FERHAD - BAB 40💣

18.5K 683 47
                                    



SUNYI seketika suasana didalam kereta tersebut apabila Syeera dan Ferhad hanya diam kaku sahaja. Inilah pertama kali mereka naik kereta bersama selepas berkahwin. Dan ia agak kekok apabila Ferhad hanya mendiamkan diri sahaja.

Sudahlah lelaki itu tidak membuka radio. Syeera pula sejenis yang suka mendengar lagu ketika dalam kereta kerana dia boleh join karaoke sekali. Tapi sekarang.. rasa macam.. er sangat kekok apatah lagi mereka masing-masing mendiamkan diri.

Syeera menjeling hujung matanya ke tangan Ferhad yang berada diatas riba. Dia mengerdip mata lambat kalu membetulkan kedudukannya di seat kereta.

Tangan kanannya perlahan-lahan ingin menggenggam tangan Ferhad namun Ferhad mengangkat sekejap tangan untuk mengusap dagu dan ia membuatkan tangan Syeera elok sahaja berada diatas paha suaminya.

Srekkkkk.

Terbeliak mata Syeera apabila dahinya hampir sahaja terhantuk di dashboard kereta. "Bie! Kenapa brek mengejut ni?" Tanya Syeera dengan nafas tercungap-cungap. Sempat dia memandang cermin sisi. Nasib baik tiada kereta di belakang..

Ferhad memejam mata kejap lalu meneguk liur. Terkejut juga dia apabila tangan lembut Syeera menyentuh pahanya tadi secara tiba-tiba. Tahukah Syeera bahawa Ferhad sedang menahan rasa sekarang ini?

"Syeera la.. yang letak tangan atas paha bie tu kenapa?" Tanya Ferhad dengan nada marah untuk menyembunyikan debaran dihati.

Tercengang Syeera apabila dia disalahkan dalam hal ini. "Kenapa? Salah ke Syeera nak sentuh suami sendiri? Lagipun kita dah halal kan? Kalau dulu boleh la bie nak marah macam ni. Tapi kenapa lepas kahwin pun nak marah ni?"

Tanya Syeera dengan dahi berkerut. Ferhad mengeluh perlahan lalu berpaling ke arah Syeera yang sedang mengerutkan kening sama sepertinya.

"Syeera, kita ada atas jalan raya. Tak elok la kalau Syeera ganggu orang yang tengah memandu macam tu. Bie terkejut sebab tu bie marah. Atleast minta la dulu.. jangan buat terkejut macam ni.."

Syeera tercengang kejap lalu gelak sinis. "Serius lah? Nak sentuh suami pun kena minta? Bukannya Syeera nak buat yang ekstrem pun. Cuma nak sentuh tangan atau paha bie je. And what? Nak minta kebenaran? Kalau Syeera minta, bie nak bagi ke?"

Ferhad berdecit apabila Syeera sepertinya ingin memulakan peperangan didalam kereta. Ferhad mengeluh perlahan lalu menyambung pemanduannya tanpa menjawab pertanyaan Syeera.

Syeera menolak isian pipinya dengan lidah lalu berpeluk tubuh seraya mata memandang ke arah luar tingkap.

Terasa hati!

Syeera selalu di reject mentah-mentah macam ni. Bila Ferhad menciumnya tadi, tiada pula Syeera menolak malah Syeera membalas sahaja ciuman dia. Tapi bila Syeera ingin menyentuh sikit, Ferhad terus menjauh macam ni.

Tak suka sangat ke dengan sentuhan dari Syeera?

Ferhad mengerling isterinya yang hanya memandang ke luar tanpa suara. Dia berdehem kejap lalu menjeling tangan isterinya. Dia ingin menyentuh tapi dia takut nafsunya bergelora.. Ferhad sudah tidak tahan sebenarnya.

Dan dia yakin bahawa dia akan kalah dengan sentuhan Syeera apabila Syeera selalu menyentuhnya seperti ini..

*:・゚*:・゚


SYEERA masuk ke dalam rumah mereka dengan barang-barang masakan. Ferhad ada mengatakan bahawa dia akan mengangkat kesemuanya namun jawapan Syeera agak menyakitkan hati Ferhad.

'Selama ni Syeera buat sorang-sorang juga. Ada nampak tangan Syeera patah ke?'

Sinis sahaja jawapan Syeera namun Ferhad hanya bersabar.. dia juga mempunyai baran namun dia tidak mampu melawan kemarahan isterinya. Syeera selalu bersabar dengannya. Jadi, apa salahnya jika dia mengalah dengan Syeera kan?

FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]Where stories live. Discover now