FERHAD - BAB 41💣

15.8K 646 70
                                    



FERHAD mencerlung tajam ke arah pelatihnya. Diperhatikan semua orang yang sedang berdiri tegak di padang ketika ini. Dia berjalan kehulur kehilir untuk melihat pakaian serta kekemasan setiap pelatih disini.

Para pelatih meneguk liur kesat. Memang la Ferhad ni garang. Tapi mereka dapat merasakan aura Ferhad lebih bahaya pada hari ini.. macam.. 2x lagi garang berbanding sebelum ini..

"Kenapa pakai baju ketat macam ni?" Tanya Ferhad terhadap pelatih lelaki. Pelatih itu menunduk kejap. Ok je baju dia.. cuma.. fit sikit.

"Kau datang sini nak berlatih atau nak mengorat orang?! Pakai baju ketat sehingga sesak nafas! Nanti kau nak berlatih macam mana kalau sendat padat macam ni?!"

Terpejam mata mereka apabila dijerkah begitu. Ferhad memang begitu. Jika salah seorang bersalah, pasti dia akan memarahi keseluruhannya supaya mereka tahu kesalahan itu akan berkait dengan mereka juga.

"Buang! Pakai baju lain!" Jerit Ferhad seraya menarik kasar tangan pelatih itu untuk keluar dari barisan. Pelatih lain pula hanya menunduk sahaja.

Ferhad mencerlung ke arah mereka. "Polis apa macam ni?! MENUNDUK?! Tak pernah lagi aku jumpa polis menunduk ketakutan macam ni! Berdiri tegak! Pandang hadapan dengan riak yang berani! Bukannya menunduk seperti pengecut!!"

Mereka terus berdiri tegak dan memandang ke hadapan. Ada juga yang berpeluh. Bukan kerana panas. Tapi kerana takut akan amarah Inspektor mereka.

Ferhad meludah liur ke atas tanah lalu mencekak pinggang. "Aku tak puas hati hari ni kerana ada salah seorang dari korang yang buat aku marah. Jadi dendanya adalah aku nak korang berlari padang 50 round! Tak kisah kau perempuan atau kau lelaki sekalipun! Go!"

"Baik tuan!" Jerit mereka lalu memulakan langkah larian mereka. Manakala Eidlan pula hanya memerhati sahaja rakannya yang agak stress pada hari ini. Eidlan menggeleng. Tahu la dia pasti Ferhad ada masalah lain.

Kerana Ferhad takkan kejam sebegitu. Paling-paling pun lari 10 round je kalau setakat kesalahan yang sedikit tu..

"Kau kenapa? Tak ada mood ke?" Tanya Eidlan yang menghampiri rakannya. Ferhad mencerlung ke arah Eidlan. "Apahal kau ada sini?! Bukan ke kau kena ikut misi ke?! Kau tercegat kat sini lagi apahal?!"

Terpejam mata Eidlan apabila dimarahi begitu. Dia meneguk liur kejap. "Me..memang la.. ta.. tapi aku rehat kejap. Na..nanti aku pergi." Ujar Eidlan tergagap-gagap.

Niatnya nak bercakap dengan Ferhad je tapi tak sangka pula Ferhad garang nak mampus..

Datang bulan kut..


*:・゚*:・゚


TUAN HILMAN mengangguk ke arah Ferhad yang masuk ke dalam bilik kerjanya. Ferhad berdiri tegak lalu menunduk sekejap.

"Tuan. Saya ada sesuatu nak bercakap." Tuan Hilman mengangguk. "Silakan."

Ferhad menggigit bibir kejap. "Saya.. nak minta cuti.. selama tiga hari." Berkerut dahi Tuan Hilman. "Kau nak guna cuti tahunan ke?"

Ferhad senyum lalu mengangguk. Tuan Hilman mengangguk faham. "Hmm boleh jugak. Kau pun kerja tak henti kan? Jadi aku akan bagi la kau cuti. Tapi kau nak buat apa? Kau tak pernah ambil cuti sepanjang bekerja dengan aku."

Ferhad senyum tipis. "Saya nak bawa isteri saya pergi bercuti.. saya nak.. pujuk dia. Dia tengah merajuk dengan saya.." Ferhad menggaru kepala yang tidak gatal.

Entah apa yang merasuki Ferhad sehingga dia berani meluahkan masalahnya kepada Tuan Hilman.

Tuan Hilman mengerutkan dahi lalu berdiri. Dia melangkah perlahan-lahan ke arah Ferhad yang masih memandangnya dengan riak mendatar. Tuan Hilman mengeluh lalu berpeluk tubuh dihadapan Ferhad.

FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]Where stories live. Discover now