ni?" Tanya Syeera dengan berhati-hati. Badrul senyum senget. Dia menghampiri Syeera.

Syeera mengundur dengan dahi berkerut. Dia takut melihat penampilan Badrul yang seperti orang gila. Sangat tidak terurus. Muka lelaki itu dipenuhi jambang yang tidak teratur. Dah macam orang tak betul pula..

"Asal kau menjauh dari aku? Takut dengan aku ke?" Tanya Badrul dengan senyuman yang tidak boleh ditafsir. Syeera mula bernafas laju. Sudahlah kawasan rumahnya agak sunyi. Tiada sesiapa yang lalu-lalang disini ketika ini.

"Ha ha ha merepek la kau ni Badrul. Dahlah, aku kena pergi kerja ni. Nak cepat." Ujar Syeera lalu cepat-cepat ingin melangkah pergi dari situ.

Badrul melelar pergelangan tangan Syeera. Terbeliak mata Syeera apabila tangan kasar itu memegang tangannya.

"Apa ni Badrul?! Lepaslah!" Jerit Syeera dengan meronta-ronta.

Badrul senyum senget. "Kenapa? Takut sangat ke dengan orang psiko macam aku? Kenapa nak terkejut sangat aku bersikap macam ni sedangkan adik ipar kau dah beritahu kau yang aku ni psiko hm?"

Syeera menggeleng laju. Dia menyesal! Menyesal kerana tidak mempercayai apa yang dikatakan oleh Feyra dulu. Tak sangka pula kata-kata Feyra benar belaka.

"Lepaslah Badrul! Aku kawan kau tau?! Kenapa kau berkasar macam ni?!" Jerkah Syeera seraya menolak-nolak tangan Badrul.

Badrul senyum senget. "Kasar? Ok .. aku buat tak kasar sebab kau kawan aku. Okay?" Tanya Badrul seraya menyuntik sesuatu di leher Syeera. Syeera terus lemah longlai. Dia hampir terjelumpuk namun Badrul sempat merangkul pinggang Syeera dari tepi.

"Oh gosh.. cantik kau ni Syeera.. kenapa la si Ferhad tu dapat kau? Kau tengok sekarang ni.. aku yang berada disisi kau masa kau lemah ni kan? Mana Ferhad hm? Mana? Hahahhh." Tanya Badrul seraya mengheret Syeera mengikutinya.

Syeera memejam mata menahan air mata. Dia terus melepaskan dokumen yang berada ditangannya sebentar tadi supaya kehilangannya akan diketahui oleh orang terdekat.

Badrul membuka pintu kereta lalu meletakkan Syeera di seat belakang. Syeera sudah tidak boleh bergerak kerana Badrul telah memasukkan ubat lumpuh jangka pendek dalam badan Syeera.

"Duk sini tau sayang.. nanti abang datang.." bisik Badrul seraya mengusap pipi Syeera. Syeera mengalirkan air mata apabila Badrul menyentuhnya sesuka hati padahal sebelum ini Badrul langsung tidak menyentuhnya.

Badrul senyum senget. Ditutup pintu keretanya lalu melangkah ke pintu hadapan. Dia mula memandu keluar dari kawasan rumah Ferhad.

Inspektor Zakri yang baru sahaja sampai dirumah Ferhad mengerutkan dahi melihat ada satu kereta yang baru sahaja berlalu pergi.

Dia menarik handbrake keretanya. Diperhatikan sahaja kereta itu seraya mengecilkan mata melihat nombor plate kereta itu. Dia berpaling ke pintu rumah Ferhad.

"Kenapa tak kunci pagar?" Gumamnya perlahan. "Biasanya Ferhad kunci pagar.. ia bermakna, isteri dia datang ke sini sebab isteri dia je yang ada kunci.."

Bisik Zakri perlahan. Dia sememangnya bertugas untuk memerhati rumah Ferhad serta anggota yang lain sewaktu mereka tiada di Malaysia. Zakri menggigit bibir.

Dia keluar dari keretanya seraya kaki melangkah ke pintu hadapan Ferhad. Berkerut dahinya melihat ada dokumen yang berada diatas lantai.

Diambil dokumen itu dan diteliti nama syarikat tersebut. Dia menaip nombor telefon yang tertera lalu menelefon nombor itu.

"Hello, saya Inspektor Zakri dari balai polis berdekatan. Saya ingin bertanya sesuatu tentang pekerja di syarikat encik. Ada dokumen encik ditangan saya sekarang dan saya anggarkan ia tercicir."

"Ya, saya ingin bertanya.. ada atau tidak nama Syeera Dahlia di tempat kerja encik?"

Terbeliak mata Zakri mendengarkan itu. "Ada?" Tanyanya lalu berpaling semula ke jalan.

"Shit.. ia bermakna.. takkan lah Syeera tinggalkan kereta serta dokumen macam ni? Pintu pagar terbuka pula tu? Macam..." Zakri menggeleng kepalanya.

Dia menutup telefonnya lalu melangkah cepat kearah keretanya. "Fuck. Siapa yang bawa kereta tadi? Kemana dia bawa Syeera?" Tanya Zakri seraya mula memandu laju keluar dari perkarangan itu.

Memang la dia dan Ferhad bergaduh. Namun dia seorang yang profesional dan ada sikap kemanusiaan dalam diri. Sudah semestinyalah dia akan membantu rakan sekerjanya jika ahli keluarga mereka berada dalam masalah.

TBC🤍
Go Zakri.

VOTE AND COMMENT❤️

FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]Where stories live. Discover now