"KALAU Syeera betul-betul nakkan along, dia pasti rela tunggu along bertahun-tahun."Ferhad gelak sinis lalu menggeleng. "You know what? You're too much! Hanya disebabkan kebodohan papa, along terpaksa buat anak orang menunggu lama? Macam tu? Hah?!"
Hampir terjerit Ferhad ketika ini apabila mendengar permintaan merapu dari papanya. Mana sanggup dia membuat Syeera tertunggu-tunggu. Sudahlah Syeera pernah menanyakan tentang perkahwinan. Ferhad tidak mahu Syeera hampa kerananya.
Encik Umar mencerlung anaknya. "Papa terpaksa! Kalau along kahwin sekarang, along akan kurang fokus dengan keluarga kita! Along kena ingat. Keluarga kita semua perempuan. Hanya along dan papa sahaja lelaki yang sepatutnya tanggung mereka. Jadi papa rasa, along perlu fokus dengan keluarga along.."
Ferhad mengetap rahangnya. "Selama ni along selalu fokus dengan keluarga serta kerja along sehingga along tak ada masa untuk Syeera pa. Minggu ni pun kami tak bertemu pa! Bagi la along luangkan waktu dengan kekasih along pula. Kesian dia asyik tunggu along je!"
Ujar Ferhad dengan riak tegang. Encik Umar mendengus. "Kekasih lagi penting dari keluarga la ni?"
Ferhad mencerlung. "Tak payah nak bandingkan sangat. Papa pun pernah mengendahkan keluarga papa juga. Jadi apa beza papa dengan along?" Encik Umar menggigit bibirnya apabila Ferhad mula bicara tentang masa lalunya dimana dia tidak menitikberatkan tentang adik-beradiknya.
"Papa tak kira. Papa nak along fokus pada keluarga sementara tunggu papa keluar. Inform paklong untuk stop bagi perbelanjaan pada kita sebab papa taknak susahkan dia lagi. Dan kalau kekasih along tak boleh tunggu along, minta je putus dengan dia."
Ferhad menghentak kuat meja lalu bangun mendadak. Terkejut penjaga jail apabila Ferhad mula naik angin.
"Along yang tentukan hidup along. Bukan orang lain. Along masih lagi menjalankan tanggungjawab along sebagai anak serta abang. Along tak pernah lepas tangan soal tu. Dan along takkan lepas tangan pada kekasih along. Dia rela tunggu along selama bertahun-tahun. Along takkan sesekali putus dengan dia. Never."
Ujar Ferhad lalu menjeling bapanya sebelum keluar dari bilik itu. Encik Umar mengeluh kasar lalu menghentak mejanya. Dia bukanlah ingin mengawal kehidupan anaknya namun dia sedang memikirkan anak serta isterinya dirumah.. dia risau Ferhad lepas tangan selepas berkahwin dengan orang lain..
Ferhad melangkah laju ke arah keretanya dengan tangan yang dikepal kuat. Dia masuk kedalam kereta lalu menghempas kasar pintu keretanya. Dia memukul stereng keretanya bertalu-talu.
"Argh shit! Suka-suka je nak control hidup aku! Dia yang buat salah tapi aku pula yang kena tanggung! Fuck!" Jerit Ferhad seraya memukul kuat stereng keretanya.
Ferhad mengeluh kasar lalu menyandarkan kepalanya ke seat kereta. Dia mengerling ke cermin sisi belakangnya. Ferhad senyum tipis apabila ada sticker gambarnya bersama Syeera disitu. Sengaja dia lekatkan sticker Syeera disitu agar dia dapat merenung wajah kekasihnya itu.
Memudar senyuman Ferhad apabila teringat akan perkataan bapanya tadi. Ferhad mengusap wajah kekasih hatinya itu.
"Saya takkan putus asa demi awak.. saya takkan putus dengan awak hanya kerana kesilapan orang lain.. dan saya berjanji yang saya akan halalkan hubungan kita secepat mungkin.. itu janji saya pada awak, Syeera.."
Gumam Ferhad perlahan dengan senyuman tipis. Mana mungkin dia akan melepaskan Syeera kerana Syeera seorang yang memahami. Benar. Ada kalanya Syeera merajuk dengannya namun Syeera cepat terpujuk.. Syeera tak pernah merajuk lama dengannya.
Hanya merajuk manja-manja sahaja kerana inginkan perhatian daripada Ferhad.
Ferhad mengambil telefonnya apabila telefonnya bergetar. Dia berdecit apabila dia terlupa untuk pergi ke balainya padahal sekarang sudah lewat. Ferhad mengeluh lalu mula memandu keretanya keluar dari kawasan itu.
*:・゚✧*:・゚✧
SYEERA fokus dengan pekerjaannya sehingga dia tidak perasan hari sudah petang. Sengaja dia membawa pulang dokumen kerjanya agar dia boleh sambung bekerja dirumah.
