5 tahun kemudian...
Carlo labuhkan duduk di hadapan Haq yang sedari tadi pandangan matanya hanya tertumpu ke arah seutas gelang tangan yang sedang di ayun ke kiri dan ke kanan di tangannya. Naik pening kepalanya dia melihat. Kepala di geleng perlahan. Semenjak Haq terlibat dalam kemalangan lima tahun yang lalu, begini lah keadaan dia setiap hari. Asyik merenung gelang tangan siapa entah yang di curinya. Nak kata miskin, dah terlebih kaya lelaki ni. Yang dok pergi curi gelang tangan yang halus macam tu buat apa? Sejak bila pula Haq jadi pencuri ni? Carlo garu kepala yang tidak gatal.
"Dah 5 tahun aku tengok kau dok renung gelang tangan tu Haq. Bila aku tanya, sepatah haram pun kau tak pernah jawab. Kau curi gelang tangan siapa ni sebenarnya?"
Soal Carlo ingin tahu.
Haq melirik sekilas ke arah Carlo yang duduk di hadapannya. Kemudian pandangan di alih semula ke arah gelang tangan yang berada di tangannya. Di situ terukir nama PUSPA. Dia jungkit bibir. Pemilik gelang tangan ini yang telah menyelamatkan nya 5 tahun dahulu.
"Orang yang dah menganggu ketenteraman hidup aku selama 5 tahun ni.."
Balas Haq ringkas.
Makin pening kepala Carlo mendengar.
"Siapa?"
Soalnya lagi.
Haq geleng kepala perlahan. Dia sendiri tidak tahu siapa gadis misteri itu. 5 tahun dia cuba mencari dan menjejaki, namun gagal untuk dia menemui siapa dia.
"Pening la aku dengan kau ni Haq. Apa kena mengena gelang ni dengan orang yang ganggu ketenteraman hidup kau selama 5 tahun ni?"
"Tolong aku cari maklumat berkenaan dengan gelang tangan ni sampai dapat!"
Arah Haq ringkas sebelum dia bingkas berdiri.
Carlo hanya terkebil-kebil di situ. Pulak dah? Sekarang dah tukar job nak cari maklumat pasal gelang emas pulak ke? Carlo menggaru-garu kepalanya tidak henti-henti. Makin pening dengan perangai Haq sekarang ini.
"Err tapi Haq mana nak cari?"
Soal Carlo lurus.
Haq yang mendengar naik bengang. Dia mendengus geram.
"Itu kau punya pusal. Keja senang kot takkan tak boleh nak fikir! Dah jom pergi makan. Aku dah lapar ni."
Haq terus berlalu dari situ sebelum Carlo turut bangun dan mengejar langkahnya yang sudah menjauh.
******
Sejak pagi Puspa dan abang Zain tidak menang tangan melayan pelanggan-pelanggan yang datang ke kedai makan hari ini. Alhamdulillah rezeki kedai makan mereka melimpah ruah hari ini. Sekarang kedai makan mereka sudah di ubah suai menjadi lebih besar kepada taraf restoran. Puspa tumpang gembira melihat perniagaan abang Zain yang semakin maju sekarang.
Dia sendiri baru 3 bulan kembali ke sini selepas menamatkan pangajiannya di UNIMAS Sarawak selama 4 tahun dalam bidang Ijazah Kaunseling dan Psikologi memandangkan dia layak menerima biasiswa untuk menyambung pelajarannya. Jadi dia tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada. Sekarang dia lebih memilih menjadi Pegawai Psikologi secara persendirian yang akan membuat sesi kaunseling jika ada jemputan di sekolah-sekolah ataupun jabatan-jabatan kerajaan atau swasta.
Puspa menghampiri abang nya yang sedang duduk di kaunter juruwang. Memang itu lah tugas abang Zain, menjada kaunter pembayaran. Dia pula bertugas mengambil tempahan makanan pelanggan yang datang. Kadang-kadang dia turut masuk ke dapur untuk membantu tukang masak menyediakan makanan di dapur.
"Abang Zain, Puspa rasa kan apa kata abang Zain cari pekerja tambahan lagi ke? Yelah sekarang macam tak cukup pulak pekerja kita ni. Lebih-lebih lagi yang hendak buat kerja membasuh pinggan. Puspa ni boleh aje tolong kalau tak ada kerja lain nak buat. Cuma kalau masa pelanggan terlalu ramai tu aje lah kita memang perlukan pekerja yang lebih untuk tolong."
YOU ARE READING
CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)
RomanceAku Haq kau, dan kau hak aku.. Their love story will never end.. Zahirul Haq x Razea Puspa Haq, lelaki yang hidup nya bergelumang dengan dosa. Kehilangan ibu nya sejak dia berusia 11 tahun, melihat kecurangan dan kekejaman yang di lakukan oleh ayah...