FERHAD - BAB 34💣

16.2K 643 15
                                    



SYEERA turun dari biliknya. Diperhatikan sekelilingnya. Berkerut dahinya sekarang apabila dia tidak nampak figura suaminya. Dari tadi lagi dia mencari Ferhad namun Ferhad langsung tidak kelihatan.

Call? Syeera dah call tapi telefon Ferhad elok sahaja berada diatas meja biliknya. Maknanya Ferhad berada dirumah. Tapi dimanakah jejaka berbadan tegap itu berada?

"Betul. Macam tu la. Kau kena tegapkan sikit badan kau lepas tu pukul sehabis baik. Kalau kau buat macam tu memang susah sikit nak dapat keselesaan."

Berkerut dahi Syeera apabila mendengar suara suaminya. Dia berpaling ke arah bilik gym. Syeera senyum lebar lalu berlari-lari anak ke bilik gym tersebut.

"Bie bua--" terbeliak matanya melihat Syahrul yang sedang menumbuk Ferhad dengan sarung tangan tinju.

"Along! Kenapa pukul Ferhad?!" Jerit Syeera seraya melangkah laju ke arah Syahrul lalu menolak kasar badan abangnya untuk menjauh dari suaminya. Ferhad terkedip-kedip melihat isterinya yang sedang marah.

Syahrul meneguk liur kesat lalu mengesat peluh didahinya. "Along tak pukul.. cuma along tengah berlatih dengan Ferhad ni.. Ferhad ajar along bertinju untuk pertahankan diri.."

Tercengang Syeera mendengar itu. "Along! Suami Syeera tengah sakit tau? Luka dia tak sembuh lagi tapi along dah ajak dia bergusti?! Apa along ni?!"

"Syeera.. tak ada apa la. Bie yang nak bantu Syahrul release tension tadi. Sebab tu kami bertumbuk ni.." ujar Ferhad perlahan seraya menggosok lengan isterinya.

Syeera terus berpaling ke arah suaminya dengan wajah cemberut. "Release tension? Dengan menumbuk? Pergi la pantai atau kawasan yang tenang kalau nak tenangkan diri dan fikiran. Bukannya menumbuk macam ni!"

Marah Syeera seraya mencerlung ke arah Syahrul. Ferhad mengeluh perlahan. "Cara lelaki melepaskan tekanan tak sama seperti perempuan. Mereka menumbuk kerana melepaskan geram. Perempuan lain dengan lelaki.."

Ujar Ferhad perlahan. Syeera mengeluh lalu berpaling semula ke arah suaminya. "Boleh je kan tumbuk punching bag? Kenapa kena pukul Ferhad pula ni?"

Syahrul menggaru kepalanya apabila adiknya mula membebel. "Syeera, along tak pukul pun Ferhad. Along cuma belajar dengan Ferhad. Bukannya along pukul sehingga Ferhad luka pun kan?"

Syeera memejam mata kejap. "Still! Sama je. Kalau kena nanti sakit juga yang dapat kan?"

"Syeera.. bie lelaki. Bie dah biasa hadapi kesakitan. Syeera tak perlu la risaukan sangat. Bie taknak Syeera manjakan bie. Bia tak pernah manja. Setakat luka dan lebam tu perkara biasa. Tak perlu besarkan hal ni pun sebenarnya."

Ujar Ferhad mendatar. Syeera terus berpaling ke arah suaminya lalu mengangguk faham. "Ok la kalau cakap macam tu. Buat la apa yang bie nak. Syeera takkan halang." Ujar Syeera lalu melangkah pergi dari situ.

Ferhad dan Syahrul mengeluh melihat langkah laju Syeera. "Macam tu la perempuan. Suka sangat memperbesarkan benda yang kecil.. kita yang lelaki ni okey je. Dia pula yang lebih-lebih.." ujar Syahrul lalu menggeleng kepala.

Manakala Ferhad pula hanya diam membisu. Dia tahu jika Syeera berkata begitu pasti Syeera berkecil hati dengannya.

Syeera masuk ke dalam bilik air di biliknya lalu mengunci pintu tersebut. Dia menyandarkan badannya ke belakang pintu lalu memejam mata kejap.

"Salah ke kalau aku nak ambil berat pasal dia? Bukannya susah sangat nak dengar cakap aku kan? Aku cuma nak dia rehat je.. aku nak jaga dia elok-elok.. tapi dia macam taknak je dengar semua nasihat aku.. aku marah sebab sayang bukannya sebab nak besarkan masalah pun.."

FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]Where stories live. Discover now