Hujung minggu tetap sama baginya. Lebih baik dia bekerja daripada termenung sendirian menunggu panggilan serta mesej dari Ferhad. Lebih baik dia sibukkan diri agar dia tidak terlalu mengikut perasaan.
"Syeera.." Syeera berpaling ke belakang lalu senyum ke arah abangnya. "Ya along?" Syahrul senyum lalu duduk bersebelahan adiknya. "Kawan Syeera ada datang tu.."
Berkerut dahi Syeera. "Siapa?" Syahrul menjeling. "Mesti tak tengok whatsapp kan? Dia ada kata dia whatsapp Syeera tapi Syeera tak buka whatsapp."
Syeera mengeluh. Tahu la dia siapakah gerangan itu. "Kejap Syeera keluar." Ujar Syeera lalu melangkah keluar dari rumahnya. Syahrul menggeleng sahaja melihat adiknya yang begitu kerja keras sehingga terlupa untuk membuka chat di whatsapp nya.
Syeera berpeluk tubuh dihadapan rakan-rakannya. Tersengih Aisya dan Badrul melihat jelingan rakannya. Syeera mengeluh perlahan.
"Korang nak apa ni?" Aisya memuncung. "Ajak kau keluar la.. hari ni hujung minggu tau? Apa salahnya kita keluar bertiga kan?"
Syeera menggeleng. "Aku busy." Aisya menjulingkan matanya. "Kau jangan nak menipu aku la. Aku rakan sekerja kau tau? Kau sengaja sibukkan diri kau kan? Jangan tipu aku." Syeera menggaru kepalanya yang tidak gatal apabila rahsianya ketahuan.
Lupa pula Aisya rakan sekerjanya. Susah la nak menipu kalau Aisya tahu segala jadualnya.
Badrul menggeleng. "Jom aa lepak. Dah lama kita tak lepak. Aku rindu tau zaman universiti kita. Masa tu kita selalu spend time bersama. Sekarang masing-masing sibuk. Aku pula yang bersendirian sekarang."
Ujar Badrul lalu tersebik. Aisya dan Syeera terkekeh ketawa. "Yelaaa. Kejap aku simpan kertas kerja aku kejap. Lepas tu aku keluar. Korang jangan tinggal aku pula."
Ujar Syeera lalu menjeling. Dia terus melangkah masuk semula ke dalam rumahnya. Badrul tergelak sahaja melihat karenah rakannya itu. Diperhatikan sahaja langkah Syeera masuk ke dalam rumah.
Badrul mengeluh perlahan. Dia tahu Syeera tiada mood untuk berjalan kerana sedang menunggu Ferhad. Dia tahu bahawa Syeera dan Ferhad sudah lama bercinta. Dan... Badrul sedih akan itu.. kerana dia sudah lama memendam rasa..
Tapi dia tidak mahu meluah kerana tidak mahu hubungan persahabatan mereka menjadi retak.
"Jom!" Ujar Syeera yang keluar bersama beg tangannya. Aisya menggeleng sahaja. Tadi bukan main tak ada mood. Sekarang boleh pula teruja sakan sampai macam tu sekali aih..
*:・゚✧*:・゚✧
"GOALLL!" Jerit Syeera yang sedang melempar bola ke dalam jaring di cafe permainan. Badrul menepuk dahinya apabila dia kalah berlawan dengan Syeera.
Aisya yang sedang melihat hanya terkekeh ketawa. Dia sedang merekod video Badrul dan Syeera yang sedang berlawan bola baling.
Badrul berdecit lalu menjeling. "Macam mana kau boleh pandai benda macam ni? Selama ni kau bukannya minat benda macam ni." Ujar Badrul sambil mencekak pinggang.
Syeera tersengih. "Kekasih aku yang ajar.." jawab Syeera dengan senyuman bangga. Badrul senyum sahaja mendengarkan itu.
"Syeera! Aku dah mention kau dalam ig story aku! Jangan lupa repost balik tau! Malu la aku kalau kau tak repost!" Jerit Aisya dari jauh.
Syeera terkekeh ketawa. Dia update di instagram. Biasanya dia hanya respost sahaja story yang dibuat oleh Aisya.
Buat apa update dekat instagram sedangkan dia boleh update pada kekasihnya je? Ahak! Syeera memang akan update aktivitinya kepada Ferhad. Dia pasti akan memberitahu Ferhad dulu sebelum keluar kemana-mana.
Bukan meminta izin. Namun hanya inform sahaja kerana memang itulah caranya agar Ferhad tidak tertanya-tanya apakah aktivitinya.
TBC🤍
Ececece Syeera ni..VOTE AND COMMENT❤️

YOU ARE READING
FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]
Romance🤍2ND LOYAL SERIES🤍 Percintaan antara dua hati telah ditentang hebat oleh kedua-dua orang tuanya. Namun kesetiaan dan kekuatan cinta mereka telah menguatkan lagi hubungan sehingga mereka langsung tidak goyah walau harus menghadapi pelbagai rintanga...