HAQ 46

6K 236 15
                                    

Carlo terus menghantar Haq dan Puspa ke hospital kerana Haq sudah banyak kehilangan darah akibat dari kecederaan di pahanya yang sudah semakin teruk. Nirmala awal-awal tadi sudah di hantar balik ke rumah agam Haq terlebih dahulu dan di jaga oleh Mak Mona sekarang ini.

Setibanya di hospital, Carlo terus saja berlari ke luar dan masuk ke dalam ruang kecemasan untuk memanggil petugas hospital di situ. Tidak lama kemudian 2 orang petugas hospital datang dengan membawa pengusung menghala ke arah kereta mereka.

Puspa membantu memapah suaminya keluar sebelum tubuh suami nya di baring kan ke atas pengusung dan terus saja di usung masuk ke wad rawatan kecemasan. Hampir 20 minit menunggu, Puspa menghampiri seorang doktor yang baru keluar dari bilik rawatan itu tadi.

"Err doktor macam mana kecederaan suami saya?" Soal Puspa sedikit cemas.

"Puan isteri Encik Zahirul ke?" Soal doktor itu inginkan kepastian.

Puspa terus mengangguk laju.

"Selepas melihat keadaan luka di paha Encik Zahirul tadi, kami perlu menjalani pembedahan kecil untuk menjahit bahagian luka yang agak dalam dan sebahagian isi paha suami Puan terkoyak agak teruk. Mujur lah tidak mengenai bahagian-bahagian yang penting yang mana boleh menyebabkan kecederaan kekal. Kalau Puan setuju, nanti Puan boleh tandatangani borang persetujuan di kaunter pendaftaran"

"Baik doktor. Terima kasih" Kolam mata nya mula bergenang kembali. Sekarang dia benar-benar risau memikirkan keadaan suami nya di dalam sana.

"Ya Allah, Engkau selamatkan lah suami aku. Sesungguhnya aku belum puas mahu bermanja dan merasai kasih sayang yang terlalu hebat dari suamiku Ya Allah. Aku mohon pada Mu Ya Allah. Engkau permudahkan lah urusan suamiku, peliharalah dia untuk ku Ya Allah..."

Doa di panjatkan kepada Ilahi. Memohon agar suaminya di pelihara oleh Allah walau dalam apa juga keadaan sekalipun. Saat ini, dia tidak sanggup untuk merasa kehilangan seorang lelaki yang bergelar suami. Seorang lelaki teragung yang sangat hebat cinta nya dalam melindungi diri nya.

Carlo yang berada di situ, hanya memandang sayu ke arah Puspa. Bagi nya, ini lah pertama kali dia berada dalam situasi yang sangat sayu seperti ini. Selama ini sudah puas dia dan Haq hidup dalam dunia yang penuh kekejaman, namun kali ini, semuanya sangat berlainan hanya kerana cinta Haq yang melebihi segala-galanya untuk wanita yang dia sayang.

*******

Kepala yang terasa berat di sentuh perlahan. Perlahan-lahan Haq membuka mata nya. Dahi sedikit berkerut kerana menahan rasa seluruh tubuh yang terasa sakit dan berdenyut. Seketika dia memandang ke arah siling yang putih dan kosong. Bau ubat-ubatan mula menusuk ke rongga hidung. Keluhan kecil di lepaskan. Baru dia teringat semalam Carlo terus saja menghantar nya ke hospital kerana keadaan luka di paha nya sudah semakin teruk. Dan dia terpaksa menjalani pembedahan kecil semalam untuk menjahit bahagian luka yang agak dalam dan telah mengoyakkan sebahagian dari isi paha nya. Dia menggerakkan sedikit tangan nya, namun dia tersentuh sesuatu di sebelah kanan nya.

Lantas kepala di kalih ke sisi. Melihat kepala yang sedang rebah di sisi nya, Haq ukir senyum. Perlahan-lahan tangan nya mengusap kepala isterinya yang masih terlena di situ.

Puspa bergerak sedikit. Merasa kepala nya seakan di sentuh, lantas dia membuka mata dan terus tegakkan kepala. Wajah suami nya yang sedang tersenyum memandang nya menyapa ruang mata.

"Hai my wife...." Senyuman manis di ukir buat isterinya.

"Abang? Abang dah sedar?" Puspa tegakkan duduk. Tangan suami nya di capai sebelum di kucup lama.

"Kenapa tidur kat sini sayang?" Soal Haq perlahan. Terasa perit tekak sekarang ini. Dia kemudian menggerakkan sedikit tubuh nya untuk bersandar di kepala katil.

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now