HAQ 4

7.6K 298 37
                                    

Naik juling dah mata Carlo melihat si Haq ni sejak semalam lagi. Dah jadi biul ke apa si Haq ni asyik dok tenung gelang tangan tu tak henti-henti. Awal pagi tadi dia sudah sampai ke hospital untuk melawat Haq pagi ini.

"Weii Haq!"

"Apa dia?"

Mulut menjawab namun mata masih ralit merenung gelang tangan di tangan nya. 

"Aku tak tau la apa masalah kau ni pergi tenung gelang tangan tu dari semalam lagi sampai nak tembus macam tu? Pening kepala aku tengok tau tak? Ke ada wayar dalam kepala kau yang dah putus ni lepas accident semalam?"

Soal Carlo geram. 

"Kalau kau datang sini nak membebel, baik kau balik. Makin bertambah sakit kepala aku dengar tau tak!"

Tukas Haq geram. Asyik membebal je la si Carlo ni. Dah la dia paling tak suka dengar orang membebel. Boleh naik darah dibuatnya.

"Eh! Mana tak nya aku tak membebel bila tengok kau dah macam orang tak betul aje ni."

Haq kemudian mencebik.

"Aku dah suruh budak-budak kita siasat pasal kemalangan kau semalam. Memang sah tu kemalangan yang di rancang. Kau mesti tau siapa punya kerja kan?"

Haq melirik sekilas ke arah Carlo. Dia kemudian mengeluh kecil. Dia memang tahu semua itu rancangan Andy. Cuma dia mahu tahu siapa yang telah di upah oleh Andy untuk melanggarnya semalam.

"Siapa yang langgar aku tu?"

"Budak-budak kita masih siasat lagi. Tapi aku pasti memang kerja orang-orang kepercayaan Andy jugak ni. Licik betul syaitan tu ye!"

Carlo sudah panas hati sebenarnya sejak semalam lagi. Memang Andy benar-benar licik. Dan dia tidak di sangka perlawaan untuk mengajak Haq berlumba adalah tipu helah nya semata-mata untuk menghancurkan Haq. Nasib nya tak berapa baik kerana Haq terselamat dan hanya cedera ringan saja.

"Siapa yang tolong selamatkan kau semalam Haq? Tak mungkin kau dapat keluar merangkak sendiri macam tu aje."

Soal Carlo ingin tahu. Mustahil la perempuan yang tolong? Tapi kenapa Haq tiba-tiba pegang gelang tangan perempuan sejak semalam? Mesti ada kaitan gelang tangan tu dengan orang yang telah menyelamatkan Haq.

Haq hanya diam. Tidak berminat mahu menjawab soalan Carlo. Biar lah dia simpan sendiri saja akan hal ini. Lagipun mana dia nak cari pemilik gelang tangan ni? 

"Kasi clear hal ni. Kalau perlu bantai, bantai. Nanti kau pergi jumpa dengan Andy tu. Jangan dia ingat dia boleh duduk bersenang lenang selepas berjaya perdajalkan aku. Tunggu sikit masa nanti aku sendiri akan datang berdepan dengan dia."

Haq bersuara tegas sebelum dia melihat ke arah tangannya yang beranduh. Dengusan kasar di lepaskan.

****

Puspa lirik senyum lebar bila dia menerima emel pagi ini berkenaan dengan tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dalam bidang Kaunseling dan Psikologi di UNIMAS, Sarawak. Berita yang paling dia tunggu-tunggu hampir 2 tahun ini. Biarpun sedikit lewat untuk memohon kerana masalah kewangan sebelum ini, dia bersyukur kerana kali ini dia terpilih untuk menjadi penerima biasiswa bagi melanjutkan pelajarannya nanti.

Abang Zain yang sedang sibuk mengelap meja makan di hampiri. Harap nya abang Zain tidak keberatan untuk memberi keizinan dengan nya melanjutkan pelajaran ke Sarawak. 

"Err abang Zain..."

Zain yang sedang mengelap meja, menghentikan kerja nya seketika. Wajah adik nya di pandang.

CINTA LELAKI TERAGUNG (complete)Where stories live. Discover now