HAQ 33

6K 253 9
                                    

Setelah masuk ke perkarangan rumah agam itu, Haq terus memakir kereta nya di garaj sebelum dia mematikan enjin. Dia kemudian terus keluar dan menghala ke sebelah. Pintu di bukakan untuk isterinya. 

"Come sayang... "

Haq hulurkan tangan ke arah Puspa yang  masih duduk di dalam kereta. Lambat-lambat Puspa sambut huluran tangan suaminya sebelum dia melangkah keluar.

Mak Mona sudah sedia menanti di muka pintu. Mahu menyambut penyeri rumah ini datang. Dia benar-benar gembira melihat Haq sekarang. Sekurang-kurang nya dia sudah ada seorang isteri yang boleh mengurus makan pakainya selepas ini. 

"Dah sampai pengantin baru kita ni. Jemput la masuk Puspa."

"Terima kasih Mak Mona."

Dulu pertama kali datang ke sini sebagai kaunselor kepada Haq. Kali kedua datang, status nya sudah berubah 360 darjah menjadi isteri lelaki ini. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. 

"Haq bawak lah Puspa naik pergi rehat dulu. Mak Mona tengah siapkan makan tengahari. Nanti dah siap Mak Mona panggil turun makan ye."

Ujar Mak Mona sebelum dia mahu berlalu dari situ.

"Err saya tolong Mak Mona nanti..."

Puspa tidak selesa sebenarnya. Sekarang pun dia merasa gugup melangkah masuk ke rumah agam Haq ni walaupun kali kedua dia datang ke sini. 

"Eh tak payah lah Puspa. Pengantin baru kena banyak rehat. Temankan je suami kamu tu . Lagi pun tak banyak lagi dah kerja Mak Mona kat dapur tu. Nak siap dah. Dah pergi lah naik."

Arah Mak Mona lagi sebelum dia terus berlalu masuk ke dapur meninggalkan Puspa yang masih memandang ke arah nya.

"Today is our first day as husband and wife. There's no need to do any work. Let's just relax, love. Jom."

Tangan isterinya terus di tarik menaiki anak tangga yang boleh tahan juga tinggi nya itu. Dah macam tangga dalam istana raja pun ada. Mewah betul hidup Haq ni. 

"Errr nak ke mana?"

Soal Puspa hairan.

"Our room."

Balas Haq ringkas sebelum mereka terus mendaki anak tangga satu persatu.

"Errr.....our room?"

Puspa gugup. Memang dah kena tidur sebilik ke apa ni. Macam mana nak tidur sebilik ni. Dia gugup sebenarnya. Nanti nak mandi, nak tukar baju.. aduh! Macam mana?

"Why sayang?"

Soal Haq bila melihat ekspresi wajah isterinya yang nampak serba tidak kena itu.

"Saya tak selesa la...."

Terdengar Haq melepas ketawa kecil. Nampak sangat wajah cuak isterinya sekarang ini.

"Aku belum buat apa-apa lagi ni kau dah tunjuk muka cuak macam tu. Rileks okay..."

Haq terus tarik tangan isterinya menghala ke kamar tidurnya. Daun pintu di tolak perlahan sebelum mereka melangkah masuk. Lampu chandeliar kemudian di hidupkan bagi menerangi ruang bilik. Seketika Puspa tergamam. Hampir ternganga mulut nya bila melihat bilik tidur suaminya ini.

OMG! Luas gilerrr! Memang boleh buat gelanggang badminton kat dalam bilik ni.

Haq meletakkan beg pakaian isterinya di tepi almari. Dia kemudian kerut dahi memandang ke arah isterinya yang masih terkaku di muka pintu. Tangan naik bercekak pinggang sebelum dia menggeleng perlahan. Dia mengatur langkah menghampiri isterinya yang tidak berkelip di situ. Lantas hidung isterinya di cuit sekilas.

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now