"ALONG rasa dah boleh stop kot bercakap buruk tentang kekasih along. Jangan lebih-lebih sangat. Kesabaran along ada had juga." Ujar Ferhad sambil merenung ibunya.Puan Fatima menjungkit kening. "Bercakap buruk? Mama hanya bercakap jujur! Dia tu kuat menjawab! Macam mana la along boleh jatuh cinta dengan dia tu?!"
Ferhad bangun dari duduknya lalu mengeluh perlahan. "Along taknak bergaduh dengan mama malam ni. Along naik bilik dulu." Ujar Ferhad lalu ingin melangkah pergi dari situ.
"Putuskan hubungan dengan dia. Mama takkan restu hubungan along dengan dia."
Terhenti langkah Ferhad apabila mendengarkan itu. Dia mengerutkan dahinya lalu memusingkan tubuh ke arah Puan Fatima. Felina mengeluh kasar mendengarkan itu. Ini yang dia malas ni. Mamanya selalu cari pasal ketika orang penat..
Ferhad mengangguk. "Bagi along sebab. Kenapa mama tak restu hubungan kami."
Puan Fatima mencerlung tajam ke arah anak sulongnya. "Sekali mama kata mama tak suka, ia bermakna mama takkan suka! Tak faham ke?!"
"Dan sekali along kata along nakkan dia, ia bermakna along tetap nakkan dia. Mama boleh faham along kan?" Tanya Ferhad dengan riak tegang.
Puan Fatima menolak isian pipinya dengan lidah. "Dia tak sesuai untuk along! Dia bukannya cintakan along sangat! Dia hanya nakkan duit along!"
Ferhad berpeluk tubuh dihadapan ibunya. "Dia perempuan berkerjaya mama. Dia ada duit dia sendiri. Dia tak pernah minta duit pada along. Dia cuma minta luangkan masa sahaja dengan dia. Celah mana nakkan duit along ni? Tolong jangan putar belitkan cerita hanya kerana mama benci dia."
"Apa kelebihan dia sehingga along lawan mama semata-mata pertahankan dia ni?! Ramai lagi perempuan yang sesuai dengan along diluar sana! Kenapa sibuk sangat nakkan dia?!"
Ferhad mengangguk. "Mama nak tahu sebab apa? Fine. Along beritahu. Along akan bagi sebab yang relevan kenapa along nak sangat pada Syeera. Buka telinga luas-luas kerana along hanya beritahu sekali sahaja."
Puan Fatima berpeluk tubuh dengan wajah angkuhnya. Manakala Felina mula membuka recorder telefonnya. Along cakap dia beritahu sekali je tadi kan? Jadi kita kena la rekod hoho.
Ferhad menarik nafas lalu menghembus perlahan. "Pertama. Dia faham kerja along. Dia tidak pernah memberontak sehingga kami bergaduh besar. Dia tahu yang keutamaan along adalah negara. Dan dia faham akan itu. Hanya dia sahaja yang bertahan dengan along...
....yang kedua, dia setia berdiri disisi along ketika orang lain menjauh hanya kerana along anak penagih dadah. Dia tak pernah minta putus dengan along walaupun dia tahu bahawa papa masuk ke penjara kerana membuat kerja kotor. Beritahu along, dimana lagi along nak cari perempuan yang setia dengan along macam ni?..
...dimana lagi along nak cari perempuan yang terima kekurangan dan kelemahan along? Dimana lagi along nak cari perempuan yang tak jijik dengan along seperti Syeera? Dimana mama? Cuba jawab pertanyaan along sekarang.."
Ujar Ferhad dengan suara bergetar. Syeera tidak pernah menjauh darinya walaupun gadis itu tahu bahawa Encik Umar masuk ke penjara kerana dadah. Ramai kawan Ferhad menjauh dari Ferhad hanya kerana Ferhad anak penagih dadah.
Ferhad pernah meminta putus dengan Syeera kerana hal itu. Namun Syeera menolak sekeras-kerasnya. Dia ada cakap bahawa semua manusia membuat kesilapan. Dan dia bukanlah siapa-siapa untuk menghukumi seseorang.
Semenjak dari itulah Ferhad dan Syeera makin rapat. Ferhad berjanji bahawa dia tidak akan meninggalkan perempuan sebaik Syeera. Dia akan setia dengan Syeera sehingga hujung nyawa kerana gadis itulah yang sentiasa berada disisinya sewaktu dia rapuh.

YOU ARE READING
FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]
Romance🤍2ND LOYAL SERIES🤍 Percintaan antara dua hati telah ditentang hebat oleh kedua-dua orang tuanya. Namun kesetiaan dan kekuatan cinta mereka telah menguatkan lagi hubungan sehingga mereka langsung tidak goyah walau harus menghadapi pelbagai rintanga...