HAQ 48

5.9K 250 15
                                    

Tengahari itu terasa meriah suasana rumah agam Haq dengan kehadiran keluarga Zain, Carlo dan juga Najwa termasuk Datuk Mansur untuk datang makan tengahari bersama hari itu. Semua hidangan adalah hasil masakan air tangan Puspa sendiri. 

Najwa sibuk membantu Puspa di dapur untuk mengangkat hidangan ke ruang meja makan. Yang lelaki pula duduk berbual-bual di ruang tamu sambil bertukar-tukar cerita.

"Banyak betul kau masak ni Puspa" Tegur Najwa bila dia melihat pelbagai jenis masakan yang sudah terhidang di atas meja.

Puspa ukir senyum kecil.

"Alah sekali sekala. Bukan selalu pun kan kita nak makan ramai-ramai macam ni" Dia teruja sebenarnya bila pertama kali melihat kemeriahan dalam rumah agam suaminya ini yang sudah sekian lama sunyi.

Najwa angguk. Kemudian dia melihat ada semangkuk kecil sambal buah mangga. Dia pula yang kecur liur melihat.

"Eh, sambal mangga tu untuk siapa?"

"Tu aku teringin sangat la nak makan. Jadi aku buatkan sikit nak bagi hilang rasa teringin ni. Suami aku tu bukan nya makan benda-benda masam macam ni. Eh nanti kau makan la sekali. Aku tahu kau tu pun memang kuat juga mengulam"

"Hish.. kalau dah orang ajak, memang aku tak tolak punya lah. Favourite ni tau." Najwa terus mencedok sedikit sambal mangga dan terus di masukkan ke dalam mulut. Terpejam-pejam matanya bila rasa masam buah mangga mula memenuhi ruang mulut nya.

"Kau dengan Carlo apa cerita?"

Najwa memandang sekilas ke arah Puspa. Dah kenapa tiba-tiba keluar soalan pasal carrot pulak ni.

"Cerita apa?" Soal Najwa kembali. Hairan.

"Yelah, mana la tau kalau dia ada melamar kau ke.." Puspa tertawa kecil.

Najwa mencebik. Dia pusing mata ke atas. Carlo tu nak melamar dia? Ibarat tunggu bulan jatuh ke riba la jawab nya.

"Huh! Nak melamar? Nampak nya menunggu sampai ke tua la aku agak nya Puspa. Tak ada tanda-tanda pun dia nak ajak aku kahwin"

"Laaa yeke. Bagi hint pun takde?"

"Tak. Eiii malas la aku nak cakap pasal dia tu. Kalau dia tak nak ajak aku kahwin, nanti aku kahwin dengan orang lain. Biar padan dengan muka dia" Tukas Najwa bengang.

"Kau nak kahwin dengan siapa?" Tiba-tiba suara itu kedengaran menerjah di muka pintu dapur. Najwa menoleh. Nampak wajah tak puas hati Carlo di situ sedang memandang ke arah nya.

"Apasal kau nak sibuk tanya aku nak kahwin dengan siapa?"

"Eh mesti lah aku sibuk. Baik kau cakap kau nak kahwin dengan siapa tadi?" Soal Carlo tidak puas hati. Rasa nak cekik-cekik je minah pendek ni tau tak.

"Adalah!" Najwa semakin giat mahu mengenakan Carlo yang nampak sudah macam cacing kepanasan di situ.

"Yelah, siapa?" 

"Cha Eun Woo" Sengaja di kuatkan sebutan nama itu. Biar telinga si mamat tu clear dengar. 

Carlo kerut dahi. Apasal nama pelik sangat macam tu.

"Siapa lelaki tu?"

"Eh, sibuk lah kau ni. Tu la bakal suami aku"

Turun naik sudah nafas Carlo menahan rasa marah. Berani minah pendek ni nak kahwin dengan lelaki lain? Nama pun entah apa-apa. Woo Woo... Eeiiii!!! Geramnya!

Najwa sembunyi senyum. Hampir nak tersembur gelak nya tapi sedaya upaya dia cuba tahan. Baru Carlo hendak melangkah menghampiri Najwa, suara Nirmala terus menghentikan langkah kaki nya.

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now