FERHAD - BAB 5💣

15.8K 677 31
                                    



FERHAD mengesat rambutnya yang basah lalu menghenyak punggung ke atas katil. Dia mengambil telefon diatas meja lalu membuka telefon tersebut. Berkerut dahinya melihat banyak missed call daripada Syeera. Ferhad mengeluh perlahan lalu melihat jam di telefonnya.

3:25 a.m.

Dia baru sahaja pulang dari kerjanya dan baru selesai mandi waktu seperti ini. "Dia dah tidur belum agaknya?" Gumam Ferhad perlahan seraya mengetuk-ngetuk telefonnya.

Ferhad menjungkit bahu. "Call je la.." ujarnya perlahan lalu mula mendial nombor kekasihnya. Ferhad setia menunggu sambil mengesat rambutnya yang masih basah.

Dia mengeluh apabila kekasihnya tidak menjawab panggilannya. Dia mendial sekali lagi namun Syeera masih tidak menjawab panggilan darinya.

Ferhad kembali menaip mesej kepada Syeera. Dia senyum tipis sambil menaip mesej tersebut. Jika dia tidak boleh menelefon Syeera, dia pasti akan menaip mesej di malam hari. Dia tahu Syeera bukannya jenis cepat merajuk.

Tapi dia lelaki. Dia mesti jaga hati dan perasaan kekasihnya walaupun Syeera tidak menunjukkan sisi merajuk kepadanya.

Ferhad meletakkan telefon ke atas meja lalu menghempas kasar badannya ke atas katil. Dia memejam mata sambil meletakkan lengan diatas dahinya.

Hampir 5 hari mereka tidak bersua muka. Jika berjumpa pun, hanya sewaktu Syeera datang ke kem nya sahaja. "Rindu.." gumamnya perlahan. Dia mencelik mata lalu mengambil telefonnya.

Tersenyum dia apabila melihat gambarnya bersama Syeera yang dijadikan sebagai wallpaper lock screennya. Dia membuka lock screen lalu memerhati homescreen nya.

Makin lebar senyumannya melihat gambar Syeera yang tersenyum lebar di taman. Diusap penuh syahdu wajah gadis itu.

"Bila la kita nak bersua muka balik.. saya dah rindu gila pada awak ni.." ujarnya perlahan dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya. Sengaja dia meletakkan gambar Syeera bersendirian di home screeennya agar dia dpat merenung wajah kekasih hatinya sewaktu dia rehat.

Dan dia akan merenung dahulu gambar Syeera sebelum dia memulakan operasinya. Baginya Syeera adalah semangatnya. Kerana Syeera adalah segalanya baginya.

*:・゚✧*:・゚✧

SYEERA senyum lebar apabila membaca setiap perkataan yang dihantar oleh Ferhad semalam. Dibaca satu persatu perkataan itu dengan riak bahagianya. Bangun-bangun je terus dapat mesej. Sampai tak mandi si Syeera ni sebab bahagia sangat dapat mesej dari Ferhad.

'Hye my sweetheart. Sorry sebab bie tak reply mesej atau jawab call.' Syeera sengih. Mereka ni memang random. Sekejap sweetheart, sekejap sayang, sekejap bie, sekejap baby.. katanya lagi banyak panggilan lagi sweet. Ferhad pun layankan sahajalah karenah kekasih hatinya itu.

'Bie busy sikit semalam sebab ada operasi malam. Ini baru sempat buka telefon. Bie ada call awak tapi awak tidur waktu tu.. jadi bie hantar mesej je la. Bie minta maaf sebab tak ada masa untuk awak. Bie janji lepas je settle kes kali ni, kita keluar dating ya? Cakap je nak keluar ke mana. Nanti bie follow je awak dari pagi hingga ke malam..'

Syeera menggigit bibir menahan jeritan bahagianya. Dia meniarap keatas katil lalu menggoyangkan kakinya. "Eeee sweetnya diaaaa.." gumam Syeera perlahan.

'Esok bie kena masuk kerja awal.. jadi kemungkinan bie tak buka fone..' Syeera tersebik. Hari ini merupakan hujung minggu tapi Ferhad tetap bekerja mengikut jadualnya.

'Tapi awak kongsi la aktiviti awak dengan bie.. bie akan baca lepas bie buka telefon.. okay sweetheart?'

Senyuman Syeera makin lebar. Aihhh. Nak sahaja dia memeluk Ferhad namun dia harus sabar.. mereka belum mempunyai ikatan jadi Syeera kena sabarkan hati dahulu..

FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]Where stories live. Discover now