Puspa menuruni anak tangga perlahan mahu menuju ke dapur. Selepas dia menukar pakaian dan melilit selendang di kepala tadi, dia terus saja keluar dari bilik. Nasib baik la Haq tak ada tadi sebab suaminya kata nak keluar sekejap ke rumah Carlo yang selang beberapa buah rumah je dari sini. Mahu menjengok kalau ada apa-apa kerja yang dia boleh tolong di dapur. Bosan kalau duduk tak buat apa-apa ni. Terlampau besar dan luas rumah agam Haq ni tapi penghuni nya tiga orang je termasuk Mak Mona dan Che Mail.
Puspa berdiri di muka pintu dapur. Kelihatan Mak Mona sedang sibuk mencuci periuk dan kuali di sinki. Lantas dia melangkah menghampiri wanita itu.
"Mak Mona...."
Puspa kemudian berdiri di sisi Mak Mona.
"Eh Puspa... nak apa-apa ke?"
Mak Mona menoleh sekilas sebelum dia menyambung kembali kerjanya.
"Ada apa-apa yang saya boleh tolong ke Mak Mona? Bosan la kalau nak duduk saja-saja tak buat apa-apa"
Mak Mona lirik senyum. Lemah lembut je Puspa ni bila bercakap. Pandai betul Haq cari calon isteri.
"Puspa kan mem besar dalam rumah ni. Memang tak perlu pun buat apa-apa kerja. Biar Mak Mona je yang buat"
Puspa kemudian melihat susunan pinggan yang masih tersusun kemas di hujung kabinet.
"Tu pinggan nak guna ke Mak Mona?"
"A'aa Mak Mona ingat nak susun kejap lagi. Nak habis kan dulu cuci periuk ni"
"Tak pe. Biar saya tolong susun"
Puspa terus menghampiri pinggan yang tersusun di situ dan kemudian terus membawa ke ruang meja makan dan di susun satu persatu mengikut susunan tempat duduk.
"Haq ke mana tadi?"
Soal Mak Mona bila dia tidak melihat bayang Haq sejak tadi.
"Err Haq cakap nak ke rumah Carlo tadi."
Mak Mona angguk.
"Haq dengan Carlo tu memang rapat. Dah macam adik beradik. Masa Haq dalam kesedihan, Carlo tu la yang paling setia berada di sisi dia selama ini"
Mak Mona bercerita tanpa di minta. Terasa ringan pula mulutnya hendak bercerita.
Puspa angguk perlahan.
"Macam mana dia orang boleh kenal Mak Mona?"
Mak Mona mengeluh kecil. Kalau nak di ceritakan, sampai esok pun tak habis kisah anak-anak muda ni.
"Apa yang Mak Mona tahu, Carlo ni berasal dari Sabah. Mak dia asal Philiphine, ayah dia orang Sabah. Tapi Datuk Mansur dah jaga dia sejak dia berusia 8 tahun lagi. Masa tu Datuk Mansur terjumpa dia tengah merayau dekat pasar Philiphine di Kota Kinabalu, Datuk Mansur terus bawa dia balik ke KL. Itu je la yang Mak Mona tahu"
"Mana ayah Haq? Err maaf la kalau saya bertanya sebab saya tak nampak pun mana ayah dia"
Mak Mona menatang mangkuk yang berisi lauk ayam masak lemak ke ruang meja makan. Dia kemudian tarik kerusi dan labuhkan duduk di situ. Puspa juga turut duduk. Berminat mahu mendengar cerita tentang suaminya.
"Dah 20 tahun Haq tak tinggal lagi dengan Datuk Mansur sejak dia berusia 11 tahun lagi. Selama itu lah Mak Mona yang jaga dia kat rumah ni selepas ibu nya meninggal. Haq jadi benci dengan Datuk Mansur sebab bagi dia Datuk Mansur lah punca ibu dia meninggal"
"Jadi di mana Datuk Mansur sekarang?"
"Ada je. Sejak beristeri baru, sejak itu lah Datuk Mansur tak pernah lagi nampak batang hidung dia. Haq ada abang tiri, nama dia Andy"
YOU ARE READING
CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)
RomantiekAku Haq kau, dan kau hak aku.. Their love story will never end.. Zahirul Haq x Razea Puspa Haq, lelaki yang hidup nya bergelumang dengan dosa. Kehilangan ibu nya sejak dia berusia 11 tahun, melihat kecurangan dan kekejaman yang di lakukan oleh ayah...