SYEERA menarik nafas lalu hembus perlahan. Dia sudah berada didepan pintu rumah Puan Fatima ketika ini. Dia ada menelefon Ferhad namun Ferhad tidak menjawab. Felina ada berkata bahawa Ferhad ada emergency case semalam kerana itulah Ferhad tidak menjawab panggilan.Syeera menjilat bibir kejap lalu mengetuk pintu Puan Fatima. Dia masih berdebar ketika ini. Nak taknak dia kena juga hadapi Puan Fatima walaupun mereka bergaduh besar semalam.
Ktak.
Syeera senyum sahaja ke arah Puan Fatima yang menguak pintu dari dalam. Puan Fatima mendengus lalu berpeluk tubuh.
"Nak apa lagi? Tak habis lagi ke mengemis kasih sayang?" Syeera menggigit bibirnya lalu menggeleng.
"Syeera datang minta maaf pasal semalam.. Syeera terkurang ajar pada mama.. Syeera janji Syeera takkan melawan mama lagi.. apa yang mama cakap tu betul.. Syeera yang salah.. Syeera minta maaf.."
Ujar Syeera dengan lancar. Memang itu la perkataan yang dia hafal didalam kereta tadi. Berdebar juga kalau silap cakap.. haru jadinya nanti.
Puan Fatima mengeluh perlahan lalu mengangguk. "Mesti kau ingat aku halang kau kahwin sebab aku tak suka kau kan?" Syeera menggigit bibir lalu mengangguk.
Puan Fatima mengangguk faham. "Ya. Itu adalah antara sebabnya juga.." Syeera memejam mata kejap mendengarkan itu.
"Tapi.. ada sebab lain mengapa kami tak benarkan Ferhad berkahwin dengan kau." Berkerut dahi Syeera mendengarkan itu. "Apa maksud mama? Sebab lain?"
Puan Fatima mengangguk. "Ferhad ada ajak kau kahwin tak?" Zapp! Terus terhenti kejap degupan jantung Syeera mendengarkan itu..
Terkedip-kedip matanya sekarang apabila mendengar soalan itu kerana... Ferhad tidak pernah mengajaknya berkahwin. Hanya dia sahaja yang selalu tanya soalan itu pada Ferhad..
Puan Fatima menjungkit kening apabila gadis dihadapannya ini hanya diam membisu. "Ferhad ada bagi kata putus tak untuk perkahwinan korang?"
Syeera menggigit bibir lalu menggeleng. Betul. Ferhad seakan-akan tidak berkeyakinan untuk menjawab soalan Syeera tentang perkahwinan. Dia selalu menukar topik setiap kali Syeera bertanyakan itu.
Puan Fatima mengeluh. "Aku taknak bergaduh dengan kau hari ni. Tapi kalau kau nak tahu jawapan yang tepat, aku sarankan kau pergi jumpa papa Ferhad. Dia ada jawapan untuk soalan kau."
Syeera mengerdip mata lambat ke arah Puan Fatima. "Papa?" Tanyanya perlahan. Puan Fatima mengangguk. "Yap. Papa dia tahu segalanya."
Syeera mengangguk laju. "Kalau macam tu Syeera jumpa papa dulu.. terima kasih mama." Ujarnya lalu menunduk sedikit. Dia terus memusingkan badannya lalu berlari ke keretanya.
Dia harus tahu jawapan yang tepat. Jika Ferhad teragak-agak untuk menjawab, dia terpaksa berjumpa dengan Encik Umar untuk mengetahui segalanya.
Puan Fatima senyum sinis melihat Syeera yang terburu-buru. Memang itulah rancangannya jika Syeera datang kesini. Dan dia amat bersyukur kerana Syeera datang lebih awal dari jangkaannya.
"Mama? Syeera mana?" Tanya Felina yang turun dari tangga. Dia baru sahaja selesai mandi. Tak tahu pula yang si Syeera tu datang awal.
Puan Fatima menutup pintu rumahnya. "Pergi melawat bakal bapa mertua tak jadi." Jawab Puan Fatima lalu menghenyak punggung di sofa. Berkerut dahi Felina mendengarkan itu.
"Kenapa rasa macam tak beres ni?" Bisik Felina perlahan. Dia terus naik semula ke biliknya lalu mengambil telefonnya. Dia menghantar mesej kepada Ferhad untuk mereport segalanya kepada abangnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/351995666-288-k500335.jpg)
YOU ARE READING
FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]
Roman d'amour🤍2ND LOYAL SERIES🤍 Percintaan antara dua hati telah ditentang hebat oleh kedua-dua orang tuanya. Namun kesetiaan dan kekuatan cinta mereka telah menguatkan lagi hubungan sehingga mereka langsung tidak goyah walau harus menghadapi pelbagai rintanga...