FERHAD - BAB 17💣

10.5K 507 29
                                    



SYEERA senyum lebar pada Puan Fatima yang menjelingnya sambil berpeluk tubuh. Feyra pula memandang Syeera dengan pandangan yang jijik. Dia juga tidak suka akan gadis itu.

Entahlah. Si Feyra ni semua orang pun dia tak suka. Mungkin sebab Syeera terlalu cantik kot muahahahha.

"Tak malu ke datang rumah lelaki?" Tanya Puan Fatima dengan riak mendatar. Syeera senyum tipis. "Syeera datang sini bukan sebab Ferhad.. tapi Syeera datang untuk tanya khabar mama.. dah lama Syeera tak bersua muka dengan mama.. sebab tu Syeera datanag hari ni.."

Puan Fatima senyum sinis. "Tak perlu berlagak baik la depan aku. Aku takkan terima kau jadi menantu aku walau kau jadi baik sekalipun."

Syeera senyum kelat mendengarkan itu. Sepatutnya Ferhad menemaninya hari ini namun Ferhad ada panggilan emergency tadi. Ferhad ada menghalang Syeera untuk datang kesini namun Syeera menegah.

Katanya dia harus berani menempuh cubaan ini. Lagipula Felina ada dirumah. Jadi Felina boleh la backup Syeera nanti..

"Ni.. Syeera ada bawa buah pada mama. Syeera pergi pasaraya pagi tadi. Sempat la Syeera belikan untuk mama sekali." Ujar Syeera lalu meletakkan buah-buahan diatas meja.

Puan Fatima melihat dengan bibir mencebik. Memang la dia suka buah tapi takkan la dia nak tunjuk reaksi gembira dihadapan Syeera kan?

"Buah je? Ingat ke emas tadi." Ujar Feyra sinis. Syeera menjeling adik bongsu Ferhad. Dia tidak berapa gemar akan gadis itu. Syeera datang hanya untuk mengambil hati Puan Fatima sahaja. Feyra? Lantak la. Kalau dia tak suka Syeera pun Syeera langsung tak kisah..

Syeera senyum buat-buat. "Buah boleh mengenyangkan.. kalau akak beli emas, nanti mama tak berkenan pula dengan pilihan akak. Kalau akak beli buah, ia boleh kenyangkan perut mama. Nampak kan perbezaan dia dekat situ?"

Tanya Syeera dengan senyuman lebar. Feyra memutarkan biji matanya lalu sambung menonton TV.

Puan Fatima berdehem kejap. "Aku takkan terima kau jadi menantu aku sampai bila-bila. Aku harap kau sematkan dalam otak kau yang kau tak sesuai untuk Ferhad."

Ujar Puan Fatima sambil mencerlung ke arah Syeera. Syeera berpaling semula ke arah Puan Fatima lalu menayangkan senyuman.

"Kenapa Syeera tak sesuai untuk Ferhad?" Tanya Syeera dengan berkeyakinan. Dia harus menanyakan segalanya hari ini. Dia tidak mahu lagi peperangan berlaku diantara dua pihak..

Puan Fatima menjungkit kening. "Takkan tak tahu kekurangan diri? Ferhad tu berpangkat tinggi. Kau pula akauntan biasa je. Langsung tak sesuai dengan Ferhad. Anak aku belajar tinggi-tinggi, takkan la dia nak jadikan perempuan macam kau sebagai isteri dia?"

Syeera kemam bibir sahaja apabila Puan Fatima mula menghinanya. Dia menghela nafas perlahan. Ingin sahaja dia menjawab 'apa kau ingat jadi akauntan ni tak perlu belajar tinggi ke?'

Tapi dia harus sabar.. Syeera kena sabar.. orang cantik kena sabar..

"Tapi kami dah lama bersama mama.. dia pun dah bersetuju untuk berkahwin dengan Syeera, jadi Syeera pu--"

"APA?! Kahwin?! Kau bergurau dengan aku ke sekarang?" Jerit Puan Fatima lalu bangun dari duduknya. Tersentak Syeera dan Feyra apabila Puan Fatima mula menjerkah.

Manakala Felina yang sedang turun dari tangga terus berlari ke ruang tamu apabila mendengar jerkahan dari mamanya.

"Mama.. kenapa bising-bising ni?" Tanya Felina seraya mendekati Syeera. Puan Fatima mencerlung Syeera yang sedang menunduk.

"Perempuan tak sedar diri ni cakap yang Ferhad akan berkahwin dengan dia! Mama takkan setuju! Eh perempuan! Ferhad tak pernah berbincang dengan aku soal ni! Kau jangan pandai-pandai nak reka cerita pada aku!"

Berkerut dahi Syeera. Dia terus bangun dari duduknya lalu memandang Puan Fatima dengan riak tidak percaya.

"Apa? Tak pernah berbincang? Syeera kenal Ferhad. Pasti dia dah beritahu mama tentang hal ni. Mustahil Ferhad tak beritahu perkara penting macam ni pada mama." Ujar Syeera bersungguh-sungguh.

