FERHAD hanya mengikuti sahaja langkah ibu serta adik perempuannya ke shopping mall. Ferhad mengeluh perlahan. Jika dia tahu ibunya mengajaknya ke sini, pasti Ferhad akan menolak kerana Ferhad tidak suka datang ke tempat seperti ini.Syeera pun tidak pernah mengajak Ferhad ke mall kerana Syeera tahu Ferhad kurang gemar walaupun Syeera seorang yang suka berbelanja.
Kebiasaannya diorang hanya berdating di bowling atau cafe games sahaja. Syeera tahu Ferhad seorang yang suka akan games.
Kerana itulah dia belajar untuk meminati games supaya minatnya sama dengan Ferhad.
"Along.. belikan Feyra tuu.." rengek Feyra seraya jari telunjuk menunjuk ke arah beg yang berjenama. Ferhad mengeluh perlahan. "Beg Feyra dah banyak kat rumah kan? Nak beli lagi buat apa? Beg mahal tapi duit tak ada. Lebih baik tak payah beli.." ujar Ferhad sinis.
Feyra memuncung. "Mama..tengok along tu cakap macam tu pada Feyra.." adu Feyra kepada Puan Fatima. Puan Fatima mengeluh perlahan.
"Beli je la along.. bukannya miskin pun kalau belanja adik." Ferhad mengangguk. "Tahu. Tapi sebaiknya tak perlu la membazir. Kalau Feyra minta along belanja makanan, along dengan senang hatinya akan keluarkan duit. Tapi sekarang Feyra minta along beli beg padahal dah belambak beg kat rumah.. nak buat apa banyak-banyak?"
Tanya Ferhad dengan riak tegang terhadap Feyra. Feyra menunduk seraya menyembunyikan diri di belakang Puan Fatima. Dia takut akan kemarahan Ferhad kerana itulah dia selalu mengalah dengan abangnya itu.
Puan Fatima mencerlung Ferhad seraya menggosok lengan anak bongsunya. "Yang along nak berkira sangat ni kenapa? Belanja si Syeera tu boleh pula? Bila turn belanja adik, banyak pula alasan kan?"
Berkerut dahi Ferhad. "Kenapa libatkan Syeera pula ni? Dia tak ada kena mengena dalam hal ni. Syeera tak pernah minta Ferhad belanja dia tau? Dia dah berduit. Tolong jangan libatkan kekasih along. Along tak suka."
Puan Fatima mendengus lalu menjeling sahaja anak sulongnya itu. "Pantang sangat orang sebut kekasih dia tu." Gumam Puan Fatima perlahan.
Ferhad mengeluh kasar. Tahu sangat yang Puan Fatima tidak berkenan dengan Syeera. Kenapa? Sebab Syeera tak bertudung dan bertutup litup seperti keluarga mereka.
Tapi Ferhad langsung tak kisah akan itu. Dia tahu hati budi Syeera. Syeera tidaklah seteruk yang disangka. Gadis itu seorang yang baik dan berbudi pekerti. Dia juga menghormati orang tua. Ferhad pasti satu hari nanti Syeera akan berubah mengikut kehendaknya sendiri.
Ferhad tersentak apabila telefonnya bergetar. Dia menyeluk tangannya ke dalam poket lalu menjawab telefonnya. "Hello."
'Fer, bapak kau nak jumpa kau ni.'
Ferhad mengeluh perlahan seraya memicit kepalanya. Dia mengerling jam tangannya. Sudah pukul 9:30 pagi. Dan dia perlu ke balai pukul 10 pagi. Jadi, apa salahnya jika dia bertemu bapanya sekejap sebelum ke balai kan?
"Alright. Nanti aku sampai." Ujar Ferhad lalu menutup panggilan. Puan Fatima menjeling anak sulongnya. "Nak tinggal mama lagi la tu?" Ferhad sengih lalu memberikan duit kepada mamanya.
"Ambil la belanja.. lepas tu balik dengan grab eh? Along tak sempat ni. Take care both of you." Ujar Ferhad lalu mencium sekilas kepala Puan Fatima serta Feyra.
Dia terus berlari keluar dari mall tersebut. Feyra mendengus lalu berpeluk tubuh. "Along selalu sibuk. Macam mana la si Syeera tu boleh bertahan dengan dia?" Tanya Feyra dengan riak angkuh. Puan Fatima menjeling anak bongsunya.
"Nanti putus la tu. Sekejap je tu. Mama doa mereka putus cepat-cepat. Jadi, along tak perlu la berkahwin sampai bila-bila. Mama tak benarkan." Ujar Puan Fatima lalu mencebik.
YOU ARE READING
FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]
Romansa🤍2ND LOYAL SERIES🤍 Percintaan antara dua hati telah ditentang hebat oleh kedua-dua orang tuanya. Namun kesetiaan dan kekuatan cinta mereka telah menguatkan lagi hubungan sehingga mereka langsung tidak goyah walau harus menghadapi pelbagai rintanga...