HAQ 30

6.3K 240 16
                                    

"Amar, aku dengar Haq nak kahwin dengan kekasih kau tu."

Amar sedut rokok dalam-dalam. Mata sedari tadi hanya galak melihat ke arah seorang perempuan seksi yang sedang ligat menari di tengah sana. Tak pernah pun dia nampak perempuan ni. Hati berminat mahu mendekat.

Dia sungging senyum dan kemudian tertawa kecil.

"Bila?"

Soal nya berbasa basi. Wajah Benjamin di kerling sekilas sebelum dia meneguk minuman haram DI dalam gelas di hadapan nya.

"Lusa kalau tak silap aku."

Jelas Benjamn yakin kerana dia sendiri yang mencari maklumat itu tadi.

Amar terangguk-angguk, kemudian geleng-geleng kepala mengikut bunyi rentak muzik yang rancak. Rokok di sedut lagi berkali-kali.

"Tak apa. Biarkan aje dulu dia nak bahagia dengan merampas apa yang sudah lama menjadi hak aku. Tengok sejauh mana dia akan bahagia nanti."

Puntung rokok kemudian di tenyeh-tenyeh ke dalam bekas abu rokok sehingga hancur.

"Kau perhatikan aje gerak-geri mereka nanti. Tunggu apa-apa arahan dari aku. Perempuan tu tak boleh lari dari aku. Aku tetap kena serahkan dia kepada tuan yang dah beli dia hari tu. Cuma sekarang ni kau jangan buat apa-apa dulu selagi belum terima apa-apa arahan dari aku. Faham!"

Benjamin angguk dan tidak membantah. Dia sekadar menurut sahaja sebelum dia melihat Amar sudah bingkas berdiri dan menghala ke ruang tempat pelanggan-pelanggan menari di hadapan sana sebelum dia nampak lelaki itu terus memeluk seorang perempuan di situ.

*******

Hari yang paling Haq tunggu tiba juga akhirnya. Dia merenung dirinya di hadapan cermin. Pagi ini dia mengenakan sepasang baju melayu lengkap berwarna putih, bersamping berwarna keemasan serta songkok hitam sudah melekap elok di kepala nya. Semalam subang di telinga nya terpaksa juga dia tanggalkan atas permintaan bakal isterinya kerana tidak mahu dia nampak pelik di depan tok kadi nanti.

Carlo yang melangkah masuk ke bilik Haq, ukir senyum. Pertama kali dia melihat Haq dalam persalinan baju melayu begini, memang nampak sangat kacak lelaki itu. Dia sendiri pun pertama kali pakai baju melayu hari ini sebab nanti dia akan jadi pengapit pengantin lelaki.

"Handsome siot Encik Zahirul Haq hari ini."

Tegur Carlo sambil ketawa perlahan. Dia labuhkan duduk di sofa yang terdapat dalam bilik Haq yang sangat luas itu. Memang boleh buat gelanggang main badminton dah keluasan dalam bilik tidur Haq ni.

Haq menoleh sekilas sebelum dia memandang semula dirinya ke arah cermin. Mahu memastikan yang dia benar-benar nampak segak dan kemas hari ini supaya hati Puspa tu nanti boleh jatuh tergolek tengok dia dalam versi lelaki melayu terakhir ni. Hehe.

"Songkok kau mana?"

Soal Haq bila dia melihat kepala Carlo kosong saja tidak bersongkok.

"Nanti lah aku pakai. Takut nanti tok kadi keliru pulak yang mana satu pengantin lelaki nya. Aku ni kalau pakai songkok, kalah kau nanti."

Carlo tersengih.

Haq mencebik sambil tangannya ligat menyembur minyak wangi jenama Sauvage Dior ke tubuhnya. Semerbak haruman minyak wangi itu memenuhi ruang bilik tidur nya.

"Ha elok la tu. Boleh kahwin terus dengan Najwa tu nanti."

"Huish! Kau kahwin je la dulu. Aku tak pasang niat lagi ni nak kahwin."

"Nanti di kebas orang baru padan muka kau."

Tukas Haq lagi sebelum dia berlalu keluar dari bilik. Jam sekarang sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi. Majlis akad nanti akan bermula pada jam 10.00 pagi.

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now