HAQ 41

5.3K 224 19
                                    

Puspa terus memandu Toyota Vios nya terus menghala ke rumah Zain. Jam dashboard di kerling sekilas. Sudah pukul 10 malam. Dia hairan juga tadi sebenarnya bila mendapat pesanan dari abang Zain mengatakan yang Aidil tiba-tiba saja demam dan tak bermaya. Dia memang tidak boleh kalau dengar Aidil tu sakit atau tak sihat, memang dia la yang paling risau sebab Aidil tu memang rapat dengan dia sejak kecil. Dan dia sendiri sangat sayangkan Aidil dah macam anak sendiri.

Nombor telefon abang Zain cuba dihubungi. Tapi masuk ke peti pesanan suara. Dia cuba menghubungi nombor telefon kakak ipar nya pula, pun sama masuk ke peti pesanan suara. Eh, dah kenapa dua-dua tak dapat di hubungi pulak ni. Dia kerut dahi. Hairan.

Puspa melihat peratus bateri telefon bimbit nya yang masih bersisa 1% saja lagi sekarang ini. Dia tepuk dahi. Terlupa pulak la nak charge kat rumah tadi. Dia meneruskan saja pemanduan nya. Deringan telefon bimbit yang tiba-tiba membuatkan nya terus berpaling ke sisi. Melihat nama suaminya naik di skrin, lantas Puspa menekan ikon hijau untuk menjawab panggilan dari suaminya.

"Hello abang.. " Pandangan tetap di fokus ke arah jalanraya sekarang ini. Walaupun sudah pukul 10 malam tapi jalanraya masih lagi sibuk dengan kenderaan yang tak putus-putus lalu lalang sekarang ini.

"Sayang! Sayang kat mana ni?" Soal Haq cemas namun dia merasa lega bila isterinya menjawab panggilan nya.

"Kenapa abang?"

"Abang?"

Tut..Tut..Tut.. Talian terus senyap. Puspa pandang skrin nya yang sudah bertukar gelap. Keluhan kecil di lepaskan. Dia nak cepat-cepat sampai rumah abang Zain. Nanti dia nak pinjam telefon abang Zain saja untuk menghubungi suaminya semula. Takut kalau ada apa-apa hal penting ke tadi yang suaminya hendak sampaikan.

"Hello! Hello! Sayang! Sayang!?"

Haq kerut dahi. Sekali lagi dia cuba menghubungi nombor telefon isterinya namun masuk  ke peti pesanan suara. Sehingga 10 kali dia cuba menghubungi dan hasilnya tetap juga sama.

Damn! Stereng kereta di hendak kuat. Haq meneruskan pemanduan nya. Tidak dipedulikan lagi keadaan jalanraya yang sesak sekarang ini. Ada saja ruang dan peluang, Haq akan terus menyelit dan menyelinap masuk. Keselamatan nya belakang kira sekarang ini. Yang penting adalah keselamatan isterinya. Dia benar-benar risau sekarang ini tambahan lagi dia sudah tidak dapat menghubungi telefon bimbit nya isterinya. Dan Lamborghini Aventador berwarna kuning itu terus mengaum garang memintas semua kereta yang ada.

Tiba di satu persimpangan lampu isyarat, Puspa memberhentikan keretanya bila lampu sudah bertukar ke warna merah. Kawasan di sini sedikit sunyi kerana ini bukan laluan utama pengguna jalanraya yang menghala ke arah bandaraya. Puspa melilau ke sekeliling. Memang ketara sunyi. Tiada kereta yang lalu lalang di sini.

Melihat lampu yang sudah bertukar hijau, Puspa meneruskan pemanduan nya. Baru saja hendak menekan pedal minyak dan keretanya bergerak sedikit, secara tiba-tiba kereta nya telah di pintas dan di halang oleh 2 buah kereta yang tidak dikenali yang berada di depan dan di belakang keretanya. Mendadak dia menekan brek secara mengejut menyebabkan dahinya terhantuk ke stereng. Pemandangan nya jadi sedikit berpinar. Dia cuba tajamkan pandangan matanya bila dia melihat dua orang lelaki dengan muka bertutup tergesa-gesa menghampiri kereta nya. Dengan pantas dia terus mengunci keretanya untuk mengelakkan lelaki-lelaki itu masuk.

Puspa menjadi cemas bila salah seorang daripada lelaki itu mula mengetuk-ngetuk cermin pintu keretanya dengan kasar. Dia mula menggigil ketakutan melihat wajah-wajah bengis dua orang lelaki itu yang masih lagi mengetuk cermin keretanya. Siapa mereka ini? Apa yang mereka nak?

"Bukak pintu ni!!!!" Jerkah suara seorang lelaki yang berada di luar tempat dia duduk. 

Puspa tetap kaku di situ. Dia tidak akan sesekali membuka pintu keretanya. Hendak menghubungi suaminya, telefon bimbit nya pula sudah kehabisan bateri. Peluh dingin mula mengalir keluar dari dahinya. Dia terasa hendak menangis. Dengan siapa dia hendak minta tolong sekarang ini.

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now