FERHAD - BAB 69💣

15.4K 611 7
                                    




FERHAD membawa dulang bubur serta air ke dalam bilik dirumah Encik Dylan. Syeera sudah dibenarkan pulang kerana keadaannya sudah membaik. Namun badannya sedikit hangat dari biasa.

Mungkin dia masih terkejut kerana itulah dia sedikit demam. Tapi doktor memberitahu Ferhad bahawa semua itu adalah normal untuk orang yang trauma.

"Sweetheart.." panggil Ferhad perlahan seraya melangkah ke arah Syeera yang masih berbaring lesu. Syeera mencelik mata. Dia senyum tipis kepada suaminya yang senyum ke arahnya.

"Masih hangat?" Tanya Ferhad seraya menghenyak punggung diatas katil. Dulang diletakkan diatas meja lalu tangan menyentuh dahi licin isterinya. Ferhad senyum ke arah isterinya yang mengerdip mata lambat ke arahnya.

"Sikit je ni.. nanti lepas makan bubur dan ubat makin surut la ni.. Syeera makin sikit okay?" Pujuk Ferhad perlahan seraya menyisir rambut isterinya yang sedikit basah dengan peluh.

Syeera mengangguk lemah. Dia tidak mampu bersuara kerana keadaannya sedikit lemah berbanding di hospital.

"Meh bie tolong Syeera bangun dari baring.. tak elok makan masa berbaring.." ujar Ferhad seraya membantu isterinya menyandarkan badan ke kepala katil. Berdesis kejap isterinya apabila badannya sedikit lenguh.

"You okay?" Tanya Ferhad dengan riak risau. Syeera senyum tipis lalu mengangguk.

"Syeera okay.. cuma badan Syeera lenguh sikit.." jawab Syeera dengan suara serak. Sayu hati Ferhad melihat buah hatinya lemah sebegini. Diusap kepala isterinya.

"Makan sikit.. tambah tenaga sikit. Dari tadi lagi Syeera tak makan. Risau bie." Ujar Ferhad perlahan. Syeera senyum tipis seraya mengusap tangan suaminya yang menapak di pipinya.

"Syeera okay.. bie janganlah risau sangat.. Syeera memang lemah macam ni kalau demam.. tapi sehari je.. esok ok la ni.."

Ferhad senyum. "Tahu tapi sekarang..." tangan Ferhad menurun ke perut kempis isterinya. Syeera menjungkit kening. Sempat dia menunduk sekilas ke bawah.

"....ada baby.. bie taknak mama baby dan littlebaby sakit sekaligus.. bie risau dua nyawa bie ni tak sihat.." bisik Ferhad seraya mengintai Syeera dari bawah.

Syeera senyum lalu menolak perlahan wajah suaminya. "Jangan la tengok Syeera macam tu.. Syeera tak cantik sekarang.. bibir Syeera pucat.."

Ujar Syeera dengan bibir memuncung. Ferhad menjungkit kening. "Iya? Pucat ye? Kejap bie buat biar nampak segar.."

Ferhad merapati wajahnya ke wajah isterinya lalu mencium bibir isterinya. Tersentak Syeera apabila suaminya tiba-tiba menyambar bibirnya. Tangan Ferhad pula elok sahaja meramas kedua-dua pahanya ketika ini.

Syeera menolak perlahan badan Ferhad lalu menekup mulutnya dengan tangan. "Bie.. kenapa cium Syeera? Nanti mesti bie terjangkit sekali.." ujar Syeera perlahan dengan dahi berkerut.

Ferhad gelak kecil. Dielus kepala Syeera. "Antibodi bie kuat.. jangan risau.."

Syeera menjeling. "Elehh ye la tu.. Eidlan ada beritahu Syeera yang bie muntah-muntah dekat Amerika.. mesti sebab Syeera kan?" Tanyanya seraya mengusap perutnya.

Eidlan ada menghantar video Ferhad sedang muntah disana. Sangat banyak lelaki itu menghantar video kepada Syeera. Risau Syeera dibuatnya..

Ferhad memejam mata kejap lalu mendengus. "Kuat mengadu betul dia tu.." gumamnya perlahan namun didengari Syeera. Syeera terkekeh ketawa. Diusap pipi suaminya yang sedikit cengkung.

"Kesian bie.. mesti tak sempat makan dekat sana kan? Nanti Syeera sihat, Syeera masakkan banyak-banyak untuk bie tau.. Syeera nak suami Syeera sihat seperti sebelum ni.." bisik Syeera dengan mata bulatnya.

FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]Where stories live. Discover now