HAQ 19

5.5K 226 27
                                    

Pagi ini bersemangat Najwa bangun awal sebab first day dia nak masuk kerja dekat restoran abang Zain. Minggu lepas dia dah berhenti kerja dekat supermarket Ah Ben yang kedekut nak mampus tu. Dah la kerja banyak, tapi bagi gaji kedekut. Mana nak tahan. Nak kumpul duit beli iphone pun payah. Hampir setahun kumpul duit gaji baru cukup.

Tapi yang haru nya bahagian tepi iphone dia dah retak gara-gara manusia tak ada adab tu. Dia tak habis lagi dengan mamat tu. Tunggu kalau dia terjumpa lagi mamat tu, memang dia nak ketuk kepala mamat tu dengan senduk. Lepas tu dia nak heret mamat tu pergi kedai telefon. Nak claim iphone baru. Jangan ingat dia boleh lepas macam tu aje. Ini Najwa la! Pantang menyerah sebelum kalah tau!

Najwa berdiri menunggu Puspa di luar rumah. Puspa ni boleh tahan jugak lambat kalau bersiap. Muka tu dah sedia cantik, tak payah make up pun tak apa. Memang dah semulajadi cantik.

Lain la kalau macam dia memang tak cantik. Tapi dia comel okay. Hehe. Jam di pergelangan di lirik lagi. Dah pukul 7.30 pagi. Nasib baik la abang Zain tu setuju nak ambil pekerja lagi untuk membantu di restoran dia. Gaji yang di tawarkan pun lumayan. Memang tak la dia nak tolak. Sekurang-kurangnya abang Zain kenal dengan dia.

Puspa tergesa-gesa keluar sambil menyarung sneakers ke kakinya. Dia lirik senyum sekilas ke arah Najwa.

"Sorry lambat. Sakit perut pulak tadi. Jom lah kita gerak sekarang."

Najwa angguk dan terus masuk ke perut Toyota Vios milik Puspa.

Puspa memandu tenang menyusuri jalanraya. Volume radio di perlahankan.

"Puspa, apa cerita sesi kaunseling kau semalam? Apa nama mamat dua orang tu eh?"

Soal Najwa ingin tahu. Rupa samseng macam tu. Mesti nama pun samseng agaknya.

"Klien aku tu Zahirul Haq. Kawan dia tu emmm apa eh.. Eer... Haaa... Carlo... Tu je la nama dia yang aku tahu."

"Carlo?"

Najwa kerut dahi. Nama entah apa-apa la. Kenapa tak taruh nama carrot ke, carom ke.. Ha kan senang.

Selepas 20 minit memandu, mereka sampai di hadapan restoran abang Zain. Setelah memakir kereta, Puspa dan Najwa terus melangkah ke arah restoran.

Abang Zain sedang duduk di kaunter juruwang. Pagi ni pelanggan belum ramai lagi yang datang. Biasanya restoran ni akan mula di penuhi pelanggan bermula jam 9 pagi sebab ramai yang keluar minum pagi masa tu.

"Abang Zain."

"Ha adik. Baru sampai."

"Ye. Ni Najwa datang nak mula kerja."

"Nanti Puspa terangkan dengan Najwa kerja-kerja dia kat sini. Najwa, selamat bekerja ya."

"Terima kasih abang Zain sebab bagi Najwa peluang kerja kat sini. Najwa akan kerja baik-baik punya."

"Ha yalah. Kalau ada apa-apa nak tanya, tanya je nanti dengan Puspa."

"Baik abang Zain."

"Jom kita pergi dapur. Nanti aku bagitau apa kerja kau eh."

"Ha jom lah. Aku pun tak sabar dah ni nak buat kerja. Thank you tau sebab bagi aku peluang kerja kat sini."

Puspa angguk sambil menyarung apron ke tubuhnya. Kemudian dia menyerahkan sehelai lagi apron kepada Najwa sebelum dia menerangkan apa tugas-tugas Najwa kat sini.

*****

"Baaaaa!!!!!!"

Haq yang sedang ralit melihat telefon bimbit terkejut sampai terhinggut bahunya dengan sergahan yang tiba-tiba itu.

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now