Puan Fatima gelak sinis lalu berpeluk tubuh. "Kesian kau kan? Bukan main lagi terhegeh-hegeh pada Ferhad. Tapi sayangnya Ferhad langsung tak beritahu aku tentang rancangan ni. Nampak sangat kau je yang beria nak kahwin dengan dia. Dia? Langsung tak endahkan hal ni."

Syeera mengetap bibir mendengar itu. Dia senyum senget. "Oh ya? Tapi Syeera ada dengar yang Ferhad kata bahawa dia nakkan Syeera. Itu bermaksud dia akan berkahwin dengan Syeera la kan?" Tanya Syeera sinis.

Memudar senyuman Puan Fatima mendengarkan itu. Dia mencerlung Syeera. Fikirnya Syeera tidak tahu hal itu..

"Kau percaya ke dia nak pada kau? Entah-entah dia sengaja je cakap macam tu sebab nak jaga hati kau. Ye lah. Takut juga kalau kau bunuh diri sebab kena reject kan?" Ujar Puan Fatima lalu menjungkit kening ke arah Syeera. Dia senyum puas melihat wajah tegang Syeera.

Ini adalah perkara biasa bagi mereka. Mereka akan bergaduh mulut dan berakhir dengan WWE. Tengok sahajalah nanti..

"Syeera tak sebodoh itu mama. Syeera masih ada pegangan agama. Syeera takkan mudah putus asa sampai nak bunuh diri bagai." Jawab Syeera mendatar.

Puan Fatima menolak isian pipinya dengan lidah. "Aku tanya sekali lagi. Kau nak ke pada anak aku tu? Kau tak malu ke dapat bapa mertua penagih dadah? Hah? Tak malu?"

Syeera senyum lalu menggeleng. "Syeera langsung tak kisah hal tu. Kalau Syeera malu, dah lama dah Syeera tinggalkan Ferhad. Tapi Syeera tetap setia dengan dia sekarang sebab Syeera inginkan Ferhad dengan hati yang tulus."

Ujar Syeera bersungguh-sungguh. Felina senyum mendengarkan itu manakala Feyra menayangkan riak jijik.

Puan Fatima mendengus. "Kau jangan cakap pasal hati la. Semua orang boleh berubah hati. Termasuk Ferhad. Kau tak pernah fikir ke? Kot-kot lah Ferhad terjatuh cinta pada rakan sekerjanya kan? Ye la.. anak aku tu 24 jam duduk dekat kem. Mesti ada juga perempuan yang dia minat dekat sana. Tak pelik ke dia tak ada masa langsung untuk kau hm?"

Berkerut dahi Syeera apabila Puan Fatima mengatakan itu. Dia mula memikirkan soal itu setelah Puan Fatima mula berbicara perkara yang menakutkannnya.

Syeera senyum kelat. "Syeera percayakan Ferhad. Syeera tahu dia takkan buat macam tu pada Syeera. Syeera seorang yang berfikir matang. Lagi pula Syeera faham kerja Ferhad. Dia tiada masa untuk curang dengan Syeera."

Puan Fatima senyum senget. "Wow. Percaya sangat pada lelaki? Entah-entah Ferhad dah simpan skandal dekat sana. Melepas la kau nanti.." Feyra senyum senget mendengarkan itu.

Tak sangka pula mamanya sangat savage kali ni. Dan dengan itu dia telah mengeluarkan telefonnya untuk merakam pertelingkahan ini.

Syeera mengetap bibirnya. "Ye. Syeera percayakan Ferhad sebagaimana mama percayakan papa. Mama tetap setia dengan papa walaupun papa penagih dadah kan? Macam tu jugalah dengan Syeera! Cinta itu bahaya ma! Cinta membodohkan manusia. Adakah mama pun bodoh seperti Syeera?"

"Kurang ajar!" Jerit Puan Fatima lalu menampar pipi Syeera. Terpejam mata Syeera apabila menerima tamparan itu. Terbeliak mata Feyra dan Felina melihat adegan itu. Feyra setia merakam pergaduhan mereka berdua ketika ini.

Syeera menggigit bibir menahan air mata. Dia mencerlung ke arah Puan Fatima. "Mama fikir mama siapa nak tampar Syeera?!" Jerit Syeera dengan linangan air mata.

Puan Fatima mencerlung ke arah Syeera manakala Felina menggosok lengan rakannya untuk menenangkan Syeera.

"Kenapa?! Salah ke aku tampar kau? Kau yang kurang ajar pada aku! Mak ayah tak ajar ke apa?!"

Berkerut dahi Syeera. "Jangan pernah sebut pasal ibu dan abah dalam hal ni! Syeera kurang ajar sebab Syeera yang memilih untuk jadi biadap! Bukan sebab ibu dan abah! Sekarang ni mama pun kurang ajar pada Syeera! Tapi Syeera tak pernah salahkan mak bapak mama kan?!

"Syeera! Apa ni?!"

Feyra, Felina, Puan Fatima dan Syeera terus berpaling ke pintu rumah Puan Fatima apabila suara garau itu menerpa gegendang telinga mereka. Syeera meneguk liur kesat apabila melihat wajah tegang Ferhad ketika ini..

TBC🤍
Apa ni tampar anak orang..

VOTE AND COMMENT❤️

FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]Where stories live. Discover now