FERHAD - BAB 16💣

10.3K 477 19
                                    



"MAAF paklong kalau Ferhad mengganggu malam-malam ni." Ujar Ferhad terhadap Tuan Uthman. Dia ingin membincangkan sesuatu kerana itulah dia berjumpa dengan Tuan Uthman dimalam hari.

Tuan Uthman senyum lalu mengangguk. "Tak ada apa la Ferhad.. Ferhad anak saudara paklong juga.. tak ada istilah mengganggu.. duduk lah." Jemput Tuan Uthman yang sedang duduk dikerusi pejabat rumahnya.

Ferhad senyum tipis lalu menghenyak punggung dikerusi dihadapan Tuan Uthman. Tuan Uthman senyum lalu berdehem kejap.

"Macam mana kerja? Paklong tengok Ferhad dah jarang jumpa Qhalish sekarang. Mesti Ferhad sibuk kan?" Ferhad senyum lalu mengangguk.

"Lebih kurang macam tu la paklong. Paklong tahu kan kerja Ferhad ni macam mana? Selalu ada masalah yang tak selesai. Sakit kepala juga kadang-kadang.." keluh Ferhad seraya memicit batang hidungnya.

Tuan Uthman tergelak lalu menepuk bahu anak saudaranya. "Biasalah.. sekarang ni makin ramai orang jahat. Orang macam Ferhad la yang mampu tangani semua itu.. jangan putus asa. Paklong tahu anak saudara paklong ni cekal orangnya."

Ferhad senyum lalu mengangguk sahaja. Tuan Uthman selalu memberikan kata-kata semangat kepadanya. Lelaki itu seringkali menenangkannya ketika fikirannya bercelaru.

Kerana itulah dia lebih memilih Tuan Uthman untuk mendengar masalahnya berbanding Encik Umar.

Tuan Uthman berpeluk tubuh lalu menatap sahaja wajah anak saudaranya. Tahu pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran Ferhad ketika ini.

"Kenapa ni Ferhad? Riak wajah Ferhad mengatakan segalanya. Pasti Ferhad ada masalah kan?" Ferhad panggung kepala lalu mengangguk.

"Ya paklong.. ia berkaitan papa.." Tuan Uthman mengeluh perlahan lalu mengangguk. "Kenapa dengan Umar?"

Ferhad menggigit bibir kejap. "Ferhad ada berjumpa dia 3 hari lepas. Dan dia minta tolong pada Ferhad untuk sampaikan sesuatu pada paklong.."

Tuan Uthman mengangguk. "Ok.. what is that?"

Ferhad menghela nafas perlahan. "Dia ada kata dia taknak menyusahkan paklong lagi.. jadi.. dia harap paklong berhenti memberi bantuan kepada keluarga kami.."

Berkerut dahi Tuan Uthman. "Kenapa menyusahkan pula? Keluarga Ferhad adalah keluarga paklong. Umar adalah adik paklong. Fatima pula adik ipar paklong. Tiada istilah menyusahkan kalau libatkan keluarga. Paklong takkan berkira la kalau soal macam ni.."

Ferhad mengangguk. "Ferhad faham. Awalnya Ferhad tak setuju juga.. tapi bila difikirkan balik, Ferhad rasa paklong kena stopkan semua ni.. Ferhad anak lelaki sulong. Jadi itu semua adalah tanggungjawab Ferhad buat masa sekarang.. Ferhad akan gantikan papa untuk jaga keluarga Ferhad.."

Tuan Uthman mengeluh. "Ferhad, paklong bukannya nak bongkak, tapi paklong ada banyak duit, Ferhad. Paklong tak rasa membazir pun kalau setakat nak bagi pada keluarga Ferhad secara bulanan. Itu tanggungjawab paklong sebagai abang papa Ferhad. Ferhad jangan la fikir macam tu.. paklong tak pernah terfikir macam tu.."

Ujar Tuan Uthman sayu. Dia tahu pasti Ferhad rasa menyusahkan. Padahal Tuan Uthman langsung tidak berfikir seperti itu malah dia lagi suka dapat membantu keluarga Ferhad.

Ferhad mengeluh kasar lalu mengusutkan rambutnya. "Ferhad tak tahu paklong.. Ferhad kusut.. Ferhad sakit kepala sekarang ni.. Ferhad tak boleh berfikir dengan baik.. banyak benda yang ada dalam fikiran Ferhad sekarang sehingga Ferhad stress!"

Ujar Ferhad dengan linangan air mata. Sedari tadi dia menahan kesakitan yang dialami. Pedih kepalanya memikirkan perkara ini seharian.

Tuan Uthman mengeluh lalu bangun dari duduknya. Dia merapati Ferhad lalu merangkul bahu Ferhad dari tepi. "Ceritakan pada paklong apa yang terjadi. Paklong pasti ini bukan masalah yang sebenar. Mesti ada masalah lain yang membuatkan Ferhad stress kan?"

