HAQ 42

4.8K 211 7
                                    

Haq sudah tidak peduli lagi dengan keadaan sekeliling jalanraya sekarang ini. Lamborghini nya terus di pandu laju sehingga mencecah kelajuan maximum. Selepas mendapat maklumat di mana keberadaan isterinya dari orang upahan nya tadi, dia terus saja memecut laju menghala ke arah Klang. Hatinya cukup risau. Dia dapat mengagak apa yang akan di lakukan oleh jantan tak guna macam Amar tu kalau dia berada di kawasan pelabuhan malam-malam begini.

 Dia dapat mengagak apa yang akan di lakukan oleh jantan tak guna macam Amar tu kalau dia berada di kawasan pelabuhan malam-malam begini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kerana dia sendiri sudah cukup lali dengan dunia jenayah ini. Tentu saja Amar akan memperdagangkan perempuan malam ini untuk di hantar ke sempadan Thailand. Dan dia benar-benar bimbang kerana isterinya turut berada di situ.

Jahanam kau Amar! Kali ini aku takkan lepaskan kau! Berkali-kali kau cari pasal dengan aku!

Panggilan dari Carlo segera di jawab. Mata nya terus fokus ke arah jalanraya.

"Haq, rancang dengan teliti. Sebab ramai orang-orang anjing kurap tu kat sana. Aku takut nanti dia bertindak lebih jauh. Keselamatan Puspa kita kena utamakan sekarang ni" Carlo berkali-kali berpesan kepada Haq kerana dia risau melihat keadaaan Haq sekarang ini. Haq sudah di kuasai oleh emosi nya yang tidak stabil akibat rasa marah yang menggila dalam dirinya sekarang.

"Hmmm... " Hanya itu saja yang meluncur keluar dari mulut Haq sebelum dia mematikan panggilan dari Carlo.

******

Amar dan Andy sudah sedia menunggu di sebuah bilik kecil yang terletak di sebalik kontena-kontena besar yang banyak tersusun berdekatan dengan sebuah jeti di kawasan Klang malam ini. Malam ini mereka akan menghantar beberapa orang perempuan yang akan di jual ke sempadan Thailand. 

"Apasal lambat sangat budak-budak kau ni Amar? Jangan sampai plan kita rosak nanti!" Andy sudah hilang sabar sejak tadi. Bot yang akan membawa perempuan yang hendak di jual akan bertolak dalam masa satu jam saja lagi dari sekarang.

Sebelum nak menghantar Puspa ke sana, dia sudah merancang hendak meratah dulu bini Haq tu. Dia pun tak nak rugi. Dia tak akan mengalah macam tu saja dengan Haq tak guna tu. Kalau Haq boleh dapat, dia pasti akan dapat apa yang Haq dah dapat. Dia nak melihat bagaimana Haq merana nanti bila dia tahu isteri dia sudah menjadi lauk lelaki-lelaki durjana di sana nanti.

"Mereka dalam perjalanan. Kau rilek sikit boleh tak!? Rimas lah aku!" Tukas Amar nyaring.

Andy mendengus kasar sebelum dia labuhkan duduk di kerusi. Berkali-kali dia kerling jam di tangan nya.Sesaat dia terdengar daun pintu di buka kasar dari luar. Terpacul wajah orang-orang nya yang sedang mengangkat tubuh Puspa yang masih tidak sedarkan diri dan terus di baringkan di hadapan nya.

"Kau buat apa dengan dia hah!?" Soal Amar terkejut melihat Puspa yang tidak sedarkan diri.

"Maaf boss. Aku terpaksa tampar dia tadi sebab dia melawan" 

Pangggg!!! 

Tak semena-mena satu tamparan dari Amar terus hinggap ke muka lelaki itu tadi.

"Kan aku dah pesan tadi jangan apa-apa kan dia! Ni kau tengok pipi dah lebam, bibir dah berdarah, ni... macam mana nak hantar pergi sempadan dengan keadaan muka macam ni! Bodoh!" Amar bertempik nyaring.

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now