HAQ 28

5.5K 250 11
                                    

Haq dan Puspa melangkah masuk ke butik pakaian pengantin yang menjadi pilihan mereka untuk memilih tema pakaian pada hari pernikahan mereka nanti. Pintu kaca yang berat Haq tolak perlahan sebelum dia menjemput Puspa untuk masuk dahulu.

Pertama kali dia menjejakkan kaki ke tempat macam ni, dia benar-benar merasa teruja. Terasa macam mimpi saja yang dia akan berkahwin tak lama lagi dengan gadis yang di tunggu nya dalam diam selama 5 tahun ini. Memang indah takdir yang sudah di tentukan untuk nya biarpun dia seorang manusia yang banyak dosa . 

Haq sekadar mengikuti Puspa yang sudah menghala ke arah deretan gaun-gaun kembang yang tergantung di dalam butik. 

Berbunga-bunga hati Haq bila melihat bakal isterinya nampak seronok membelek-belek gaun kembang di situ. Macam ni eh perasaan nak jadi pengantin ni? Teruja nya lain macam. Hati berdebar-debar je menunggu hari tu menjelma.

"Kau pilih lah mana yang kau nak."

Sedari tadi Haq melihat Puspa ralit membelek gaun-gaun kembang yang tergantung di situ. 

Puspa menoleh. Senyuman di ukir buat Haq.

"Awak suka warna apa?"

Nak pilih tema ni sebolehnya dia nak ada chemistry. Tak nak ikut pendapat seorang saja sebab yang nak hidup bersama nanti mereka berdua. 

Haq garu kepala. Nak kena tanya suka warna apa jugak ke nak pilih baju ni.

"Errr aku suka warna hitam dan merah."

Puspa angguk.

"So, kita combine kan dua warna tu."

"Eh... kenapa nak ikut warna kesukaan aku. Ikut lah warna kesukaan kau, boleh sayang?"

Puspa tergelak halus. Kerap kali sudah dia mendengar Haq memanggil nya dengan panggilan sayang. Dia pula yang jadi berdebar kadang-kadang bila mendengar suara romantis lelaki itu bila berbicara. Tapi tak apalah kalau itu yang membuatkan Haq merasa lebih mesra dengan dia, dia tak kisah pun sebenarnya. Cuma dia sajalah yang masih perlu belajar untuk menerima lelaki itu sepenuhnya selepas ini.

"Itulah warna kesukaan saya."

Balas Puspa sebelum dia bergerak melihat rekabentuk gaun yang lain pula.

"Hah? Hitam dan merah?"

Puspa angguk.

"Yalah. Kebetulan kan..."

Haq tersengih.

"Kebetulan dan mungkin sebab memang dah jodoh kita."

Balas Haq pula.

"Nak pilih yang ni tak?"

Sehelai gaun kombinasi bewarna merah hitam di tarik dan di sua ke arah Haq.

"Errr apa yang kau suka, kau pilih lah. Aku ikut aje."

Dia lelaki, tak kisah nak pakai rekabentuk macam mana pun asalkan nampak kemas dan tak selekeh. Tapi kalau untuk bidadari dia ni, dia akan pastikan semuanya nampak sempurna dan tiada cacat cela nya nanti. 

"Saya pergi cuba kejap ye."

Haq angguk. Melihat Puspa sudah berlalu masuk ke dalam fitting room, dia mengatur langkah menghampiri Carlo dan Najwa yang duduk menunggu di ruangan menunggu tidak jauh dari situ.

Najwa dan Carlo sekadar duduk menunggu di ruang menunggu yang sudah di sediakan di dalam butik. Masing-masing tak nak tengok muka antara satu sama lain sekarang ini. Najwa duduk di hujung sana, Carlo pulak duduk di hujung sini. 

'Hai..apalah nasib aku ni... dah la kena teman orang nak kawin, lepas tu nak kena teman pulak minah pendek ni. Stress betul la hidup aku ni.'

Carlo merungut sendirian di situ. Dia sandar tubuh. Kaki kanan kemudian di naikkan ke atas lutut kiri. Cermin mata hitam yang tersangkut pada batang hidung di turunkan sedikit. Mata kemudian di hala ke arah Najwa yang masam mencuka di hujung sana.

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now