Pujuk Tuan Uthman perlahan seraya menggosok bahu Ferhad. Ferhad mengangguk lalu mengesat air mata di pipinya. Tuan Uthman senyum. Dia masih setia mendengarkan perkataan yang terbit dari mulut anak saudaranya.

"Papa.. halang Ferhad kahwin." Berkerut dahi Tuan Uthman. "Apa? Maksud paklong.. kenapa pula? Ferhad dah besar. Ferhad boleh tentukan masa depan Ferhad sendiri. Umar tak ada hak untuk halang anaknya berkahwin."

Ferhad mengangguk. "Tahu,. Tapi ini permintaan papa. Papa suruh Ferhad fokus kepada mama dan adik-adik Ferhad sementara papa berada di penjara.. papa ada kata bahawa Ferhad boleh berkahwin selepas sahaja papa keluar dari penjara.."

Tuan Uthman menggeleng. "It's nonsense. Yang nak berkahwin tu Ferhad. Yang nak mendirikan rumah tangga tu Ferhad. Kenapa pula orang lain nak masuk campur? Ya. Paklong tahu Umar tu ayah Ferhad. Tapi Umar tak sepatutnya masuk campur perihal Ferhad.."

Ujar Tuan Uthman dengan riak tegang. What? Ada lagi ke bapak halang anak kahwin zaman sekarang? Tuan Uthman pun tak pernah masuk campur hal anak-anaknya. Mengapa Encik Umar boleh pula sesuka hati masuk campur hal Ferhad ni?

Ferhad menggeleng. "Ferhad tak tahu.. Fikiran Ferhad kusut sekarang.. Ferhad rasa ada betulnya juga apa yang papa cakap. Tanggungjawab Ferhad besar.. jadi Ferhad tak sepatutnya lepas tangan pada paklong.. Ferhad kena jaga keluarga Ferhad betul-betul. Ferhad kena fokus pada mereka sahaja sekarang.."

Tuan Uthman mengeluh lalu mengangguk. "Ok.. itu atas Ferhad.. tapi paklong tetap juga akan masukkan duit bulanan untuk keluarga Ferhad.. Ferhad tak boleh halang paklong."

Ferhad mengeluh lalu mengangguk sahaja. Sakit kepalanya memikirkan semua ini. Masalah Puan Fatima pun belum selesai lagi.. masalah Encik Umar pun masih tergantung.. kerja pula melambak-lambak.

Hampir pecah kepala Ferhad ketika ini.

"Habis tu.. macam mana dengan Syeera? Dia sanggup ke tunggu Ferhad?" Tanya Tuan Uthman apabila teringat akan gadis itu. Ferhad mengeluh seraya meraup wajahnya.

Ferhad menggeleng. "Syeera tak tahu hal ni.. Ferhad taknak beritahu dia sebab taknak hubungan kami jadi renggang nanti."

Tuan Uthman mengeluh lalu menggenggam kedua tangan kasar Ferhad. "Dengar sini. Dalam hubungan, bukan sahaja memerlukan cinta dan kesetiaan. Tapi ia memerlukan kepercayaan dan kejujuran. Ia memerlukan perbincangan antara dua pihak.. jangan sorokkan apa-apa dari Syeera.. dia berhak tahu semua ini.."

Ferhad memejam mata kejap lalu mengangguk. "Baik paklong.. insyaAllah Ferhad akan beritahu Syeera nanti.. secepat mungkin.." ujar Ferhad lalu senyum kelat ke arah Tuan Uthman. Tuan Uthman mengangguk seraya menepuk bahu anak saudaranya.

"Good. Jadi lelaki kena berani. Jangan gentar dengan apa-apa sekalipun. Pertahankan hak kita walau banyak dugaan sekalipun. Datanglah banyak mana pun rintangan, jika ia tertulis bahawa Syeera adalah jodoh Ferhad, korang tetap bersama hingga hujung nyawa. InsyaAllah.."

Ferhad panggung kepala ke arah Tuan Uthman lalu senyum lebar. "Terima kasih paklong.. hanya paklong sahaja tempat Ferhad bergantung sekarang.. hanya paklong sahaja yang boleh selesaikan masalah Ferhad.. thanks a lot paklong."

Ujar Ferhad lalu mencium tangan bapa saudaranya. Tuan Uthman senyum sambil mengelus kepala Ferhad. Dia menyimpan keluh. Tak sangka pula Encik Umar pentingkan diri sehingga sanggup menolak perkahwinan anak sendiri seperti ini..

TBC🤍
VOTE AND COMMENT❤️

FERHAD : LOYALTY OF LOVE [C]Where stories live. Discover now