HAQ 22

5.1K 235 18
                                    

Melihat gambar yang terpampang di skrin telefon bimbit Carlo, Haq mendadak berdiri. Serta merta darah naik menyerbu ke kepalanya saat ini.

"Jahanam!"

Rahang di ketap kuat. Tangan sudah mula mengepal penumbuk. Sungguh dia sudah tidak mampu hendak menahan diri lagi saat ini. Bila-bila masa saja dia boleh hilang sabar.

"Carlo! Kumpul semua budak-budak sekarang!"

Carlo yang faham dengan arahan Haq, terus menghantar pesanan ringkas ke nombor yang menghantar pesanan whatapps kepada nya tadi. Melihat Haq yang sudah berlari meluru keluar rumah, Carlo juga terus mengekori dari belakang. Mereka tidak boleh membuang masa saat ini.

"Eh, Carlo, nak ke mana tu? Mak Mona dah siapkan nasi ayam bakar kamu ni."

Soal Mak Mona yang baru keluar dari dapur. Cadang nya nak panggil Haq dan Carlo untuk makan tadi. Ni kenapa nampak kelam kabut saja anak muda 2 orang ni.

"Err aku nak pergi berperang dulu Mak Mona. Dah selesai nanti, aku balik makan. Sekarang tak sempat. Tinggalkan ayam sekor dengan aku eh Mak Mona sebab sah-sah aku akan lapar tahap gaban lepas berperang nanti. "

"Ha yelah. Ada-ada saja la kamu ni Carlo."

Mak Mona sekadar menggeleng perlahan bila dia melihat Carlo sudah menghilang di sebalik pintu.

Sebaik saja Carlo melangkah masuk ke perut kereta Haq, Ferrari itu terus di pandu laju keluar dari kawasan rumah agam Haq. Tidak di pedulikan lagi keadaan jalanraya yang sesak sekarang ni. Asal ada ruang dan peluang Haq akan menyelit masuk di celah-celah barisan kereta yang ada. 

"Binatang kau Amar! Kau dah usik ketenangan aku malam ni!"

Haq menghentak kuat stereng kereta nya. Melepaskan perasaan geram nya di situ. Macam mana Puspa boleh keluar dengan Amar malam ni? Betul seperti tekaan dia tadi. Amar itu pembelit tak ubah seperti ular. Lidah bercabang. Sungguh dia benar-benar risaukan keselamatan Puspa sekarang ini.

*****

"Amar, awak nak bawa saya pergi mana ni?"

Soal Puspa sedari tadi masih berusaha meleraikan pegangan tangan Amar pada lengannya. Terasa begitu kuat cengkaman tangan lelaki itu sehingga mendatangkan rasa sakit.

"Amar nak bawa Puspa pergi makan sambil berhibur."

Balas Amar sambil tergelak kecil.

"Tapi ini bukan tempat makan!"

Nada suara Puspa sudah berubah keras. Sejak tadi dia menahan rasa.

"Siapa kata ni bukan tempat makan? Ada je makanan yang terhidang kat sini. Tinggal nak pilih je.."

"Saya nak balik!"

Puspa mula meronta-ronta mahu melarikan diri dari situ. Dia bukannya buta untuk tidak tahu tempat ini tempat apa. Bunyi muzik yang kuat begitu membingitkan telinganya sekarang. Rasa hendak pecah saja gegendang telinganya mendengar.

"Sekali kau dah masuk ke sini, tak akan semudah tu untuk kau lepas keluar sayang."

Amar ketawa kuat. Dia terus mengheret Puspa menuju ke sebuah bilik VIP. Panggilan nya juga sudah berubah kasar. Tiada lagi lembut seperti tadi.

"Awak nak buat apa ni Amar? Tolong lepaskan saya!"

Puspa merayu. Dia sangat takut sekarang ini. Ramai mata-mata nakal lelaki sedang memandang ke arah nya sekarang. 

"Wiwitt!!! Awek bertudung masuk kelab woooo!!"

Jerit salah seorang pelanggan lelaki di situ. Memang menjadi satu pemandangan yang pelik bagi mereka bila melihat perempuan bertudung ada kat kelab malam sekarang ini.

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now