FERHAD - BAB 48💣

21.2K 591 24
                                    




FERHAD memejam mata memaksa dirinya untuk tidur agar dia melupakan hal tadi. Tapi senyuman bahagia Syeera ketika bercakap dengan lelaki tadi telah terbayang-bayang didalam fikirannya.

Dia mendengus lalu bangun dari baringnya. Sedari tadi dia menunggu isterinya namun Syeera masih belum masuk ke dalam bilik mereka. Ferhad bangun dari baringnya lalu melangkah menghampiri pintu.

Bimbang juga jika terjadi apa-apa pada Syeera. Sudahlah Syeera bersendirian di luar sana. Baru sahaja dia ingin membuka pintu, namun terbantut kelakuannya apabila pintu dikuak dari luar.

Syeera senyum ke arah suaminya. "Bie nak pergi mana?" Tanyanya seraya masuk ke dalam bilik dan menutup pintu bilik. Ferhad berdehem lalu menggaru kepala yang tidak gatal.

Dia menilik pakaian Syeera dari atas ke bawah. Berkerut dahinya melihat Syeera memakai baju lain berserta cardigan dan kain hitam. Dia masih ingat pakaian Syeera tadi. Syeera memakai tshirt. Bukannya pakaian ini.

Syeera senyum lalu menunduk melihat pakaiannya. Ya, dia sudah menukar pakaiannya. Dia memakai gown malam yang seksi namun ditutupi dengan pakaian lain.

Takkan la dia nak pakai gown seksi tu depan awam kan? Jadi dia haruslah menutupinya dengan memakai baju lain..

Syeera menghampiri suaminya lalu mengalung tangan ke leher Ferhad. Ferhad yang menilik isterinya itu terus tersentak apabila kedudukannya bersama Syeera amat rapat ketika ini.

"Sorry pasal tadi.." bisik Syeera perlahan. Ferhad mendengus lalu menarik tangan isterinya dari leher lalu memusingkan tubuh untuk melangkah ke katil. Syeera terkedip-kedip melihat suaminya yang membelakanginya.

Dia senyum tipis lalu melangkah menghampiri suaminya. Ferhad berpeluk tubuh lalu gelak sinis.

"Baru nak ucap sorry? Time berbual tak ingat suami.. suami masuk bilik pun bukannya Syeera nak pujuk malah makin rancak berbual. Elok sangat la tu? Suka sangat berjumpa dengan crush?"

Syeera senyum lebar. Dia tahu suaminya cemburu. Ferhad memang cepat cemburu orangnya. Jika Syeera bercakap dengan lelaki lain, pasti berubah riak lelaki itu. Dia kuat cemburu sedikit.

"Bie.. dia kawan Syeera je.. Syeera lama tak jumpa dia.. Syeera minta maaf tau.." ujar Syeera lalu memeluk tubuh suaminya dari belakang.

Ferhad hanya membiarkan sahaja. Hatinya masih sakit ketika ini melihat isterinya yang begitu rancak bersembang dengan lelaki lain.

Syeera mengintai suaminya dari tepi. Ya, Ferhad masih lagi dengan riak tegangnya. "Bie.. dia suami orang tau? Bakal jadi ayah lagi.. tak ada makna laa Syeera nak rapat dengan dia.. lagi pun perkataan crush tu kami main-main je.. tak ada makna apa pun.. Syeera memang suka bergurau macam tu dengan dia.."

Pujuk Syeera perlahan seraya menggosok perut berketak suaminya. Terus mengendur riak Ferhad yang tegang tadi apabila mendengar perkataan 'suami orang.' Sedikit sebanyak dia lega apabila mendapati bahawa lelaki tadi tiada niat untuk mengorat Syeera.

Syeera senyum tipis lalu memusingkan tubuh suaminya untuk memandang ke arahnya. Ferhad hanya membenarkan sahaja tubuhnya dikawal oleh Syeera ketika ini. Diperhatikan sahaja isterinya yang senyum lebar ke arahnya ketika ini.

"Masih marah Syeera ya?" Bisik Syeera perlahan dihadapan wajah suaminya seraya mengusap dada Ferhad sebagai tanda bertenang. Ferhad hanya diam membisu sahaja. Dia sudah tidak marah cuma bengang sikit apabila teringat senyuman manis Syeera ke arah lelaki lain tadi.

"Ok takpa.. Syeera ada surprise untuk bie.. nak tengok tak?" Tanya Syeera sensual. Ferhad masih dengan riak mendatarnya. Tidak geleng dan tidak mengangguk.

FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]Where stories live. Discover now